31 Januari 2009

Penat!

Hari ni berkawan dengan budak tak cukup umo. Terpaksa. Saya balik KL ni dengan adik. Saja bawa dia. Lepas tu hari ni belanja dia tengok wayang di Mid Valley. Cerita Sifu dan Tongga. Saja je layan cerita ntah-hape-hape.

Lepas tengok wayang, Dib ajak kawannya Opie lepak bersama. Lepas makan, kami pegi main bowling. Si Opie belanja. Sebenornya saya saja malas nak bayor balik, hahaha. Budak-budak zaman sekarang banyak duit pinjaman. Biorkan!

Lepas main bowling si Opie ajak teman dia pegi Low Yatt, cari handset. Tempat paling saya tak suka pegi. Setiap tingkat kami naik, cukup tawaf semua, tak dapat juga handset yang si Opie ni nak. Last-last dia ajak pegi Pavillion, kedai Sony Ericson. Nasib baik kat kedai ni dia jadi beli handset yang dicari. Kalau tak memang merasa makan kasut la. Handset berharga RM1599. Tengok la budak-budak sekarang. Dapat pinjaman beli handset. Pastu sanggup bertahan makan megi.

Cari barang mengalahkan orang pompuan si Opie ni. Nasib baik la saya ni seorang kakak yang sporting gitewww. Rasanya kaki jadi kurus sikit pasal berjalan dah berpuluh-puluh kilometer. Penat seh!

Ini la 1st time saya melihat keadaan Bukit Bintang di waktu malam. Penuh dengan budak-budak Melayu yang rata-ratanya pasti masih bergelar budak sekolah. Buat shuffle di tepi-tepi jalan. Sambil yang lain mengerumuni membentuk bulatan. Memang bengong buat kerja tak berfaedah. Anak-anak Cina kalau bodoh tak pandai belajo pun takde la buat benda bodoh.

Entahlah apa nak jadi. Saya mampu mengutuk dalam hati je la.Takkan tetiba nak bagi ceramah kat tempat diorang shuffle tu kot?

Ok lah. Nak landing di katil dulu. Novel Ramlee Awang Mursyid tu memanggil-manggil untuk dihabiskan :)





Eksplorasi Siput

Cuti CNY saya habiskan dengan duduk di kampung jer. Hari Isnin memenuhi undangan makan-makan Uncle Teh di rumah dia. Hari-hari lain, ulang-alik ke Pekan Padang Rengas dan ke Bandar Kuala Kangsar pabila bosan melanda. Makan laksa Pak Ngah, ke kedai buku DBP mencari sukatan pelajaran yang dipesan rakan di sekolah, ke Pekan Sabtu membeli tudung. Habeh Rm250 untuk 6 helai tudung. Zaman sekarang tudung lagi mahal dari baju. Upah jahit baju pun mahal dari harga kain. Tidakkah itu hampeh namanya. Hurmmm...

Petang semalam Cik Na dan Pak Ngah datang. Pak Ngah memang rajin datang menjenguk kampung. Lepas tu Pak Ngah cakap kat sungai tengah banyak siput. Tiba-tiba rasa nak terjun sungai kutip siput. Segera la kami menukar pakaian basahan.

Jalan ke sungai ni dah semak. Kena la bersabar menunggu Pak Ngah mesin semak-samun yang bermaharajalela tu. Dulu laluan ke sungai sentiasa bersih tanpa semak pasal zaman saya kecik-kecik sungai masih berleluasa penggunaannya. Kami budak-budak ni pun memang hantu sungai! (Makcik aku dalam gambo ni lagi kurus dari aku. Adoi laaa!!!)


Setelah berhempas-pulas, kami dapat mengumpul sebaldi siput sedut. Heh, takde la sebaldi penuh. Senang cakap, seperiuk siput sedut lah. Awalnya saya dah fed up dan berputus asa. Asik tak dapat je sedangkan makcik dan adik saya asik dok dapat je. Lepas dah fed up tu apa lagi, lebih baik saya pi menyelam mandi.

"Kamu raba celah-celah ni. Kat tepi-tepi ni". Bagitau adik saya. Sambil tangan dia meraba-raba kat tepi-tepi sungai yang bertanah liat tu. Di balik-balik timbunan daun-daun dan batang-batang kayu tersadai.

Ok la, i give it a try! Saya pun cari port yang sesuai. Saya pun meraba-raba la di celah-celah timbunan kayu kat tepi-tepi tu. Sekali raba dapat. Dua kali raba dapat lagi. Tiga kali raba dapat jugak! Dan seterusnya raba dapat ajeee. Dekat 30 ekor siput sedut saya dapat hanya di tempat rabaan yang sama :D

"Wooo, best giler!" Kata saya.

"Haa, kan best. Baru tau nikmat meraba!"

Hahahahampeh! Zaman saya budak-budak dulu tak payah cari teruk macam ni pun. Memang banyak je siput kat tepi-tepi pasir tu. Sekarang ni siput dah makin pupus. Nak cari pun payah.

"Eh, dah pukul berapa ni? Pak Ngah keje malam ni. Kena balik nih".

"Ala, jap la Pak Ngah. Tengah best meraba ni, hahahaha!". Kata saya.



Tapi disebabkan jam pun dah pukul 5 lebih, kami pun berhenti la. Takpe, nanti bulan depan kita kutip lagi. Sebenarnya saya bukan makan pun siput sedut. Masa kecik-kecik dulu suka amat. Tapi dah besor ni tiba-tiba bertukar jadi geli. Tak lalu nak telan. Lagi pun dah tak reti nak sedut siput tu. Nasib baik la masa kecik dah puas makan, siput sedut masak lemak, ehe. Paling tak suka bila dapat yang betina, masa nak kunyah, tetiba rasa biji-biji banyak. Memang sah siput sedut tu tengah mengandung! Buwekkk!

Hari ni dah Khamis, saya balik KL semula hari ni. Terpaksa balik awal pasal yuran budak saya tak settle lagi. Budak dah bagi, tapi saya tak bagi pada kerani kewangan lagi. Kena bagi sebelum 31hb. Haha, padan muka saya. Sape suh tak bagi awal-awal!

Masa tunggu Pak Ngah mesin semak-samun tu, kami lepak-lepak sambil pandang ke atas. Nampak pokok nyor tu berayun-ayun kiri ke kanan ditiup angin.

"Dibah, best giler kalo aku dapat dok atas pokok nyor tu. Mesti syok dibuai-buai gitu".

"Giler kamu ni!"

Hehehehe... Best ape buat keje giler.







Look Into Your Eyes

Siang tadi di sekolah cikgu ajor pasal mata.


Ok, murid-murid, hari ini kita bedah mata ramai-ramai ok. Tapi bukan mata sendiri, yer. Kang tak pasal-pasal cikgu kena dakwa. Murid-murid dikehendaki membawa mata lembu. Bawa sendiri ok! Takde pasal nak suruh cikgu yang belikan. Korang nak belajo, korang yang usaha sendiri cari mata lembu. Tapi jangan la amek mata lembu yang tengah meragut rumput pulak! (Tapi mana nak jumpa lembu ragut rumput kat tengah KL ni???)

Ok, sekarang meh sini tengok cikgu tunjuk cara melakukan cow's eye dissection. Meh sini meh! Tak susah pun. Mula-mula sekali korang observe la dulu mata lembu ni. Mana sclera. Mana cornea and bla bla bla.

Pastu amek scalpel, hiris sedikit bahagian sclera di tengah. Then amek gunting potong membulat keliling bahagian tengah bola mata tu.
Pehtu, korang keluarkan la lens, iris, vitreous humour dan segala mak nenek yang boleh dikeluarkan.

That's the eye!

Kanta mata. Yang hitam tu adalah kesan iris yang melekat. Jeli itu adalah vitreous humour. Cecair yang mengekalkan bentuk bola mata.

Bergaris-garis halus itu adalah iris. Iris wujud dengan pelbagai warna. Macam cikgu yang tidak berdarah kacukan ni, iris cikgu warna hitam. Lembu ni pun irisnya hitam. Pasal lembu korang beli ni mengawan dengan lembu malaysia jugak! Kot korang ada yang berdarah mat saleh, ada la yang beriris biru ke hijau ke brown ke. Di tengahnya adalah pupil.

Lawa! The inner layer of the eye. The retina. Very sensitive to light. Imej yang difokus oleh kanta akan terbentuk di retina yang kebiru-biruan ini. Nampak tak ada lubang kecil tu? Itu blind spot. Blind spot tiada cell yang sensitif pada cahaya. So jika imej jatuh pada blind spot, tiada imej yang dapat dilihat.

And here are my lovely students.





Where's the teacher?
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+


And here is their lovely teacher! Wakakaka!



________________
Sayangilah pancaindera anda. Anugerah dari Dia yang tak ternilai harganya.
Saya pun rabun jauh ni, tapi malas giler nak pakai spec!







19 Januari 2009

Hari ni hari pertama latihan rumah sukan untuk Rumah Kuning. Tak ramai budak datang. Ni saya risau ni. Dah la tahun pertama jadi guru Ketua Rumah. Rumah Kuning 2 tahun berturut-turut jadi juara. Nak kekalkan kemenangan ni yang payah ni. Dah la bertukar mandat pemerintahan kan. Kang kalah, memang nampak sangat la kelemahan Ketua Rumahnya kan iaitu saya, hahaha. 3 tahun lepas Kak Farid yang jadi Ketua Rumah. Kak Farid memang bagus.



Antara atlet harapan Rumah Kuning. Tolong lah..tolonglah kutip mata untuk Kuning! Eheee

Ni pulak jawab tag yang diberi oleh
peminat saya, kekekeke.

Jenis Tag - Tulis Tangan ( handwriting)
Tulis:

1. Nama / nama samaran kat alam maya
2. Tulis guna tangan kanan atau kidal
3. Huruf yang suka ditulis
4. Huruf yang tak suka ditulis
5. Tulis "The quick brown fox jumps over the lazy dog"
6. Tag lagi 6 orang (saya tag 4 je lah, kalo org yg ditag ada masa nak buat lah...)



Ok lah, nak pi layan Spa Q sekejap!


Selamat Hari Jadi Abah!


18 Januari 2009

Hari ini hari jadi Abah saya.

Selamat Hari Jadi Abah.

Selamat Hari Jadi yang ke-52.



2 minggu lepas, masa balik kampung, saya dah beli siap beg kulit ni. Lepas tu pesan kat adik supaya bagi kat Abah hari ni. Hopefully Abah likes it!



** Tadi adik bagitau, diorang nak gi celebrate besday abah kat Tasik Raban. Mak Ndak ngan Mak Lang pun ada. Uwaaaa!!! Bestnyerrr!!! Kenapa la semalam ada cuti ganti sekolah. Kalau tak dapat la den balik kampung.




___________________________
"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah kedua-dua orang tua ku, panjangkanlah umur mereka dalam keadaan sihat selalu serta kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani aku ketika aku kecil".








Cari Makan

Hari ni tak ramai students datang. Sepatutnya pagi ada P&P. Lepas rehat baru mula gotong-royong. Tapi dah jadi gotong-royong dari pagi sampai balik. Hehe. Bebudak ni jenuh nak kena kerah buat keje. Yang rajin tu buat sungguh-sungguh la. Macam si R*z*l, N**v*n, Ak*f, sekejap tolong, sekejap pi main gitar. Bila disuruh baru tolong balik. Pastu main gitar balik. Sabo je laaa.

Nasib baik sempat selesai setel papan kenyataan belakang dan depan. Lepas ni nak kena beli langsir pulak. Saya janji dengan diorang nak tukar langsir kelas. Tak mahu guna yang sekolah bagi. Warna langsir sekolah bagi, nak pandang pun tak best. Warna lesu ya amat!

Bilik guru pun guru-guru bergotong-royong kemas. Rasanya sekolah ni paling banyak membazir kertas. Nasib baik kertas ni boleh recycle semula.

Balik dari sekolah, kami yang bujang-bujang ni rasa nak beronggeng seketika.

"Wei, jom pi makan!"

"Kat mana?"

"Aku nak makan kat tempat yang ada air buah dan ada pemandangan yang best".

"Jom pi Tropicana Golf Result nak? Ada jiran aku kat kampung anak dia Chef kat situ. Dah banyak kali dah abang tu ajak aku g". Kata saya.

"Haa, jom la".

"Tapi aku tak tau la kat mana location Tropicana Golf Resort tu, ehee..".

Pikir punye pikir. Memang buang masa betul pikir tempat nak makan jer. Last-last decide makan kat Damansara, ape ke nama tempatnya ntah. Sekali sesat, tak jumpe. Akhirnya makan kat Taman Tun. Restoren Santai. Ok la, ala-ala Kopitiam. Eksklusif dan murah. Harga amat berpatutan dan sedap.

Licin licauuu

Tak dapat posing muka, posing tangan pun jadi laaa...




Tak Tahu la Nak Letak Tajuk Apa

2 hari sudah saya tidak dapat berintenet. Hari Rabu saya bawa lap top ke sekolah. Bila dah sampai rumah baru perasan lap top tertinggal di sekolah. Cepat-cepat call Nora dan minta tolong dia bawa balikkan lap top saya tu. Tengok-tengok esoknya Nora lupe bawak. Hampeh!

Hari ni Nora bawak lap top saya. Itu pun setelah di sms di pagi-pagi hari. Itu pun nyaris lupa juga. Nasib baik saya membuat langkah bijak dengan meng-sms housemate Nora supaya mengingatkan Nora. Tak senang duduk saya lap top tiada di samping. Rasa macam ilang laki sekejap! Hahaha.

Gambar dicuri dari blog CJ

Sudah minggu ke-2 persekolahan. Alhamdulillah saya sudah dapat Butang Hijau. Tidak lagi berkira-kira untuk ke kelas. Dah dapat semula flow untuk mengajar. Minggu pertama masih blur-blur apa yang nak dibuat. Rasa seronok pulak mengajar kelas Form 1. Asalnya rasa tak suke dapat kelas Form 1. Tapi sekarang dah ok. Masuk kelas 1G mesti nak tergelak bila dengar CK, Ketua Kelas 1G beri salam. Ada nada. Cepat-cepat saya tutup mulut dengan tangan. Sebenarnya memang nak tergelak, hehehe. Ada juga kelas yang beri salam macam Upin Ipin. Macam-macam la diorang ni.

Saya suka telatah Hakim di kelas 1I. Suka mengenakan kawan-kawan dia. Dia naughty. Tapi naughty yang mencuit hati. Suka tanya saya macam-macam soalan. Nampak saya ada kotak pensil NIKE. Siap tanya ori ke tak ori. Berapa harga. Layankan aje laa...

Saya mengajar 3 kelas form 1. Masih belum dapat hafal nama pelajar-pelajar. Kadang-kadang saya tersalah sebut. Habis satu kelas gelak besar. Sabo je la. Ada yang bila ditanya siapa nama, disambut pulak oleh rakan yang lain dengan menyebut nama orang lain. Bila saya sebut nama tu, semua gelak. Memang la nakal. Bila dah banyak kali, saya pun naik angin. Saya tengking. Semua senyap. Hahaha! Padan muke!

Ada satu kelas tu, homework saya bagi ada beberapa orang yang tidak buat, buku tertinggal la, lupa fotostat la, lupe tampal la. Saya suruh berdiri, terus saya bagi 1st warning. Semua muka kecut. Hahahaha!

Pelajar Form 1, masih ada rasa gerun dengan guru. Cuba Form 5, haraaammmm. Kena la guna pendekatan lain pula pada Form 5 dan Form 4 ni. Kena buat mereka macam kawan. Jadikan geng. Tapi saya masih lagi tak dapat tackle satu group pelajar lelaki cina dan melayu yang sangatlah *&%$#@ perangai mereka. Kerja selalu tak siap. Dalam kelas suka sangat berjalan ke pintu. Buat-buat betul seluar. Jalan-jalan ke tempat kawan. Ganggu pelajar lain nak belajar. Sakit hati seh! Macam mana la saya nak tackle diorang ni? Huhu.

Semalam saya ke sekolah. Ada sedikit perubahan imej.

"Cikgu, baru balik Mekah ke?"

"Cikgu, cikgu nak pegi Mekah ke?"

"Cikgu, I like your tudung!"

"Wahhhh, lawanya cikgu arini"

"Cikgu! Macam orang nak pegi kawen".

"Cikgu, baru lepas nikah ke?"

Bila ke kantin...

"Dayah, meja pengantin kat sana yer?"

Hahahaha! Pulakk...

"Oi, Mak Aji!". Hahaha, dapat gelaran Mak Aji la pulak.

"Wei! Lawa tudung. Beli kat mana? Berapa?"

Sebenarnya takde la perubahan apa pun. Sekadar pakai tudung jenis selendang yang ada labuci-labuci. Memang la sebelum ni saya tak penah pakai. Sekali pakai nampak lain giler la kan... Paling suka seorang rakan sekerja kata saya nampak keibuan. Auuuuwww! Tak penah lagi ada yang menegur saya nampak riak keibuan. Hik hik hik! Terkesima saya dibuatnya, kekekeke.

Apa-apa pun minggu ke-2 ni saya rasa happy je bekerja. Tiada rasa tensen. Macam tu lah adat keje, ada minggunya rasa best jer. Ada minggunya rasa hampehhh. Tapi apa yang saya perhatikan, saya akan rasa best dan seronok pabila saya dapat menyampaikan pengajaran saya dengan sehabis baik. Rasa puas gile bile keluar dari kelas tu.

Ok lah, nak pegi mandi. Kejap lagi nak ke Mydin Selayang. Nak beli barang-barang kelas. Esok hari sekolah ganti seluruh Malaysia. Pagi ada P&P. Lepas rehat ada gotong-royong menceriakan kelas. Saya nak kerahkan askar-askar saya tu menghias kelas. Biar jadi juara keceriaan kelas! :)

Wellness Analysis

Ahad lepas saya kan ke kelas Face Massage. Lepas tu kat situ boleh buat Personal Wellness Analysis.

Daripada analysis yang dibuat menggunakan satu alat di mana kita perlu berdiri di atasnya ( berdiri macam nak timbang berat badan tu). Lepas tu tangan pegang macam handle beskal tu). Tunggu beberapa saat, lepas tu diambil bacaan.

Dari bacaan tu boleh tau body fat, visceral fat level (VFAT), basal metabolic rate (BMR) dan body mass index (BMI).

BMI saya masih di dalam rate normal. VFAT saya juga normal. Tetapi body fat saya tinggi dan BMR saya rendah. BMR saya 1112 kcal. Normal BMR is 1200 calorie. The higher the BMR the better katanya. Katanya lagi metabolic saya rendah. Saya makan, tapi makanan saya tidak dibakar dengan sempurna, then ia jadi lemak, dan sebab itulah body fat saya tinggi.

5 bulan yang lepas saya ada membuat healthscreen. Sample darah saya diambil dan diuji di makmal. Dengan bayaran RM200, saya telah dapat profil lengkap tentang analisis kesihatan saya dengan menguji darah saya. Reference range bagi total cholestrol adalah kurang dari 5.7. Dan total cholestrol saya pada masa itu adalah 5.0 mmol/L dan masih di tahap dalam range. Cuma doktor menasihatkan saya supaya mengurangkannya lagi.

Metabolic rate saya juga masih di tahap yang bagus menurut doktor yang menerangkan pada saya keseluruhan hasil ujian darah itu. Saya tidak pasti sama ada alat yang seperti handle basikal itu accurate atau tidak. Tapi apa-apa pun saya pasti perlu melakukan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan saya. Becoz health is wealth!

Paling sedih my biologycal age menurut alat handle basikal tu adalah 32 tahun. Uwaaaa!!!! Ini tidak boleh jadi. Dato' yang buat ekspidisi Kutub Utara sorang-sorang tu biologycal age dia 25 tahun sedangkan umo dia dah 40+. Tapi accuratekah alat itu ek? Hehehe.

Paling sedih jugak berat badan saya memang dah naik! Memang! Itu memang dapat dirasai. Tu pasal, pakai kebaya pun sekarang ni dah rasa ketat semacam je, hahaha. Tapi as long as my BMI is normal, i think it's still ok. Kalau kurus sangat nanti tak huggable la pulak kan? Wakakakaka!

A Great Secret


Saya baca blog Kak Wan. Sekali terbaca yang Kak Wan attend kelas subconscious mind. Terus saya sms Kak Wan. Kak Wan kata kelas tu akan diadakan lagi sekali Januari tahun depan. Perghhh!!! Setahun lagi tuuu...


Saya memang nak sangat belajar dan mengaplikasikan betul-betul minda bawah sedar ni. Dua jenis buku ni dah lama saya khatam. Tapi nak mengaplikasikannya tu tak reti. Geram seh!

Dan siang tadi saya ikut Kak Wan join kelas Face Massage di Kajang. Kata Kak Wan, boleh la sembang sekejap pasal minda bawah sedar. Tak rugi juga saya attend kelas Face Massage ni. Sebelum balik, Kak Wan sempat ajar sikit macam mana nak dapatkan minda bawah sedar. Terima kasih Kak Wan. Nanti dayah cuba apply. Tapi tetap tak pueh ati pasal tak dapat attend the real kelas subsconcious mind! ehe




Berurut. Bestttt...!!!


"Aaa? Urut free? Biaq betoi? Kat mana? Betul ke free?"

"Iyer..freeeee!".

Memang syiok gile! Dah la free. Pegi la hari-hari pun. Nama tempat ni CERAGEM. Kita baring atas katil. CERAGEM ni teknologi Korea. Dalam katil tu ada batu panas yang akan bergerak sepanjang tulang belakang kita.

CERA maksudnya panas, GEM maksudnya batu. Ia menggunakan konsep tradisional la juga iaitu urut dan bertungku. Bila buat urutan ni digalakkan pakai baju putih untuk kesan yang lebih baik. Daripada testimoni, banyak juga orang yang mengalami masalah ada penyakit, lepas berurut dengan CERAGEM, penyakitnya sembuh. Kalau nak lebih mujarab, kena konsisten 3 bulan lah.

Thanx to Nurul yang memperkenalkan saya pada CERAGEM. Dah la dekat je dengan rumah. Kat Kepong je CERAGEM ni. Nampaknya lepas ni, lepas balik sekolah boleh terus pergi berurut lah, hehe. Boleh ajak my housemates ;)

Err..kalo nak beli katil CERAGEM ni pun boleh. Tapi harganya 10k lah! Tapi dah dia bagi free je, buat je lah yang free. Tapi kot jadi jutawan Power Root ke, rembat la 4,5 ketul katil :p

Hafalan Solat Delisa


Delisa anak perempuan bermata hijau, bening, dan umurnya baru mencecah lima tahun. Dia hidup dalam keluarga yang sentiasa membuatnya tersenyum ceria. Dalam suasana keluarganya yang sebegitu, dia cuba menghafal bacaan dalam solat dengan bantuan ibu dan kakaknya.

Namun Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Tsunami datang melumatkan senyuman pada wajah Delisa. Tsunami mengambil segala-galanya, keluarga juga kaki kecilnya. Yang tersisa, hanya dia dan ayahnya, dan dalam keadaan sebegitu apakah Delisa mampu tetap tersenyum seperti dahulu dan menyudahkan hafalannya?




__________
Habiburrahman El Shirazy memang tidak menghampakan pembacanya. Buku ini sangat best. Saya baca separuh semasa perjalanan balik ke kampung. Dan separuh lagi semasa perjalanan balik ke KL. Konon macam bagus la membaca dalam bas, hahaha. Podacit! Apa-apa pun tak rugi saya sambar buku ni semasa menemankan Cik Nurul ke kedai buku di Jalan Tar minggu lepas. Sudahlah buku ni terletak di bahagian atas rak yang paling tinggi. Terjengkot-jengkot saya nak mencapainya. Terpaksa la berkaki ballet seketika.

Peminat
Habiburrahman El Shirazy, sila dapatkan segera!



First Day


Semalam tido pukul 12. Jam 5.40 pagi alarm di handfon berbunyi. Bangun dengan memaksa diri. Termenung depan almari. Mana satu baju nak pakai ni? Semua dah membosankan! Akhirnya pilih baju kurung. Iron baju. Kemas beg. Masukkan apa patut. Tengok jam pukul 6.00 pagi. Kembali semula ke katil. Kunci alarm pukul 6.15 pagi. Dapat tido semula 15 minit pun jadi la...hehe.

6.15 pagi alarm menjerit lagi sekali. Aaarrrggghhh!!!! Kenapa sekolah arini??? Kenapa? Kenapa? Saya tak boleh terima kenyataan cuti sekolah sudah tamat! Ehehehe.

Sebaik sahaja kaki jejak tanah sekolah, saya seperti merasakan bangunan sekolah mengucapkan, "Welcome back to school Cik Hidayah!" . Sambil bangunan tu buat muka tersenyum menang. Cis!








Year 2009, 1430 Hijrah

Januari 2009 kini sudah menjelma...

Khamis, 6:30 pm

Jumaat, 8:30 am

Jumaat, 6:30 pm

Sabtu, 8:30 am

Semoga ada sinar harapan buat saya...


Gambar bunga kembang ini saya rakam pada Januari 2007. Tika itu saya amat mengharapkan sesuatu akan berlaku. Sesuatu yang amat saya harapkan pada tika itu. Dan Alhamdulillah saya dapat apa yang saya inginkan. Dan sekali lagi saya abadikan entry yang sama ini di awal Januari 2009 ini kerana saya mengharapkan sesuatu yang merubah hidup saya akan berlaku.

"Ya Rabbi, tunjukkanlah jalan kebenaran kepadaku, agar melaluinya aku semakin mampu menggapai cinta-Mu. Lindungilah aku dari segala bahaya dan malapetaka, terangi jiwaku dengan cahaya-Mu, sehingga dengan cahayamu itu aku bisa melihat jalan dengan terang dan dapat pula menempuh takdir yang telah engkau tetapkan".


Amin Ya Rabbal 'Alamin.






Followers