Dikarang oleh
hayad
on Friday, November 28, 2008
Dikarang oleh
hayad
on Monday, November 24, 2008
Oooo, Cikgu Jawe tayang sarapan dia ek? Haa, ni sarapan kitorang pagi semalam. Makaroni bakar. Tapi Cik Nurul yang buat. Saya tolong setkan masa dan suhu oven je, hehehe.Ada ke patut kusuruh tetamu yang masak, bagus betul Tuan Rumah seperti saya ni, ehe... Takpe la Cik Nurul, hang kan dah nak kawen. Harus wajib hang masak-memasak ni. Nurul, I told u aredy, lagi banyak cheese lagi sedap... tak cukup la sepeket cheese tu. Pasni kalo aku wat, aku nak buh giler banyak punyer cheese.
Sebenarnya takde cerita apa nak updet tapi nak updet jugak. Tepek je lah gambo makanan. Ntah-hape-hape-ntah!
Dikarang oleh
hayad
on Saturday, November 22, 2008
Pagi tadi menemankan Cik Nurul berjogging di Taman Tasik Titiwangsa. Aktiviti jogging ini telah disuarakan oleh Cik Nurul petang semalam lagi. Jam 5.50 pagi saya sedar hujan turun. Lebat juga. Memang syiok la saya tidur. Dan saya amat mengharapkan hujan itu terus-terusan sehingga ke jam 9 pagi kerana saya sebenarnya mempunyai sedikit perasaan malas untuk berjogging, hehehe.Tapi jam 7 pagi Nurul kata ujan dah benti. Boleh la kita pegi. Alahai! Terpaksa la saya bangun dengan malasnya dari katil. Mira housemate saya ikut sekali. Pukul 8 kami sampai di Taman Tasik Titiwangsa. Lebih kepada berjalan kaki je sebenornya daripada jogging :DBalik dari jogging, jam 10 pagi saya buat nasi ayam untuk dijadikan santapan makan tengah hari. Hahaha! Bertambah balik kalori yang dah hilang di Taman Tasik pagi tadi, hik hik! Lepas Zuhur saya, Nurul dan Mira pergi majlis nikah Yan. Yan ni kawan Nurul masa matrik. Asalnya bukan kawan saya la. Tapi sekarang dah jadi kawan la. Macam friendster tuuu. Kawanmu kawanku jua :pTak sabo nak tengok gambo kami buat aksi gile bersama pengantin kat fotopages jurufoto Yan ni, ehe. Ni je la keje saya di musim cuti sekolah ni. Iaitu menghadirkan diri ke majlis kawen kawan-kawan. Kalau ada kawan kawen kat Burma pun saya pegi agaknya :pOk lah, stop sini dulu. Nak mandi. Cau cin cauuuu!!!!
Dikarang oleh
hayad
Semalam saya mimpi saya dapat naik kapal terbang.Saya rasa seronok sangat masa tu. Tibalah masanya kapal terbang tu nak terbang.Masa kapal terbang tu nak naik, rasa takut juga.Posisi jadi mencerun 45 darjah. Rasa takut sangat.Tapi lepas tu kapal terbang tu mendatar semula. Tak boleh nak terbang.Kami yang kat dalam tu semua risau + sedih. Perasaan saya lebih kepada sedih. Sebab saya nak sangat merasa naik kapal terbang.Masa tu perasaan saya seakan-akan seorang budak kecil. Bukan dewasa berumur 25 tahun.Kapal terbang tu bergerak di kawasan mendatar dengan kelajuan yang laju untuk cuba terbang naik kembali.Tapi masih tidak boleh.Saya di seat penumpang rasa sedih amat.Lepas tu saya tak ingat apa-apa dah.Saya tersedar dari tidur pun sebab dengar suara Kak Esha depan rumah ni memanggil nama saya.________________
Saya selalu mimpi untuk naik ke tempat tinggi tapi tak berjaya. Bila nak sampai ke puncak je, saya rasa seakan diri saya terbalik seperti mahu jatuh. Saya selalu mimpi panjat tempat tinggi seakan gunung, tapi akan berkesudahan dengan kekecewaan. Ada makna tak mimpi saya yang semacam ini. Saya takut maksudnya, saya takkan berjaya pun dalam setiap sesuatu yang saya kerjakan...
Dikarang oleh
hayad
on Thursday, November 20, 2008
Dikarang oleh
hayad
Tak tahu macam mana saya nak mulakan cerita ni. Sepatutnya cerita ini diceritakan sebaik sahaja ianya berlaku. Barulah bertepatan dengan perihal blog saya, "My Blog Is The Story Of My Life. A Living Diary. If It Happens I Blog It".Namun begitu ingin juga saya kisahkan akan perihalnya kesah saya ini. :D
Bermulalah sebuah cerita di mana saya sedang resah-gelisah mencari guru untuk menggantikan saya menjaga exam SPM. Sehinggalah Kak Zi rakan sekerja saya memberikan nombor telefon seorang guru lelaki kepada saya. Dengan segera saya sms beliau. Dengan harapan beliau bersetuju untuk menggantikan tempat saya. Sebelum itu telah saya khabarkan pada Kak Zi agar memaklumkan kepada guru tersebut akan habuan yang bakal beliau terima jika setuju untuk menggantikan tempat saya.Sms saya dibalas dengan positif sekali. Beliau, guru sekolah rendah itu setuju untuk menggantikan saya. Bermula dengan sms untuk mendapat persetujuan, sehinggalah meleret bertanyakan itu ini. Beliau yang memulakan. Dengan bertanyakan bermacam-macam hal pada saya. Sampailah kepada soalan "Bila mahu kawen?".Ahhh.... menyampah sungguh saya dengan soalan nan satu ni. Cuba tanya soalan, "Kamu nak jadi kaya tak?" bagusla jugak! Soalan beliau itu saya jawab, "Tak tau la bila. Awak pulak?""Saya tunggu awak la. Tu pun kalo awak sudi". Harharharhartamas! Nak guling-gelentang saya rasanya dengan ayat beliau itu. Nasib baik saya sedang berada di dalam kelas. Nanti terkejut beruk pulak anak murid saya melihatkan guru mereka berguling-guling di lantai sambil gelak tak hengat dunia.Beliau ada menelefon saya. Saya angkat. Dan pastinya saya membuat suara yang tegas tanpa ada nada-nada lunak yang bisa mencairkan hati beliau. Dan memang menjadi kebiasaan saya jika ada panggilan yang saya tak kenali, pasti akan mendapat balasan begini... " Ni siapa? Nak bercakap dengan siapa?". Jika di talian bertanya saya, saya ni siapa. Pasti jawapan saya, " Awak kol saya, awak tanya saya siapa pulak? Awak nak cakap dengan saper??!!" . Sure lepas tu si pemanggil akan mohon maaf dan mengatakan salah nombor, hahaha. Padan muke!Arakian si guru lelaki ini pun mungkin sudah asyik masyuk dengan saya. Tak berhenti-henti sms beliau. Di sekolah ketika di dalam kelas pun masih dikirimkannya sms. Saya sudah berjanji dengan beliau untuk berjumpa. Tapi aha, bukan untuk berdeting, tapi untuk menyerahkan surat pertukaran nama saya kepada nama beliau bagi menjaga exam SPM.
Beliau juga ada menyatakan, tak payah la memberi habuan yang saya janjikan tu. Dia suruh saya simpan saja duit saya tu. Dia minta saya belanja dia makan saya, sudah memadai katanya. Wah! Mulianya hati, hahaha.
Pada suatu malam saya bertanyakan pada beliau ada frenster kah? Apakah? Hahaha. Kata dia ada. Masa itu jam 12.30 malam. Saya sememangnya selalu jadi burung hantu, memintakan ID beliau supaya boleh saya add as fren. Tapi katanya dia tak online sekarang. Saya kata, tidak mengapalah, biar saja saya add dahulu. Tapi beliau menolak. Kata dia, tunggu sekejap, dia ke kedai mamak yang ada WIFI. Sanggup tuuuu.... Ni mesti kes tak mahu saya lihat muka dia dulu. Hensem sangatkah? Apakah? Hahahaha!Saya pun menunggu dengan sabar. Sementara itu saya memang sudah smskan pada beliau emel address saya. Lama kemudian, hampir setengah jam, dia sms menyatakan dia sudah add saya dan mahu pulang ke rumah semula sebab sudah mengantuk. Saya pun meng'refresh' frenster saya. Kelihatanlah ada manusia baru yang add saya. Saya accept. Tapi hampeh, satu gambo beliau pun tidak ada.Sampai ke petang esok, tiada sms yang saya terima dari beliau. Selalu tu pagi-pagi sebelum loceng berbunyi dah keluar bunyi doraemon di Norkiah saya ni. Hahaha, saya faham benar akan situasi ini. Dan saya cukup dewasa untuk faham ;) Saya fikir, mungkin beliau teramatlah hensemnya dan pada beliau saya tidak berpadanan dengan beliau. Tak mengapalah. Teman idok la kesah pun. Sikit pun takde asyik masyuk selama bersms dengan beliau selama seminggu itu. Janji ko nak ganti aku jaga SPM sudah, hahaha.Akhirnya, lewat petang itu, saya sms beliau. Bukan apa. Ingin menanyakan, ada atau tidak guru besar beliau menerima surat dari sekolah saya yang menyatakan beliau telah bersetuju untuk menggantikan saya. Setelah lama menunggu, saya mendapat balasan. Lega.... seb baik ko balas. Ahad ni aku jumpe ko, bagi surat tukar. Itu lebih penting. Cepat serah, cepat setelnye.Ada beberapa hari lagi sebelum hari Ahad. Sms dari beliau memang sudah tiada lagi. Ada tidak pun beliau hanya bertanyakan tengah buat apa. Lelaki...lelaki. Hensem sangatkah anda sehingga lansung tak sudi sms saya selepas melihat saya di frenster? Apakah? :p Tak sabar pula saya mahu ketemu anda di Mid Valley Ahad nanti. Ahad pun tiba. Saya tiba di Mid Valley jam 11 pagi tepat seperti yang dijanjikan. Dia pula lewat. Masih dalam komuter katanya. Huh! Tak punctual lansung!
Saya menunggu hampir setengah jam. Ke hulu ke hilir la saya dalam bangunan tersebut. Akhirnya saya kembali ke ruang legar depan Jusco. Sms saya hantar, memberitahu lokasi saya. Tiada balasan. Saya tunggu deringan telefon dari beliau. Tiada juga. Akhirnya saya sudah tak dapat menahan sabar. Bukan tak sabar nak jumpe beliau, tapi perut saya ni dah berlagu keroncong, rock, pop yeh yeh semua ada. Dah la saya tak sarapan sebelum keluar tadi.
"Haa, awak kat mana? Dah sampai belum?""Dah"."Saya kat depan Jusco ni?""Jusco mana?" Eleh, ini adalah taktik lama. Konon tak tau, sebenarnya nak tengok empunya badan dari jauh dulu. Tolonglah! Taktik kuno. Dah tak best untuk diguna,kekekeke."Awak nampak tak kedai World of Cartoon? Memory Lane? Ha, depan kedai ni awak leh nampak Jusco". Tak lama kemudian saya dengar suara sayup dalam telefon itu hampir benar dengan saya. Tengok-tengok dia kat sebelah dah."Huh! Saja buat tak tahu ek? Habis kredit je saya kol". Ooooo, inila rupa orangnya. Dalam frenster tak boh muka. Mungkin kurang keyakinan diri. Tapi ada hati nak tengok orang dulu. Saya? Saya memang sentiasa berkeyakinan diri yang tinggi, hahaha."Ok, nak makan kat mana? Saya dah lapar ni".
"Food Court je lah"."Malas lah. Food Court ramai sangat. Saya prefer restauran"."Ikut awaklah". Dan kami pun jalan beriringan. Eeee, geli pula rasa saya berjalan bersaing begini. Selalu tu saing dengan
Cik Nurul je, hehe.
"Awak makan ape? Pizza nak?""Saya pun tak tau. Saya tak biasa tempat-tempat gini"."Ok lah, jom pegi Laksa Shack la. Saya nak makan laksa"."Aaa? Laksa?". Kelihatan muka beliau sedikit jengkel."Jangan riso. Nasik pun ada situ. Nasi rendang, nasi kerabu, semua ada".
"Oooo, ye ke? Ok". Sampai aje, terus saya meng'order'. Dan beliau kelihatan sedikit kekok. Saya bukakan menu dan tunjukkan pada dia bermacam-macam menu nasi yang ada. Akhirnya dia pilih la nasi rendang tok. Sambil makan, kami berbual-bual seperti biasa. Dia pada mulanya diam. tapi saya tak boleh la diam-diam ni. Saya pun tanya macam-macam. Banyak juga topik saya buka. Ha, baru best sambil makan bercakap. Ni makan senyap je. Apa kes????
Elok habis makan, Azwa rakan sekerja sms, beritahu dia pun ada di Mid Valley menunggu kawannya untuk tengok wayang. Tapi lambat lagi start. Terus saya ajak Azwa ke Laksa Shack. Azwa pun sampai tak lama kemudian. Saya kenalkan Azwa pada beliau. Dan saya kenalkan beliau pada Azwa sebagai guru yang bakal menggantikan saya menjaga SPM.
"Dayah, kawan aku sorang lagi tak jadi datang. Nak tak replace tempat dia tengok wayang?".
"Aku ok jer"."Takpe ye awak. Saya terus tengok wayang dengan Azwa lepas ni". Saya berbasa-basi dengan beliau. Yelah, saya berjanji keluar dengan beliau, tiba-tiba jumpa kawan saya, terus nak tinggalkan tetamu saya.
"Eh, takpe. Ok".
Selepas membuat bayaran, kami bertiga pun beredar. Sebelum saya ke GSC, saya memandu beliau ke arah pintu keluar ke komuter. Kata beliau, beliau tak tahu. Tak biasa. Al-maklumlah, kata beliau, di hujung minggu beliau duduk rumah saja, main game di PC.
"Oooo, ye ke? Tak bosan ke dok umah? Saya pulak bukan jenis home type". Balas saya semasa beliau menceritakan aktiviti beliau di hujung minggu.Selepas beliau tahu mencari jalan ke pintu keluar, saya pun beredar bersama Azwa. Sedang saya berjalan itu, beliau sms, mengucapkan terima kasih atas belanja makan tadi. Kata beliau lagi, nanti dia belanja saya pula. Saya balas dengan kata-kata "sama-sama".Saya dan Azwa beratur untuk membeli Pop Corn. Tak lama kemudian dia sms lagi.
"Awak, nak tanya, kawan awak tu single lagi ke?"Segera saya tunjuk sms itu pada Azwa. Saya balas, " Dia single lagi. Kenapa? Berkenan ke? Boleh saya kenalkan?""Ye ke single? Betul ke dia takde pakwe?""Iye, dia single lagi"."Ye ar tuh. Cantik macam tu xkan xde lg kot. Tp sy gurau je. Dia mesti nak cari yg ensem. Sy tak ensem pun,hehe".
Haaaa, tau takpe. Wakakakaka! Saya tunjuk semua sms dia pada Azwa. Dan saya ceritakan segalanya pada Azwa dari mula. Mula dengan bagaimana dia membuat ayat berbunga-bunga sukakan saya. Mahu mengenali saya dengan lebih dekat. Tapi itu semua sms sebelum dia meng'view' frenster saya. Selepas frenster di'viewed' tiada lagi sms berbunga-bunga. Hahaha, geli hati sungguh saya.Lepas tengok wayang, kami pergi makan. Saya terima lagi sms dari beliau.
"Awak, betul ke dia xde pakwe"Lagi sms beliau... "Cakap kat dia, esok sy nk ajak tgk wayang. dia nak x?hehe".
Saya tunjuk pada Azwa. Azwa kata, esok kan ada meeting jaga SPM. Tak payah lah. Saya reply ayat dari mulut Azwa tu pada beliau.
"Awak, sy nk minta no azwa boleh tak?"Saya tunjuk pada Azwa. Azwa kata, tak payahlah. Ada rezki jumpa, adalah. Saya reply ayat dari mulut Azwa itu pada beliau.Dan sehingga ke hari ini, tiada lagi sms dari beliau. Hahahaha.
"Dayah, ada lagi tak dia sms?" Tanya Azwa.
"Takde dah".
"Dah, tak payah layan. Ko berganda kali comel dari dia".Auwwww!!! Blushing I tauuuu!!! hahahaha. Haru-biru betul la. Macam-macam Aznil sungguh la. Saya cerita pada Kak Za, yang usianya muda setahun dari mak saya. Kak Za ni memang seorang pendengar yang baik. Dan nasihatnya seperti nasihat ibu kepada seorang anak."Takpe, itulah tandanya dia bukan jodoh awak".
Teringat lagi sms beliau. Beliau kata, "Ganti SPM untuk awak tiap-tiap tahun pun saya sanggup". Ayatttttt.... Hahahaha! Nanti tahun depan saya kena jaga SPM, saya nak try minta dia ganti saya lagi. Kita lihat apa jawapannya nanti :p
__________________Haru sungguh la. Saya juga pernah jumpa lelaki yang minta saya bayar makanan dia secara paksa. Hehehe.Oh ya, sekejap lagi ni nak keluar dengan Azwa. Daaa :)
Dikarang oleh
hayad
on Wednesday, November 19, 2008
Dah dua malam saya di KL. Saya balik semula ke KL hari Isnin. Saja gatal. Mula-mula berniat untuk datang sekolah semalam, tapi tiba-tiba senggugut menyerang, maka terlantarlah saya selama 5 jam di atas katil hampir seperti orang mahu beranak. Ke bilik air dah beberapa kali. Kepala pulak dah berpinar-pinar.Saya sms dengan Nurul, kata dia minum air masak banyak-banyak, kalau ada coklat, makan coklat. Saya pun dengan bersusah-payah pergi la menjerang air. Ambil coklat hadiah pemberian Panitia Sains hari tu, makan seketul, pastu minum minuman herba Intra. Air dah masak, saya pun minum. Lepas tu berbaring semula. Sedar-sedar jam dah 3 petang. Ahhh, legaaa....Bangun je saya terus menyambung baca novel Faisal Tehrani ni. Suka saya dengan novel FT yang satu ni. Hari ni dah setel saya habiskan. Cerita tentang Ziryab, seorang lelaki yang meminati bidang jahitan. Novel ni tentang Busana Melayu, tentang songket, tentang Kurung Riau, tentang tenun-menenun, tentang tulang belut dan macam-macam lagi bahasa-bahasa jahit-menjahit yang memang saya tak tahu. Saya jahil sikit bab jahit-menjahit ni. Jahit jelujur pun tak lepas, hehehehe.Saya berkira-kira untuk menghadiahkan novel ni pada Man. Cucu jiran saya di kampung. Man sekarang ni sedang belajar jahit-menjahit. Memang meleleh air liur tengok Man ni mereka-cipta baju dengan jahitan manik yang vouge-vouge. Kata Man, Raya Haji yang mendatang ni dia nak ajar saya jahit manik pada baju dan tudung. Heh heh.. tak tau saya mampu buat atau tak :pNanti kalau saya dah terer bolehlah saya mengambil upah menjahit manik pula, hehehehe. Macam sempat jer. Pigidah!_______________
Kak Razmah, Kak Noni dan Kak Kopi Suam, saya tak dapat nak buat kueh raya untuk raya haji ni. Memang tiap-tiap tahun tak buat untuk raya haji. Raya pose tu memang buat la. Sory tau! Jangan merajuk sampai tak nak tempah raya pose nanti pulak tau! Ehe :D
Dikarang oleh
hayad
on Sunday, November 16, 2008
Semalam ke kenduri kawen kawan sekelas yang ke ntah berapa orang. Saya pun tak kira. Dah ramai sangat dah yang kawen. Warna ungu jadi warna tema pilihan Si Rozie ni. Dia ni cikgu jugak, ambil KPLI. Asbennya dah mengajor di Sarawak. Lepas ni dia pun bakal ke Sarawak la jawabnya.Lepas pegi rumah Rozie, saya dan Zila pegi umah Ina. Ina ni pulak bertunang. Dengan orang Banting, Selangor. Orang Jowo. Sedara-mara Cikgu Jawe kita la ni, kekekekeke :p"Berapa orang lagi ek kelas kita yang tak kawen lagi? Sekarang ni dah 3 orang yang dah bertunang, kira sebelah kaki dah lepas la tu", Zila sedang mengira-ngira dalam kepala otaknya.Lepas tu dia menyambung,"Yang tak kawen lagi, Ida, Yati, Nana, Yana.... aaaa, kamu!". Kamu itu merujuk kepada saya. Hampeh!"Aku nak tengok sapa paling last!". Kata Zila lagi. "Siapa yang last kena buat grand-grand". Tambahnya lagi.Ada 5 orang lagi ek? Ramai lagi tuuuu... Rilex lah! Hehehehe.
______________
Opps! Lupa nak wish. Happy Holidays to all Teachers in Malaya :)
Dikarang oleh
hayad
on Wednesday, November 12, 2008
Hari ni ada jamuan kelas saya. Tapi ramai juga ahli-ahli 3 Cekal yang tak datang. Maklum la, dah nak cuti sekolah. Ada yang start tak datang lepas habis PMR hari tu lagi. Saya sebagai guru kelas, risau juga pasal jamuan ni. Risau makanan tak cukup. Risau ada cikgu yang berkecil hati sebab tak dijemput, macam-macam lagi lah!Tapi Alhamdulillah, semuanya ok. Makanan pun semua habis dan cukup. Lega saya. Cikgu-cikgu yang datang pun makan ok semua.Strawberry Short Cake rasanya nama makanan ni. Si Alysha yang bawak. Bila saya tanye resepi, kata dia,
"Family Recepi cikgu". So paham sendiri lah. Biasala, orang kaya-kaya ni kononnya ada satu-satu benda yang jadi trademark untuk family dia. Huhu.
12 kotak Domino Pizza semuanya licin licau!
Blueberry Cheese Cake by Secret Recepi
Indulgence Cake, Secret Recepi gak. Teringat pulak recepi cake ni yang saya belajo dulu. Tak buat-buat pun lagi, hehehe.
Potong kek ramai-ramai.
Saya dapat sejambak bunga oleh geng Gloria, Affiah, Ainaa and Alysha. Diorang ni dalam kelas macam-macam geng ada.Kak Zi jeles, dan terus merampas bunga itu dari saya lalu berposing dengan bunga tersebut, hahaha!Yang kena dukung tu la Ketua Kelas 3c. Paling 'besar' di dalam kelas :p
Ni hadiah yang mewakili semua kelas.
Dapat 6 bijik gelas ijau ni. Tau pulak bebudak ni saya suka hijau, hehehe.
And this mug. Cute!
Bunga dan kad Thank You yang tertulis kata-kata yang menyentuh kalbu, ehe...
Ok lah, nak pegi mandi dulu. Malam ni ada keje sekolah lagi nak dibuat. Ada ke patut esok ada Pengembangan Staf lagi. Hari Selasa depan pun ada. Dah la masa tu cuti sekolah. Tak cukup kembang ke? Saya rasa dah terlebih-lebih kembang dah cikgu-cikgi SMK S*** H******* ni, hehehe.
Dikarang oleh
hayad
on Tuesday, November 11, 2008
Hari ni saya buat satu kejahatan, huhu. Saya tak pergi sekolah arini. Lepas saya solat subuh, saya tido balik. Saya bagitau osmet saya nak ambil cuti rehat.Dalam pukul 8 dapat kol dari Nora. "Wei! Ko tak gi sekolah sebab aku tak tunggu ko ke tadi?" . Memang semalam saya cakap kat Nora nak tumpang dia pegi sekolah."Tak lah, aku sakit perut. Ko cakap kat Kak Zura aku senggugut". Pastu saya tido balik setelah memutuskan talian dengan Nora.Tengah hari dapat kol dari Laila pulak. Cis! minah ni mesti akan mengantoikan aku."Woi! Ko tak gi sekolah sebab senggugut keeeee sebab nak marking paper?""Hahahaha! Wei, aku nak marking paper. Ni tengah marking ni ha. Hehehe!!!"."Tu la, Nora cakap kat aku ko tak datang sebab senggugut. Aku kata, dayah ni senggugut ke nak marking paper, hahahahahaha!". Hampeh betul si Laila ni mengantoikan aku."Wei, ko diam-diam ek! Aku nak abehkan marking ni. Paham-paham la kelas ko ni. Kelas pandai. Jawab panjang-panjang. Jenuh aku nak baca".Akhirnya saya berjaya habiskan juga menanda. Berpinau-pinau mato den!
Saya akui memang kesalahan saya, lambat tanda. Markah sepatutnya diberi pada guru kelas Jumaat lepas lagi.Tulisan si Rudy ni memang aku rasa nak juling bijik mata.
Tulisan Edwind pun sama.
Hahahaha! Padan muke! Tak tau kenapa, saya memang suka bagi soalan susah. Tak ikut lansung piawaian membuat soalan. Pastu saya kedekut markah. Huhu.
____________________
Esok ada jamuan kelas :)
Dikarang oleh
hayad
on Sunday, November 09, 2008
Semalam ke Mid Valley. Mahu berjumpa dan menyerahkan satu dokumen pada seseorang. Ada cerita di sebalik pertemuan dengan seseorang ni. Haha. Memang akan saya ceritakan. Pasal Cik Nurul pun nak tau, hehe.Masa saya bersama orang itu, Azwa, rakan satu sekolah saya datang. Kebetulan Azwa memang nak tengok wayang. Tiba-tiba Azwa kata ada satu tiket lebih pasal sorang kawan dia tak jadi datang. Azwa offer saya replace tempat kawannya itu. Saya ok je. Kami pun tengok la cerita "10 Promises To My Dog". Ingatkan cerita omputeh, tapi cerita Jepun. Best giler! 5 bintang saya bagi.Lepas habis wayang kami pergi makan. Kawan Azwa sorang tu nak makan burger. Kami pergi je la kat kedai burger sebelah McD di aras yang sama dengan wayang tu."Aku malas makan la Azwa. Burger aku tak mau. Korang makan la"."Ok!"Sambil tu saya perati menu-menu kat atas tu. Tiba-tiba tengok macam ada perkataan "Bacon" Burger... Ke aku salah baca? Tengok sekali lagi."Wei, napa ada jual "Bacon" burger?""Bacon tu ape?" Tanya Azwa."Bacon" tu baaa.... Lepas tu kawan Azwa cakap slow-slow kat Azwa. Kawan Azwa tu Chinese. Yeng Yeng namanya."Jom kita pergi kedai lain la". Ajak Yeng Yeng.Jalan-jalan cari makan la kami. Pastu nampak kedai makanan Thai. Ok, jom! Saya order mee hoon tom yam.
Dikarang oleh
hayad
on Saturday, November 08, 2008
Tema hitam putih menjadi tema annual dinner tahun 2008 ni. Dua warna ni la menjadi kepantangan bagi saya. Memang tak masuk betul saya dengan dua kaler nih. Al-maklum la, kulit lahir bulan tak berapa nak cerah ni, haha!Lepas maghrib saya, azwa, kak zi dan kak yana bertolak dari Desa Mutiara, Damansara. Sampai je Dynasty Hotel, rupa-rupanya kami orang paling lewat sampai. Majlis dah mula dengan ucapan dari Pengetua. Cepat-cepat ambil tempat masing-masing. Lepas ucapan-ucapan orang-orang besar ni, kami pun menjamu selera diselang-seli dengan cabutan bertuah.Dan lepas tu tibalah acara yang ditunggu-tunggu. Haha. Persembahan oleh guru-guru. Sebagai seorang yang coooool lagi sporting saya dan kawan-kawan guru junior buat persembahan tarian A-go-go :p Dengan menggunakan lagu feveret saya, Malam Pesta Muda Mudi, haha. Lagu dalam cerita P.Ramlee. Lagu Pak Maun :D Sanggup Pak Maun tipu bininya pasal nak pegi Malam Pesta Muda Mudi, hehe.