Cis!

Masa free di sekolah tadi, saya turun ke pejabat. Nak menghantar ole-ole pada kakak-kakak di opis. Saya beli keychain dan dodol je untuk diorang.

Sampai je di ofis...

"Hidayah! Kenapa awak kol Cik *****? Dia dah luluskan tau cuti rehat awak tu!". Kata Kak ***

"Haa, ye ke?"

"Ye la, dia dah luluskan, lepas awak kol dia kata batalkan balik cuti awak tu. Tu yang akak kata tu, kenapa la Hidayah ni pi kol Cik *****. Kalau tak cuti awak tu dah lulus".

"Laaa, saya ni nak la berbudi bahasa sikit, bagitahu nak mohon cuti. Mak saya pun kata elok kol bagitau boss nak cuti".

"Tu la, kalau tak dah lulus dah..."

"Takpelah Kak ***".

Hampagas kelapa sawit betul la! Saya usaha la pergi tukar tiket bus di Jalan Duta semalam. Tiket asal pukul 10.30 pagi. Dah cuti tak lulus, saya tukar la tiket pukul 4.30 petang ni. Nasib baik ada lagi tiket hari Jumaat ni.

Mula-mula ingat malas nak balik kampung. Memandangkan paper xm Kimia saya sikit pun tak tanda lagi. Tapi teringat esok membe sekolah kawen. Saya nak menghadirkan diri. Dah lama dia ajak. Lagipun hati dah homesick pada kampung jugak ni. Hehehe.

Ok lah, nak mandi dan siap-siap. Pastu nak ke Jalan Duta. Kuale Kangsor! Aku rindu kamu! :D







__________________
Saya masih mencari-cari guru yang free yang nak menggantikan saya jaga SPM. Guru sekolah rendah pun boleh. Mana-mana guru di KL yang baca pengumuman ni tolong saya carikan guru yang sudi ganti saya. Ada habuan akan saya beri. Tapi nilainya tak lebih dari 500 la. Kerana nilai 500 ke atas dikira rasuah. Saya tak nak la kena tindakan tatatertib atas kesalahan memberi rasuah :p

Dah Tamat

Induksi dah habis.

Exam pun dah habis dijawab. Ada yang saya jawab dengan fakta yang betul dan ada juga yang saya goreng dengan minyak yang cukup panas.

Esok saya kembali ke sekolah. Sebenarnya sehari sebelum pergi Induksi, saya dah apply cuti rehat dan saya letak atas meja boss pasal boss takde minggu tu. Cadang saya nak cuti je terus tanpa mengetahui kedudukan cuti rehat saya itu diluluskan atau tidak. Tapi mak kata, call la boss, bagitahu juga.

Saya pun dengan patuh dan baiknya, telah call boss dari tempat saya berinduksi. Saya cakap baik-baik. Dari ayat-ayat boss, paham lah saya yang cuti rehat saya tak diluluskan. Ingatkan buat baik, berbudi bahasa, budi bicara, dapat jugak cuti. Tapi tak lulus jugak. Itu pasal la ada yang buat cuti dulu baru apply.

Oh ya, saya belum sah jawatan. Jadi saya perlu berkelakuan baik... ke kena buat-buat baik???








__________________
Pergi Induksi lagi best dari pergi sekolah :p

Hari-hari Ku di Melaka

Hari ni dan esok cuti. Tiada ceramah. Ramai yang balik semula ke Kota Lumpur. Saya malas lah. Nak stay. Boleh study walaupun study 2,3 muka surat pastu tengok tv, tido. Mula-mula nak pergi rumah Salwa di Muar, dia dah offer nak ambil saya. Memandangkan ada group discussion dan saya sendiri nak study, terpaksa bagitahu Salwa yang saya tak dapat pergi rumah dia.

Banyak benda nak kena tahu ni. Banyak benda nak kena hafal. Susah juga yer jadi Penjawat Awam ni. Apa-apa pun tugas paling utama. Jika tidak tindakan tatatertib boleh dikenakan atas kesalahan ingkar perintah. Kan best kalau dapat kerja sendiri...

Pukul 10 pagi tadi, Lin ajak jalan-jalan ke Bandar Hilir. Nasib baik ada juga membe yang tak balik ke KL.

Tak jauh sangat Bandar Hilir dari hotel. Kami beli cenderamata je. Saya beli keychain untuk kakak-kakak di opis. Dalam dok pilih-pilih tu, terserempak dengan Opah sedara saya. Keciknya dunia. Kat sini jumpe opah saya. Dia kata dia dah nampak dari tadi, tapi takut salah orang. Mungkin ada aura, saya tertoleh ke arah dia. Berpeluk cium pulak kami kat tengah-tengah kedai cenderamata tu, hehehe.

Tapi sedikit ralat pasal masa bersalam nak balik tu tak dapat menyelitkan duit raya. Pasal duit dalam tangan dah habis saya perabihkan. Memang nak withdraw lepas tu cadangnya.

On da way balik ke hotel, nampak kedai Kebaya Nyonya. Kedai pertama saya singgah, belek-belek, rasa tergugat juga iman ni. Saya berkenan The Red Kebaya nan satu tu. Tapi harganya RM550 sepasang dengan kain batiknya sekali. Masih belum siap dijahit. Tapi makcik tu kata dah siap jahit nanti dia boleh pos ke KL.

"Nak beli ke tak nak beli? Nak beli ke tak nak beli?". Hermm....

Hajat di hati dah lama nak memiliki Kebaya Nyonya. Tapi harganya RM550 tuuuu.... Tapi memanglah cantik, menarik, tertarik. Last last cakap kat makcik tu esok saya datang semula. Sebenarnya antara nak beli dengan tak nak beli...

Kami pun jalan-jalan lagi dan sampai kat satu lagi kedai Kebaya Nyonya. Wah! Harganya sedikit murah dari tadi. Setelah membuat pilihan yang tepat dan betul, saya pun telah merembat Kebaya Nyonya nan satu ini.

Auntie berbangsa Benggali itu cukup pandai mempengaruhi saya. "Very nice you wear this. Good for you. Nanti baru la boyfren sayang".

"Auntie, saya sudah kawen la".

"Ha, lagi bagus. Nanti suami lagi sayang sama u. Perempuan kena cantik. Nanti tambah sayang".

Rupa-rupanya ada cara nak pakai kebaya ni. Tak boleh pakai secara ganas macam biasa. Auntie tu pakaikan pada saya. Masuk kedua-dua tangan dari belakang dulu.

"Nanti, u mau pakai, pakai ini macam juga. Macam saya pakaikan ni".

"Oooo, kena suruh suami tolong pakaikan la ni".

"Ha la, lagi bagus. Nanti lagi tambah sayang".

"Hahaha, Auntie, i'm juz joking. I'm not married yet, still single".

"So, u have to ask your fren to help u la...". Gelak-gelak Auntie tu.

Harga sepasang, RM260. "Auntie, two fifty can laaa...?"

"Aiyo... u very clever aaaa". Sambil dia pegang tangan saya. Ni kalau mak aku tau la, memang kena marah punyer la beli baju mahal-mahal, huhuhu.

Sebenarnya duit kat tangan tak cukup. Kena pergi withdraw dulu, hik hik! Sampai di hotel segera pakai di badan. Fuh! Nasib baik ok. Berbaloi la juga rasanya. Ok dah! Cukup la sepasang. Penawar kempunan :p

Ini pemandangan dari tingkap bilik saya menginap ni.

Dari pagi tadi sampai la ke petang ni kenderaan tak putus-putus. Semua menghala ke Bandar Hilir. Hujung minggu memang sesak la kat bandar Melaka ni. Tambah-tambah esok cuti Deepavali.

Saya dok sorang je kat bilik ni. Zida balik KL. Adiknya kawen hari ni. Ok lah, nak mandi dulu. Lepas maghrib nak turun dinner. Mintak-mintak hari ni Chef ensem tu on duty, kekekeke!

Hampehhhh...

Semalam saya dah pergi klinik. Klinik Dr. Kuan. Dekat dengan hotel ni je.

Nak tahu saya dapat ubat apa?

Dia bagi Panadol, Strepsils, antibiotik dan ubat batuk. Saya boleh terima dua ubat yang terakhir tu. Tapi setakat Panadol dengan Strepsils, saya pun boleh beli kat 7 eleven sana tuh!

Kena 50 hengget pulak tu. Memang betul la kata satu penceramah tu dulu, kalau dia sakit dia lebih suka pergi farmasi because clinic always gives rubbish... Huhu.

Tapi saya akur la. Mahal pasal service doctor itu...

Hari ke-5 di Induksi

Hari Ahad lepas, tiada ceramah. Kami semua free. Saya pun kontek Malia, rakan saya, orang Melaka asli. Minta dia bawa jalan-jalan la. Apa lagi.

Akhirnya saya dapat juga makan cendol kat depan bangunan merah-merah tu la. Beberapa bulan lepas, saya kursus di Melaka juga. Pakcik beca kata cendol ni sedap. Masa saya datang, dah habis. Kali ni tercapai hajat nak makan. Saya ambil cendol pulut. Sikit bebenor la pulut yang diletaknya. Komen saya : Biasa-biasa aja rasanya. Rasanya sedap lagi Cendol Kuala Kangsar kot, ehe. Jangan marah orang Melaka nooo :D

Ni la rakan saya yang jadi pemandu pelancong. Kalau saya datang Melaka, dia la yang selalu jadi mangsa saya.

Walaupun keadaan amatlah panas terik, tapi tetap nak panjat bukit belakang A Famosa ni.

Atas bukit ni ada gereja.

Balik dari berfoya-foya di bandar Melaka, tekak saya dah rasa lain macam. Ah, sudah. Jawabnya nak sakit tekak la ni. Pastu sure demam. Dan sekarang tuan-tuan dan puan-puan saya dah demam. Tekak sakit amat. Pagi-pagi rasa susah nak telan air liur. Tadi pun ada keluar darah. Adoi la. Ini memang perkara biasa saya alami kalau saya kurang air. Dan saya adalah manusia yang amat susah nak minum air. Apa pasal ntah. Dah sakit camni baru nak minum air.

Tak pergi klinik lagi ni. Bertahan dengan panadol je. Nasib baik Zida rumet saya ni ada bawa Lozenges. Dah dekat sepapan saya hisap tapi sakit tekak tak baik-baik jugak. Kalau takde perubahan jugak, esok nak bagitahu urus setia, minta bawa saya ke klinik.

Dapat MC bagus jugak. Boleh monteng ceramah. Tapi esok ceramah penting. Pasal Perintah-perintah Am. Banyaknye nak kena tahu dan hafal. Otak dah lama tak diguna untuk belajar ni. Selalu guna untuk mengajar je :P


___________________
Dah demam gini, mula la rasa homesick, nak balik kampung.

"Nak balikkkk.. lamanya lagi dok sini". Keluh saya masa tengah lunch semalam.

Rakan seinduksi di sebelah dengar. Dia tanya, "Dah kawen ker?"

"Tak lagi".

"Ceh! Ingatkan teringatkan suami, tu yang nak balik tu".

"Hehehehe..."

Update From Melaka

Fuh!

Nasib baik saya bawa broadband saya. Ada coverage jugak kat Melaka ni. Sekarang saya sedang surfing dalam bilik hotel. Hotel ni ada wireless di dewan tapi dalam bilik takde.

Mula-mula hati berat juga nak pergi Induksi ni. Pasal lama sangat. 2 minggu. Tapi bila jumpe ramai kawan-kawan lama hati terubat la juga. Tadi sempat tengok tentatif program sampai 30hb ni. Punyer la full jadual. Bila masa nak jalan-jalan ni :D








__________________
Hari ni seorang guru sekolah saya meninggal dunia. Minggu lepas dia masuk ICU di HKL. Ramai guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah saya melawat dia. Tapi umur arwah tak panjang. Al-fatihah untuk Cikgu Saleh...

Induksi


Saya kena pergi Kursus Induksi di Hotel Orkid, Melaka hari ini. 2 minggu di sana. Malas sungguh rasanya nak pergi. Kalau dapat kat Pulau Pangkor ke best la jugak. Boleh main laut petang-petang macam Cik Nurul kita. Ini kat Melaka. Saya dah jemu pergi Melaka, huhuhu.

Nanti kena public speaking. Saya nak cakap pasal "Kerja Sambilan dan Tugas Hakiki" :D
Ok lah, doakan saya lulus Induksi dengan jayanya.

Assalamualaikum!

Sepupu Tunang

Jumaat pergi rumah terbuka sepupu di Batang Kali. Sabtu pergi rumah terbuka rakan sekerja. Hari ni pergi majlis bertunang sepupu. Dan semuanya penuh dengan aktiviti makan. Minggu depan pergi kursus 2 minggu. Makan 6 kali sehari. Hohoho :D

Ni sepupu saya yang bertunang siang tadi.

And this is my future kazen in law. He's Algerian.

Mesti comey bakal anak buah saya nanti kan?

Both of them work with Schlumberger. Met in US while they have training there. ( Ececeh, tetiba aku cakap omputeh pehal? Hahaha). Kepada sepupu saya, Amira, saya ucapkan selamat bertunang dan semoga kekal selamanya aman bahagia.






Nota kukukakikukaku : Saya tetap suka lelaki Melayu ;) Betul, tak tipuuuu :D


Updet : Hampeh betul Cikgu Jawe ni. Nak jugak aku terangkan. Ok, aku nak Lelaki Melayu yang berasal dari Malaysia, kalo boleh nak keturunan Jawe, pasal dengar cerita lelaki Jawe ni banyak "rete". Wakakakaka!!!

rete = harta


4 syawal - 6 syawal

Malam raya seperti tahun-tahun lepas, bertubi-tubi sms raya masuk kotak mesej. Semuanya pantun-mantun yang diforward. Dan satu pun saya tak balas. Dan satu pantun pun saya tak forward pada rakan-rakan. Mintak maaf pada sesiapa yang pantun forwardnya tidak saya balas.

Mesej saya hanya ayat biasa tanpa ayat-ayat gurindam, kias-kiasan berserta ketupat dan rendang. Saya hantar pada rakan-rakan yang selalu berhubungan dengan saya yang mungkin ada kata-kata saya yang mengguris hati mereka.

Tiba-tiba kotak mesej berbunyi. Dari Cify :

"Ni la ucapan paling ikhlas aku terima harini". Wah! Terbangga seketika, hahaha.

Dah 6 Syawal hari ni. Pagi tadi bercinta betul nak ke sekolah. Tak boleh terima kenyataan la yang cuti raya dah abeh.


4 Syawal, kawan zaman sekolah dulu kawen. Kawan saya yang pompuan tu. Cikgu juga, kaunselor gitu. Elok masuk je dalam rumah dia...


"Woi!". Kata kami beramai-ramai.

"Weyyy!!! Jangan tak pecaya! Aku kawen!"

Giler. Tak berubah-ubah perangai kepochi. Dah la masa makan beradap makan tak hingat donia saya tengok. Hahaha.

Kawan sekelas dari sekolah rendah :)

Anak buah kitorang hasil pengawanan membe-membe yang dah kawen.

Tiap kali jumpa membe-membe yang dah anak baru tahun ni, saya hulurkan duit raya.

"Nah, untuk anak ko. Simpan dalam SSPN yerrr...." Hahaha.

"Hahaha, aku isi minyak boleh?" Hampehhh...

Disebabkan saya ke kenduri kawen kawan saya ni dulu, maka saya telah terlambat untuk menghadiri Majlis Perjumpaan Keluarga Haji Hamid yang ke-4 kalinya. Tahun lepas family saya jadi tuan rumah. Tahun ni rumah saudara lain pula.

Semasa sesi memperkenalkan ahli keluarga, tiada lah muka cun saya dan adik saya. (Adik saya ikut pegi kenduri kawen kawan saya tu) Adeh..rugi, rugi.

Tapi masih sempat berpotret juga...

Family Acek dan Ayah Chik. Dari Perlis.

FAmily Pak Long. Dari Pengkalan Hulu

We are kazens. Tapi tak cukup korum maa... Pasal ada 3 family lagi tak dapat datang gathering kali ni.

Saya dan Cik Nurul balik ke KL semalam. Naseb baik tak jam lagi tapi masih banyak kereta. Dalam perjalanan, Cik Nurul telah memaksa saya membawa kereta.

"Weh, aku takut".

"Blajo!"

"Ye lah ye lah. Bawak auto macam bawak go kart je kan?" Hehehe, go kart reti la saya bawak :p

Betapa kakunya tangan. Tapi dah lama-lama ok la jugak. Selamat la Cik Nurul tanpa sebarang kecederaan.

Teringat pesan Hafiz, adik Cik Nurul...

"Cakap kat Kak Dayah tu, suh letak lesen dia tu kat Galeri Sultan Azlan Shah tuh!"

Hehehe, kalau sultan Azlan nak terima, teman berbesor hati nak bagi . Ce kamu tolong tanya kat Sultan tu hafiz oi! :p

Ok lah, nak stop berintenet jap. Soalan exam akhir tahun satu huruf pun tak bertaip lagi... Hohohoho.







Dah Ghayer Ler Kome!!!

Sehari sebelum raya:

Macam biasa, seperti tahun-tahun lepas, inilah tugas saya. Menyapu dedaunan di halaman rumah. Mak saya keje masak-memasak dalam umah jer. Saya keje kemas-mengemas apa yang patut. Takde sape tolong pun. Ada adik sekor je. Tu pun pemalas nak mampos. Nanti kalo kawen nak beranak ramai-ramai la. Susah wooo adik-badik sikit ni. Pembahagian tugas jadi besar. Adeh!





Kenapa saya suka rumah saya? Sebab dia bestttt.... Sebab dia hijauuu.. hehehe. Kawasan rumah saya ni dah la banyak part yang nak disapu. Penat la jugak...


Sesapa yang mengenali umah saya ni, (eh, bukan umah saya, umah mak abah saya) jemput le datang ke ghumoh yer!

Pukul 2 petang, lemang pun dah masak. Tiap-tiap tahun mesti buat lemang. Mak tukang sediakan, abah tukang bakar. Saya? Tukang tengok je kot :p



Di pagi raya :

Di pagi raya kita posing :D

Ni family Chor saya. Tahun ni diorang balik raya di rumah saya. Ni pun tak cukup korum ni. Ada yang kena balik umah mentua.

Ni pulak family Mak Nyah saya. Yang kecik-kecik, yang remaja-remaja tu sumer anak sedara saya. Ada yang saya tak kenal. Dan diorang pun tak kenal saya. Al-maklumlah mak ayah dia 'rajin' sangat balik kampung kan.... Tapi nak balik selalu pun payah jugak pasal sepupu saya yang sorang ni memiliki harta yang paling banyak, anaknya 11 orang. Family ni pun tak cukup korum pasal ada yang tak balik.

Family Pak Ngah. Tahun lepas tema kuning, tahun ni merah mak ngah pulak yer. Ni pun tak cukup korum pasal 2 anaknya raya umah mentua. Nasib korang la ada mentua,hehehe

Ni pulak family Tuan Rumah yang sentiasa cukup korum, hahaha!


Pada jam 4 petang, saya telah melarikan diri untuk beronggeng bersama geng bas sekolah saya :p Dalam geng ni ada 2 orang yang dah kawen, dan sorang tu dah ada anak :) Bermula port di rumah saya sehinggalah 5,6 bijik buah rumah lagi kami tour. Hari ini nak sambung lagi. Tahun ni je kot yang boleh nak jalan-jalan bersama-sama macam ni. Tahun depan belum tentu pasal ujung tahun ini dan tahun depan ramai yang dah plan nak mengadakan majlis mengawan beramai-ramai.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua para blogger yang mengunjungi blog saya, yang blognya ada tersenarai di sebelah kiri blog saya ini, mahupun yang tidak sempat saya linkkan di blog saya ini. Juga kepada yang meng'link'kan blog saya ini. Tidak lupe kepada silent reader (jika ada), kepada blogger yang rajin mengkomen entry saya, terima kasih daun keladi saya ucapkan.

AMPUN DAN MAAF saya pinta jika ada tulisan saya yang mengguris hati anda, jika ada tulisan saya yang menimbulkan perasaan menyampah di hati anda. (Saya pun kadang-kadang menyampah ngan tulisan saya :p) Pohon maaf juga jika ada komen saya di blog anda semua yang terkasar ayatnya.

Jangan simpan di dalam hati, kerani hati itu fungsinya untuk proses metabolisma, untuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Dan juga menghasilkan jus hempedu untuk penghadaman :D Bukan untuk menyimpan sakit hati sesama manusia, ehe...

Ok lah, kena stop dulu. Ada bebudak datang beraya la pulak.
.
.
.
.
.


"Wei! Korang nak makan ke nak duit raya? Cakap direct senang. Tak payah susah-susah akak nak wat ayor!"

Mak : "Hish kamu ni, ade ke cakap macam tu!".


Hehehehe

Followers