Hari ke-5 di Induksi

Hari Ahad lepas, tiada ceramah. Kami semua free. Saya pun kontek Malia, rakan saya, orang Melaka asli. Minta dia bawa jalan-jalan la. Apa lagi.

Akhirnya saya dapat juga makan cendol kat depan bangunan merah-merah tu la. Beberapa bulan lepas, saya kursus di Melaka juga. Pakcik beca kata cendol ni sedap. Masa saya datang, dah habis. Kali ni tercapai hajat nak makan. Saya ambil cendol pulut. Sikit bebenor la pulut yang diletaknya. Komen saya : Biasa-biasa aja rasanya. Rasanya sedap lagi Cendol Kuala Kangsar kot, ehe. Jangan marah orang Melaka nooo :D

Ni la rakan saya yang jadi pemandu pelancong. Kalau saya datang Melaka, dia la yang selalu jadi mangsa saya.

Walaupun keadaan amatlah panas terik, tapi tetap nak panjat bukit belakang A Famosa ni.

Atas bukit ni ada gereja.

Balik dari berfoya-foya di bandar Melaka, tekak saya dah rasa lain macam. Ah, sudah. Jawabnya nak sakit tekak la ni. Pastu sure demam. Dan sekarang tuan-tuan dan puan-puan saya dah demam. Tekak sakit amat. Pagi-pagi rasa susah nak telan air liur. Tadi pun ada keluar darah. Adoi la. Ini memang perkara biasa saya alami kalau saya kurang air. Dan saya adalah manusia yang amat susah nak minum air. Apa pasal ntah. Dah sakit camni baru nak minum air.

Tak pergi klinik lagi ni. Bertahan dengan panadol je. Nasib baik Zida rumet saya ni ada bawa Lozenges. Dah dekat sepapan saya hisap tapi sakit tekak tak baik-baik jugak. Kalau takde perubahan jugak, esok nak bagitahu urus setia, minta bawa saya ke klinik.

Dapat MC bagus jugak. Boleh monteng ceramah. Tapi esok ceramah penting. Pasal Perintah-perintah Am. Banyaknye nak kena tahu dan hafal. Otak dah lama tak diguna untuk belajar ni. Selalu guna untuk mengajar je :P


___________________
Dah demam gini, mula la rasa homesick, nak balik kampung.

"Nak balikkkk.. lamanya lagi dok sini". Keluh saya masa tengah lunch semalam.

Rakan seinduksi di sebelah dengar. Dia tanya, "Dah kawen ker?"

"Tak lagi".

"Ceh! Ingatkan teringatkan suami, tu yang nak balik tu".

"Hehehehe..."

5 comments:

en_me said...

ammvoiii, bestnyerr jalan jalanns melaka.. kannns

achik said...

semoga cepat sembuh dayah.. :)

Kopi Suam said...

minum le air putih bebanyak dayah...insyaALLAH boleh baik punya...soalan cepu emas...ada harapan tak akak nak beli choc chip awak tu :)

sedap la wei..

hayad said...

en_me--> tak jln sgt pun.

achik--> mekaseh achik :)

kak kopi suam--> i'm afraid i cant la kak. balik dr kursus ni ada 2 minggu lg sek. dlm 2 minggu tu byk gile keje. nak tanda paper xm dan nak habiskan silibus. kalo sy free nanti saya bg tau. buat tu boleh. tp masa skang tak terkejor, ehe

orangbukit said...

Cendol kuale memang sedap, makan pulok dengan laksa kuale..satu sinergi yang hebat

Followers