Dah Ghayer Ler Kome!!!

Sehari sebelum raya:

Macam biasa, seperti tahun-tahun lepas, inilah tugas saya. Menyapu dedaunan di halaman rumah. Mak saya keje masak-memasak dalam umah jer. Saya keje kemas-mengemas apa yang patut. Takde sape tolong pun. Ada adik sekor je. Tu pun pemalas nak mampos. Nanti kalo kawen nak beranak ramai-ramai la. Susah wooo adik-badik sikit ni. Pembahagian tugas jadi besar. Adeh!





Kenapa saya suka rumah saya? Sebab dia bestttt.... Sebab dia hijauuu.. hehehe. Kawasan rumah saya ni dah la banyak part yang nak disapu. Penat la jugak...


Sesapa yang mengenali umah saya ni, (eh, bukan umah saya, umah mak abah saya) jemput le datang ke ghumoh yer!

Pukul 2 petang, lemang pun dah masak. Tiap-tiap tahun mesti buat lemang. Mak tukang sediakan, abah tukang bakar. Saya? Tukang tengok je kot :p



Di pagi raya :

Di pagi raya kita posing :D

Ni family Chor saya. Tahun ni diorang balik raya di rumah saya. Ni pun tak cukup korum ni. Ada yang kena balik umah mentua.

Ni pulak family Mak Nyah saya. Yang kecik-kecik, yang remaja-remaja tu sumer anak sedara saya. Ada yang saya tak kenal. Dan diorang pun tak kenal saya. Al-maklumlah mak ayah dia 'rajin' sangat balik kampung kan.... Tapi nak balik selalu pun payah jugak pasal sepupu saya yang sorang ni memiliki harta yang paling banyak, anaknya 11 orang. Family ni pun tak cukup korum pasal ada yang tak balik.

Family Pak Ngah. Tahun lepas tema kuning, tahun ni merah mak ngah pulak yer. Ni pun tak cukup korum pasal 2 anaknya raya umah mentua. Nasib korang la ada mentua,hehehe

Ni pulak family Tuan Rumah yang sentiasa cukup korum, hahaha!


Pada jam 4 petang, saya telah melarikan diri untuk beronggeng bersama geng bas sekolah saya :p Dalam geng ni ada 2 orang yang dah kawen, dan sorang tu dah ada anak :) Bermula port di rumah saya sehinggalah 5,6 bijik buah rumah lagi kami tour. Hari ini nak sambung lagi. Tahun ni je kot yang boleh nak jalan-jalan bersama-sama macam ni. Tahun depan belum tentu pasal ujung tahun ini dan tahun depan ramai yang dah plan nak mengadakan majlis mengawan beramai-ramai.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua para blogger yang mengunjungi blog saya, yang blognya ada tersenarai di sebelah kiri blog saya ini, mahupun yang tidak sempat saya linkkan di blog saya ini. Juga kepada yang meng'link'kan blog saya ini. Tidak lupe kepada silent reader (jika ada), kepada blogger yang rajin mengkomen entry saya, terima kasih daun keladi saya ucapkan.

AMPUN DAN MAAF saya pinta jika ada tulisan saya yang mengguris hati anda, jika ada tulisan saya yang menimbulkan perasaan menyampah di hati anda. (Saya pun kadang-kadang menyampah ngan tulisan saya :p) Pohon maaf juga jika ada komen saya di blog anda semua yang terkasar ayatnya.

Jangan simpan di dalam hati, kerani hati itu fungsinya untuk proses metabolisma, untuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Dan juga menghasilkan jus hempedu untuk penghadaman :D Bukan untuk menyimpan sakit hati sesama manusia, ehe...

Ok lah, kena stop dulu. Ada bebudak datang beraya la pulak.
.
.
.
.
.


"Wei! Korang nak makan ke nak duit raya? Cakap direct senang. Tak payah susah-susah akak nak wat ayor!"

Mak : "Hish kamu ni, ade ke cakap macam tu!".


Hehehehe

10 comments:

Pa'chik said...

oit oit.. aku nak taknak makan.... nak duit raya.... hahahah...

samat ari raya weh...

tuantanah said...

"Jangan simpan di dalam hati, kerana hati itu fungsinya untuk proses metabolisma, untuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Dan juga menghasilkan jus hempedu untuk penghadaman :-D Bukan untuk menyimpan sakit hati sesama manusia, ehe..."

Haha. Ayat ni best.

hayad said...

pa'chik--> nak duit raya mai umah la :p

tuan tanah--> :)

Ezad said...

peh.. laman rumah beso2 la best..
bleh buat mcm2 aktiviti.

selamat hari raya

SlumbeRaja said...

salam aidilfitri :). singgah beraya kat sini :D
slumbeRAJA

nurnana said...

selamat hari raya..

akirasuri said...

Slmt Hari Raya Dayah.. :)
Maaf zahir batin..

kakLuna said...

umah dayah mmg best..kalo dpt meroloh...huh mahu esok pagi pun tak bangun..sejukkk wooo

hafiz238 said...

suka ayat pasal hati tu :)

hijau sungguh rumah dayah ni.

Superb GURU BaniHassim said...

garangnye cikgu dayah nih...
budak2 besela gitu...
niatnye mmg nk duit raye...

ko pun gitu gak kan dulu?? :P

Followers