Selepas Hujan


Pagi tadi masa nak anto mak pegi keje, mak terperasan ada cendawan tumbuh kat bawah pokok rambutan depan rumah.

Cepat-cepat panggil opah. Kebetulan opah sedara saya ada, tinggal beberapa hari di rumah saya.

"Opah, ada cendawan tumbuh, jom pi kutip cepat!".


Makcik pun join kutip :)

Terujanya tengok cendawan neh! Comey-comey!


Kami dapat kutip seplastik besar cendawan. Buat masak sup je lah. Bukan saya yang akan masak. Opah la yang masak. Sekali-sekala kita buli la opah pulak. hik hik hik!






19 comments:

Unknown said...

Dulukan ada satu cerita drama. Satu famili meninggal sebab makan cendawan . Cendawan tu dah kena racun. Sejak tu akak fobia makan cendawan... Cuma sejak ada cendawan yang tumbuh dalam botol tu beranilah makan..

eh... tak de niat apa2 ye Dayah, cuma teringat cerita drama dolu2.

khairul najmi yusof said...

ni kalau buat cendawan goreng celup tepung best ni...

hayad said...

aminbakish--> hehe, mmg ada kes gtu kan. tp kawasan rumah dayah ni jarang diracun. kalo rumput pjg kami upah org tebas jer.

khairnaj--> aah, cendawan goreng sodap. rasa ayam!

my hidden stories said...

cendawan tu dah kembang sgt baru terperasan ekk?

belakang umah kiter pun slalu tumbuh cendawan!

achik said...

wah, syoknya kutip cendawan segar.. :D

hayad said...

believe in cinta--> aah, dah kembang sgt br terperasan. dah ada ulat menginap pun. dpt la pilih2 yg elok2 utk dimkn.

achik--> syok, kutip cndawan mcm menuai padi plak rasanya,hehe

DeeN said...

Hoh! Penah tgk la citer yg cikgu aminbakish maksudkan tuh. Ngeri ooo! Habis berdarah2. Sadis giler. [saja tambah citer haha]

Ko tak nak reka biskut cendawan ka Dayah? Ntah2 leh tembus market sampai Arab Saudi, Hehe.

Oit, cuti sekolah pi jalan mana? ;)

arsaili said...

salam..sedapnya..baru weekend lepas abg ipar beli button mushroom..so buat mushroom soup

NuRuL said...

gemuk2nya cendawan tuh dayah..
uishh..mesti sedap:)

Hafiz said...

besar betul cendawan tu. pernah juga terdengar mengenai kisah cendawan beracun tu. kenalah berhati-hati...

hayad said...

nur@ddeen--> aku tak p jln mana2 pun. dok umah je. wei! ko jgn la menakutkan aku psl cendawan tuh. tp aku dah mkn ni. ok je la. lg pun kt cendawan tu ada ulat. means cendawan itu suci,hehe

arsaili-->errmmm mushroom soup!? sdp nyerr

nurul--> aah, manis. mcm ayam! :D

hafiz238--> cendawan beracun ada jenisnya. insya allah yg ni yg boleh dimkan :)

victoire said...

cendawan rase ayam?
chef ismail slalu kate gitu dalam rancangan masakan dia.
tapi saye tak rase gitu lak, hehe.

nway cikgu, cam mane nak tau cendawan beracun ke tdak ek?
cendawan ni memang sdap.
ltak dalam sup sayur.
pêrghhh. terangkat!

Shah CJ said...

org kampung aku panggil cendawan tu cendawan barat. ntah apa yg kebaratan sgt dia tuh.

dn selalu mak aku tumis cili cendawan tuh.

apasal cucu dara opah taknak masak? kesia opah tau dh tua2 kena buli. manje punya cucu. (ke cucu opah tak reti masak cendawan?) hahahaa.. lariiikkkkkk!!!

hayad said...

k-riey--> lidah org lain2 kan. ada org mkn cendwan rasa dinosour,hahaha.

mcm mana nak tau beracun ke tak? ntah la. dr kecik mmg cikgu tau cendwan yg mcm cikgu kutip ni tak beracun. so tak beracun lah! hahaha.saintifik tak jawapan cikgu? hik hik!

cikgu jawe--> ada sebut cendawan busut. sbb dia biasa tumbuh kt area busut.

cucu opah reti masak cendawan dlm peket beli kt pasaraya tu je. cendawan kutip atas tanah cucu opah tak reti masak :D

kakLuna said...

eh, akak pun tetiba teringat drama tu....sedih betoi....cuma adik dia yg bongsu je yg selamat sbb nasi tu tumpah..

CikguZue said...

sedap buat mushroom soup gak ni...cikgu2 cuti sekolah seronok la...kadang lebih dr bebudak, kan...*teringat2 time dulu2*

hayad said...

kak luna--> nape dayah tak ingat lnsung citer tu ek? dayah tak tgk kot...

cikguzue--> btul2, cikgu yg terlebih seronok time cuti :D

Anonymous said...

aku nak tag ko

http://nurnana.wordpress.com/2008/05/28/tag-7/

Kasawari said...

sedap ni kalau di goreng dan cecah sambal kicap.. yum yum...

Followers