SELAMAT HARI GURU!

Kadang-kadang pabila saya rasa down, rasa bengang, rasa bengong, rasa menyampah, rasa geram, rasa sakit hati, saya suka dengar lagu kat bawah ni.

Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Tapi saya tak nak la jadi lilin bak kata Cikgu Wasabe,

sudah-sudahlah jadi lilinnyatak ada siapa yang peduli lagi, bila lilin ketot dah tak bersumbu, depa buang tong sampah je… Kita jadi besi waja pulaklah. Lagi dibakar lagi terang bersinar, bila dah sejuk, lebih keras daripada sebelumnya.


SELAMAT HARI GURU untuk semua anda yang bergelar pendidik.

Teruskan berjuang walaupun ramai yang mencemuh, mencebik, dan tak kurang juga yang menyebokkk...hoh hoh!


___________________
Sekolah saya hanya baca perutusan Menteri Pendidikan je pagi tadi. Majlis sambutan Hari Guru jumaat depan baru buat.

12 comments:

NuRuL said...

aku 1st time dgr lagu nih masa tgk dokumentari kt tv9 pasal cikgu2 kt pedalaman nun..wah..syahdunye rasa!!!
Dayah..donload larr lagu nih..nanti bleh nak feeling2..hehe

hayad said...

aku dah ada la lagu ni dlm lap top aku neh. nnt mai umah aku hg amek la.

cikgu jawe said...

aku pun nak. nanti aku pi umah hang aku mintak eh? ops! hehe

CIKGU PANJI said...

Hayad, Selamat Hari Guru. Sek kat mana yer?

wasabe said...

hehehe.. amin pun qoute ucapan yang sama... pakat korang ni ek... ops.. ni nak ambik kesempatan... kita orang nak pi redang cuti bulan lapan... nak join? selamat hari guru....

izinni said...

selamat hari guru, dayah :)

hayad said...

cikgu jawe--> jom la mai,hahaha

cikgu panji--> sek kt seri hartamas

wasabe--> erm, mcm boleh dipertimbangkan. nnt dayah konpomkan ek! :)

izinni--> tima kaseh :)

tuantanah said...

Selamat Hari Guru, Cikgu.

hafiz238 said...

selamat hari guru. semoga lepas ni akan jadi seakan besi waja yang tabah hadapi pelbagai cabaran :)

k-riey said...

isk, apsal tunde sambutan tu?
kalu sekolah yang cuti jumaat mcm ganu camne ek? huhu

hayad said...

tuan tanah--> tengkui kak TT

hafiz238--> insya allah :)

k-riey--> psl jum smlm masih ada xm. so kami wat smbutan jumaat dpn

ruru said...

dayah..
dulu masa aku kecik2 ayah aku slalu dengar dan nyanyi lagi ni..
memula ku tak paham..
da besar ni baru ku tau
p/s ayah ku seorg guru ;p

Followers