Cuti. Yeay!


Hari ni sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tak best la rasanya. Tak semeriah tahun lepas. Ada ke patut tak nyanyi lagu "Kami Guru Malaysia". Saya punya la berkobar dari pagi tadi nak nyanyi lagu ni. Sambutan hari guru kali ni disambut serentak dengan Majlis Penutupan Ceriathon. Tu agaknya yang jadi tak best.

Lepas tu macam biasalah, ada sukaneka antara guru. Tak berapa meriah jugak pasal ramai cikgu tak join. Pelik betul saya. Tapi yang best team saya juara, haha.

Lepas tu diorang ni ajak main bola jaring, lawan dengan students. Mula-mula saya memang tak nak main pasal tak reti la. Dah tu pulak lawan dengan budak-budak team wakil sekolah. Perghhh!! Gerun saya. Tapi setelah dipaksa, saya terpaksa juga main sebagai GD. Dapat la jugak 2, 3 kali selamatkan bola dari masuk gol lawan, hehe. Tapi yang tak bestnya sekarang ni jari tangan kiri saya ni sakit pasal tersalah sambut bola.

"Biasa la tu.. salah sambut bola kan?". Tanya Kak Faridah. Sambil dia urut-urut jari saya.

"Ala, cikgu, benda biasa tu..". Sambut budak-budak tuh.

"Lepas ni pegi letak ais. Seminggu jugak bengkak ni nanti. Jari ko tak boleh bengkok".

Adeh, memang la sakit. Dah la jari tengah plak tu. Lain macam pulak rupanya kalau tak boleh dibengkok, harharhar!

Semasa aktiviti persembahan, kami guru-guru nyanyi lagu Dafi, "Bila Terasa Rindu". Cadangnya dulu saya nak buat silap mata, hehe. Tapi tak sempat nak selak-selak pun lagi buku silap mata oleh Amar yang saya beli semasa pesta buku bulan lepas :p

Dan tahun ni tak dapat hadiah banyak macam tahun lepas, haha. Tahun lepas saya best kot, tahun ni saya dah tak best, hohohoho.


Oklah, saya nak bersiap ni. Kejap lagi nak balik kampung. Dua minggu cuti sekolah. Happy holidays to all teachers!!! :)

6 comments:

arianna adrizal said...

amboiii sakan.. aritu g cuti2 melaka, pastu cuti2 tmn negara.. ni cuti lg. aduhaiii jelessnyeeee.. =p

k-riey said...

lor. mane bley sambutan ari guru tanpa lagu kami guru malaysia tuh..
tak jadi laa gini.
apsal nyanyi lagu dafi lak?

cikgu jawe said...

selamat bercuti dayah. dn selamat menternak kolesterol dlm tubuh. hehe

hutan mana nak gi kali nih?

Mazarina said...

best kan dpt hadiah...taun ni dpt 2plastik besar hadiah..wahahha...warna jingga ek?memang sesuai la ngan dayah...sy masa taklimat kat sek ari tu dpt warna biru...huhuuhuu...

zwitterion said...

selamat cuti Dayah..:)

hayad said...

kak anne--> hehe, jgn la jeles kak anne.rilex..rilex.. :D

k-riey--> lagu dafi tu utk persembahan guru2 jer

cikgu jawe--> kolestrol tak leh idup dlm badan aku ni, hahaha. kali ni tak g mana2 utan. berehat sebentar bersama kit kat dlu :D

mazarina--> bestnye dpt 2 plastik besar adiah. aku dpt sikit tu je,hehe

kak zwitt--> mekaseh :D

Followers