Jingga???

Hari ni balik sekolah pukul 5 pasal ada Pengembangan Staf untuk guru-guru baru. Cikgu-cikgu tau la menatang apa Pengembangan Staf nih. Ala-ala acara bagi motivasi la. Tapi tadi paling best la saya rasa sebab penceramah luar yang dijemput. Seorang kaunselor yang berkhidmat di jabatan. Dah 52 tahun usianya, tapi masih bertenaga wooo. Kalau saya seorang murid memang best dapat cikgu bersemangat macam tu.

Gedebuk-gedebuk isi yang keluar dari mulut dia masuk dalam paler otak saya ni. Sebelum sesi beliau tamat, kami diberi Ujian Inventori iaitu Soal Selidik Personaliti Warna. Ada 100 soalan, jawab dalam masa 10 minit. Tak boleh berfikir terlalu lama semasa menjawab. Itu la kaedahnya ye!

Ada 4 kategori warna. Emas, Hijau, Biru dan Jingga.

Saya memang tak sabar-sabar nak tahu warna saya. Jeng jeng jeng! Selepas selesai menjawab, saya di kategori warna JINGGA.

Pn. Azizah pun explain satu warna ke satu warna. Akhirnya ke warna JINGGA.

"Siapa warna jingga? Put up your hand".

Saya angkat tangan.

"Haa, saya tengok awak kat tangga tadi saya dah tau awak Jingga".

Oooo yeaaa??? Hahaha

Orang yang berwarna Jingga :

  • Tidak suka peraturan
  • Spontan
  • Bersemangat
  • Riang/seronok
  • Adventures
  • Gopoh
  • Suka pertandingan
  • Berkemahiran
Walaweiii!!! Tepat, tepat... tepat la jugak!

"Puan!". Saya angkat tangan.

"Orang jingga sesuai kawen dengan orang warna ape?". Haha, soalannn...

"Orang jingga sesuai kawen dengan orang warna Emas".

Ciri-ciri orang warna Emas :

  • Bertanggungjawab
  • Keibubapaan
  • Ikut peraturan
  • Adat resam
  • Seni
  • Tradisional
  • Sistematik
Humang aihhh!!! Giler kontra dengan saya.

Sesiapa yang memiliki ciri-ciri Emas, sila isi Borang M, Borang J dan Borang K dan hantar selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh pilihanraya akan datang!

Sekian, harap maklum.

11 comments:

k-riey said...

hahahaha.
pandai je puan tu jawab.
kaw2 dia bagi yang kontra =p

cikgu jawe said...

borang M = borang (ber)Madu
borang J = borang Jabatan agama
borang K = borang Kahwin

tak gitu dayah? hehe

hayad said...

k-riey--> mmg kita akan dpt yg kontra dgn kita ye tak?

cikgu jawe--> amboiii..borang madu laju ek????

khaliduzer.com said...

hang dah blk kl ka?

tak nampak kat opis pun? :)

k-riey said...

stiap kali jenguk sini..
kite kene sebut 'life is short' dengan nada biase..

pastuh 'make it sweet' tu, 'sweet' kene panjang, sweeeeet sbab ade 2 seru. hehehe

xxkrieyxx@yahoo.com

NuRuL said...

wah..tepat betul larr ciri-ciri tuh ngan hang dayah..hehe
owh..bawak mai borang tuh nanti yer dayah..aku pon nk buat jugak arr..hehe

ruru said...

dayah..nak try la test tu..ade ke modul nya? kalu ade emel kan kat i bley ? :p

achik said...

amboih, soalan.. hahaha!!! ;)

hayad said...

khalid--> semlm aku g opis. arini aku nk blk kg. next wik aku dtg semula ke kl.

k-riey--> aah kan? sweet tu kena panjang sket :)

nurul--> btul ek dgn aku??hehe. nnt aku amek kt kaunselor sek aku. tp cuba hg tye kaunselor sek hg. dia mst ada punyer

ruru--> dayah pn dapat borangnye je. xde plak softcopy. kalo nak leh dayah bg nnt. jnji la jumpe, hehe

achik--> bgs kan soalan saya :p

hafiz238 said...

jingga dan emas tu sungguh kontradik. mungkin akan timbul masalah in the future :)

hayad said...

hafiz238--> hehe, tu la psl. tp ok kot. ada jgk ciri2nya yg saya suke. kiranya meng'kaver' kelemahan2 yg ada pd saya la..kekeke

Followers