Dah Balik Dah...

Yuhuu. Enibodi home? Saya dah balik ni. Penat? Tak penat lansung. Saya tak kesah gi kursus. Asalkan dapat keluar sekolah, kekeke. Tak suke dok sekolah ke? Bukan macam tu. Kadang-kadang perlu juga keluar seketika dari kepompong suasana sekolah tu.

Sudah 4 kali saya ke Melaka tapi masih belum puas meneroka bumi bersejarah nan satu ni. hari kedua dan ketiga kursus, kami ada masa free pada sesi petang. So apa lagi. Kita jalan-jalan la. Seumur hidup saya tak pernah naik meja. Nasib baik dapat rumet yang sekepala, kami pun decide naik beca.


Saya beli keychain dengan 2 helai t-shirt je. Keychain tu untuk membe-membe sekolah dan housemate.


Tak sempat la nak lawat muzium-muzium yang melambak kat Bandar Hilir ni. Nak kena datang lagi ni jawabnya.

Abang beca yang bawak beca tu bagitau gerai ni jual cendol yang sedap. Esoknya saya pergi lagi ke sini. Konon nak makan cendol, sekali dah tutup. Cepat betoi abeh. Sah-sah sedap. Memang wajib datang lagi la ni jawabnya.

Kecewa tak dapat makan cendol, saya dan Kak Zila (my rumet) pun pergi la naik menara Taming Sari. Mula-mula takut jugak nak naik pasal saya takut konsepnya sama dengan spaceshot kat Genting nun! Spaceshot kat Genting tu memang sekali seumo idup je la saya naik. Roller Coaster takpe lagi :D

Tapi benda ni hanyalah untuk mendapat view yang lebih luas. Kita dapat tengok melaka secara keseluruhannya.


Eh, korang nak tau tak saya pergi kursus ape? Kalau tak nak tau pun saya nak bagitau jugak :p

Ha, korang baca sendiri le ek! So nasihat saya, jangan cuba dekati dadah. Tak payah la isap dadah. Banyak benda lain boleh isap. Gula-gula ke, lagi best!

_______________
Sebagai Cikgu Dadah, saya kena buat Lorong Dadah la pulak kat sekolah nanti. Tengah pikir dalam paler otak ni, kat mana tempat strategik kat sekolah tu yang nak dijadikan Lorong Dadah.
Lorong Dadah ni bukan nak bagi pelajar isap dadah, korang jangan salah paham plak :p Takpe, nanti kalau dah berhasil agenda saya tu, akan ku tunjuk kat blog neh, kekeke.

8 comments:

cikgu jawe said...

wah. untung le ko dpt gi jalan2 kt melaka. aku kalau kursus padat sungguh santak sampai malam. huhu

kalau free pun dpt 1 ptg lps asar je. terkejar2 nk shopping sbb mlm tuh ada kuliah lagi.. :(

SELAMAT HARI GURU DAYAH!

NuRuL said...

ala..baru nak jadi orang 1st cikgujawe dah amik dulu..
Melaka best kan?
Gi Melaka tak beli kuah cucur udang ker weh?

hayad said...

cikgu jawe--> dah kebetulan ada masa nk jalan2 :)

SELAMAT HARI GURU JUGA :)

Nurul--> tak beli pun weh.aku mls nk memberatkan beg :D

Acik Aminbakish said...

alahai.... cikgu2 je ke yg wish sama sendiri... emmm.. (garu2 kpale)


pepun, Selamat Hari Guru dayah, nurul, cikgujawa dan semua....
:)

cikgu jawe said...

acik aminbakish:
dah nasib kami lee.. wish sama sendiri. nak harap bekas2 best2 student sekolah kami?. jgn harap leee

k-riey said...

haaa..
cari tempat belakang bangunan aa.
nampak strategik sket lorong dadah.
bestnye jalan2 melake.
saye jalan2 melake ni mase darjah 3 taun 97 dulu.
da lebih 10 taun beb, macam tak caye lak, hehe.
anyway, selamat hari guru!

bunga rampai said...

Salam,

Selamat Hari Guru, Dayah :)

Semoga terus tabah mendidik anak-anak murid. Semoga Allah membalas jasa baik itu dengan limpahan hidayah dan rahmatNya yang berpanjangan. Amin.

hayad said...

cikgu aminbakish--> nak wat camne, siapalah kita,hehe

k-riey--> lor, lamo gilo dah 10 thn tuh.xpe, ko layan je gambo aku amek neh! :D

bunga rampai--> tima kasih kak bunga rampai :)

Followers