Ke Luar Sekolah

Penat! Baru bangun tido. Itupun sedar sebab telefon bunyi. Mak telefon. Saya bukan penat pasal bekerja, saya cuma pergi mendengar seminar saja hari ini. Tidak ke sekolah. Saya yang ofer diri untuk pergi seminar ni. Saya penat sebab sepanjang dalam kereta api saya berdiri. Yang penat adalah kaki. Perlu menanggung beban. Memang benarlah fakta saya baca kasut tumit tinggi menyebabkan kaki menanggung beban yang berlebihan sama seperti beban berlebihan berat badan walaupun kita tak punyai berat badan berlebihan. Kalau selalu macam ni, tak pasal-pasal risiko untuk mendapat Osteoartritis menjadi tinggi pulak. Mintak simpang la!

"Hei Hidayah! u tau sapa lagi guru sains?". PK HEM tanya.

Saya pun menyenaraikan la nama guru-guru sains.

"U bile mau beli kereta ar? Senang boleh hantar pergi mesyuarat, kursus..."

"I dowan buy a car. Car is not an aset!". Haha, selamba badak saya cakap macam tu.

"Aiyoooo..pandai u arrr. Saya mau hantar guru pergi seminar ni, ganti Mr. M and Pn. A".

Saya nampak surat yang PK HEM pegang.

"Eh, macam best je seminar ni. Bagi saya pegi la".

"Ok2, bagus2! u pergi dengan Sarah the caunselor eaa..."

Image Hosted by ImageShack.us


Bagus seminar ni. Tak rugi saya pergi. Walaupun saya ni dah tak boleh keje dengan PETRONAS :p tapi informasi dari seminar ni berguna untuk anak-anak didik saya juga bakal anak-anak saya,haha. Tak rugi juga pergi pasal dapat macam-macam door gift dari PETRONAS dan PETROSAINS.

Image Hosted by ImageShack.us


Senang aje rupanya letak duduk Impiana Hotel KLCC ni. Kalau tau tak payah la saya abeh duit naik teksi. Tapi tambang RM10 je. Ok la tu. Dari saya tercanguk-canguk cam orang sesat kat area KLCC tu kan.

Esok cuti dewali. Jumaat pun cuti. Sabtu ahad semestinya la cuti. Mahu pergi mana ye? Rasa macam nak pergi PETROSAINS. Tak penah pegi lagi, hehehe. Buat malu je. Budak darjah satu pun dah penah pegi. Tapi sapa nak teman saya pegi? Kawan-kawan lain macam tak berminat jer...hohoho.


2 comments:

chieffy said...

hang ni kan dayah..senang ja mengofferkan diri hang kan..dh agak dah...x yah penin PKHEM tu nk cari org..hahahah...(boleh byg ja muka hg excited)terima offer PK Hem tu.hheheh:))tp baguih la attitude camni.

hayad said...

chieffy--> hehehe, mmg muke aku excited tahap gaban lah. mcm tau2 je hang ek ;) org pej pun pelik tgk aku ms tu :p

Followers