
Pada semua-semua, Selamat Hari Raya Korban. Maaf zahir dan batin ya!
Terima kasih pada semua-semua supporters yang bagi komen membina ;) Terasa sedikit terubat hati ini. Oh ya, anda semua jangan salah faham. TAK MAHU LAGI BELA KUCENG bukan bermakna saya tidak lagi sayangkan kucing. Kalau tidak percaya anda boleh menjeling sekejap pada profil saya di bawah gambar berpaling ke belakang itu. Love : Cats. Tidak pun bertukar dengan Love : Panda atau tikus atau pun hamster.
Tetapi paling saya rasai ketika ini adalah SUNYI. Yer, saya rasa dari hari Bulat tiada rumah ini terasa sunyi saja. Tiba-tiba saja abah bersuara,"Rasa lain pulak Bulat takde, terbayang-bayang je pulak dia”.
Jika abah yang jarang-jarang sangat gemarkan kuceng pun boleh berperasaan begitu apatah lagi saya yang terlalu menjuahkan Bulat. Entah kenapa kehilangan kuceng nan seekor itu terasa sampai ke ulu hati pedihnya.
Sejak petang semalam saya sedikit hairan kerana tidak lansung melihat kelibat Okeen. Okeen jarang saya cerita kerana dia bukanlah senarai kuceng di bawah pengawasan saya tapi sifatnya yang manja dan mengada-ngada itu tetap saya layani tetapi hanya ala kadar. Saya hanya perasankan dia ada pada pagi kematian Bulat. Setelah itu tidak nampak lansung kelibatnya sehingga ke petang esok. Cari punya cari, akhirnya saya nampak sekujur tubuh Okeen yang sudah keras dalam perdu-perdu pokok keladi hiasan di halaman rumah. Peliknya! Okeen tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit seperti Bulat.
Sememangnya Okeen dan Bulat rapat. Selalu bermain bersama. Bahkan semasa Bulat sakit, Okeen selalu datang menjenguk. Mungkin ada chemistry antara mereka berdua. Al-maklumlah Bulat berjantina jantan dan Okeen pula betina. Akhirnya Okeen juga mati. Mengikut kekasih hati agaknya.
Kini tinggal 3 ekor kuceng di rumah ni. Seekor adalah sang ibu yang sudah tua dengan 2 ekor lagi adik beradik Okeen seibu dan sebapa. Bulat terhasil dari bapa yang berlainan. Oh, sepatutnya Okeen dan Bulat tidak harus berkasih-kasihan,haha. Mereka yang tinggal ini pun macam rasa tak syok je bila anggota keluarga mereka dah mati. Tak seperti selalu, mereka asyik main bersama di halaman rumah. Binatang pun tahu erti kehilangan rupanya.
Kini, rumah saya ini amatlah terasa sunyi. Macam tak lengkap pula. Komen dari anda semua pun ada yang suruh saya cari pengganti. Saya memang harus cari pengganti Bulat. Tapi kot ye pun tunggulah abis iddah dulu :p Bukan senang mahu cari pengganti buah hati pengarang jantung yang baru. Saya ini orangnya setia. Bertuahlah sesiapa yang memiliki saya nanti,haha. *perasan*
Acap kali sudah saya mendengar, jangan tangkap gambar kuceng, nanti kuceng tu pendek umur. Adakah ia benar? Atau sekadar mitos cuma. Saya pernah menegur seorang blogger semasa awal-awal pembabitan saya dalam dunia blog tahun 2004 dulu. Saya beri komen dalam entry kucengnya, bagi tahu benda yang sama. Esoknya saya terkedu membaca balasannya dalam kotak komen. Tak tahu mahu balas apa. Untuk pengetahuan semua dia bekas pelajar KISAS. Saya kira anda semua faham ape yang dia balas dalam kotak komennya itu.
Hurmm.. Nampaknya azam saya untuk tidak mahu membela kuceng lagi tidak dapat bertahan lama rasanya. Saya rasa saya tidak boleh jika tidak membela kuceng. Rasa sunyi wooo! Benar juga kata Dr. Nat bila saya nyatakan pada dia yang saya tidak mahu bela kuceng lagi, “I’m sure sooner or later u will find another cat, becoz animal lover cannot live without animal”.
Copyright © 2009 Life is short, make it sweet!! |Designed by Templatemo |BloggerTemplate Converted by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates