Hari ni sudah syawal yang ke-10, lama pulak blog ni tak berupdet. Tuan punya blog bizi beraya + cuti-cuti malaysia la weh. Tambahan pula malas pulak mahu bercerita pasal raya, semuanya pasti cerita yang sama. Tahun ni punya raya sama ajer dengan tahun lepas, meriahnya tetap ada, tapi tiada yang special pun untuk dikongsi. Kang muak pulak nak dibaca, pasal rata-rata blogger ceritakan hal yang sama pasal raya. Ketupat-rendang-lemang-nasi himpit-kuih raya-duit raya-mercu-lawat sanak saudara-bla-bla-bla-bla lagi.

Ohh ya, pada anda yang bergelar lelaki, kot-kot masa raya aritu dah banyak bedal makan nasi himpit dalam plastik, doa-doa la supaya diri anda tidak menjadi mandul,haha. Nak buat macam mana, makanan zaman sekarang semuanya guna bungkusan dalam plastik, kalau tak dalam plastik pun macam-macam bahan kimia dah ada dalam makanan zaman sekarang ni, tak boleh nak elak.

Jadi juga saya ikut Mak Lang ke Pahang dalam tak nak pada mulanya. Bila fikir2 balik, bila lagi mahu ziarah kubur atok (saya tak pernah ziarah sjk atok meninggal dari thn 2002). Raya ketiga kami ke KL dulu, beraya rumah Mak Ndak di Kelana Jaya. Esoknya baru bertolak ke Pahang.

Stay kat umah Mak Sue di Temerloh. Kalau dah sampai Temerloh jangan lupa makan ikan patin tau, fresh2 semuanya. Al-maklumla, Temerloh kan digelar Bandar Ikan Patin.

Raya kelima kami berangkat ke Lipis, ke Kampung Kuala Medang. Tak ramai yang tahu kewujudan Felda Kuala Medang ni. Hatta orang Pahang sendiri tak semua tahu. Kuala Medang ni kawasan felda, dekat dengan Felda Sungai Koyan. On da way ke dua-dua felda ni ade simpang pegi Pos Betau. Ingat tak drama "Cikgu Nabila" lakonan Sharifah Haslinda. Dia kena posting dekat Pos Betau ni la, tempat orang asli. So korang faham-faham la bahawasanya Kg. Kuala Medang ni amatlah jauh la jugak kiranya. Kiri kanan hanyalah pohon-pohon kelapa sawit. Masa dulu-dulu lagi payah nak datang pasal jalan ke sana semua tanah merah je. Sekarang ni je dah ok. Tak lama lagi, lagi senang nak ke sana pasal ade jalan baru nak siap dekat Bertam Valley. Nanti kejap je dah boleh sampai.

Walaupun jauh ya amat, tapi saya suka suasana kampungnya. Disebabkan saya ni orang kampung, jadi saya tiadalah masalah untuk menyesuaikan diri. Inilah kubur arwah atok saya, ayah kepada abah. Atok saya ni asal orang Perak tapi dia dulu polis. Tempat terakhir dia kena anto kat Felda Kuala Medang ni la. Sampai la dia pencen dan meninggal pun kat situ. Opah sebelah abah pun lahir di Perak, tapi meninggal dan dikebumikan di Johor. Erm, semuanya jauh-jauh. Kita nanti pun tak tahu kat mana kita akan ditanamkan ye tak?

Semoga Atokku damai di sana...

Ok lah, macam dah panjang pulak menaip ni. Tadi sebenarnya nak cerita pendek aje...

14 comments:

tumismenumis said...

Bahye jugak tu kalau mandul sebab makan nasik himpit dalam plastik tu. Sib baik aku dah ada 3 orang dah anak.

Ayu Mohamad said...

laaa yer ker leh mandul ek.. adehhh bahaya niii...

sayu je nengok dok tepi kubur tuh...semoga roh arwah atok dayah diletakkan bersama dgn org2 yg beriman..aminnnnnnnnnnn

me3n said...

jap..ade kajian ke pasal kes mandul neh? arr, lepas neh kene blajo sungguh2 wat ketupat..haha

13may said...

kalau laki dan pompuan, makan nasik sambil himpit himpit lagi bahaya:D

Selamat kembali!

arianna adrizal said...

Selamat hari raya adik!!

laa.. da smpai kelana jaya dekat da dgn rumah akak. tau bole ajak singgah :)

tahun ni tak sempat jengok kubur. rindu pulak dgn arwah atok :(

Anonymous said...

mazudi--> haha, 3 dah ckp la tu cikgu mazudi ;)

kak ayu--> berita smlm la ckp..kajian CAP pulau pinang. Tp klu nak ikutkan plastik mmg tak elok kan..pembuatan plastik tu pun dah guna mcm2 bhn kimia

ad3ck--> hehe, better ko mengaplikasikan pembuatan ketupat yg ko dah blajo tu.Apa2 pun cara tradisional jgk yg bagus,tgk org dlu2 xde masalah ape pun sbb sumer guna bhn semulajadi

13may--> wooo, itu mmg bahyeee..ekekeke

kak anne--> laa, ye ker? mano den tau. Makcik dayah dok kat kompleks kastam tu, mst tau kan?

Anonymous said...

hmm..ya kamu telah mengingatkan saya..tahun ni sy belum menziarahi kubur arwah ayah.. :|
-ingat 5 sebelum 5-

Anonymous said...

oh oh sakannya dayah beraya...
selamat kembali berblog ;)

nota: duit raya saya mana??ha ha ha

Anonymous said...

ku--> ooo...ziarah la nnt, klu tak pun kita still leh doa dari jauh kan?

akirasuri--> duit raya cek dah abeh cek beli baju,hoho

arianna adrizal said...

o, kompleks kastam.. kat situ ada ns lemak best! hehe..

lenkali dtg bitau tau :)

13may said...

makan nasik lemak??? Jom!

Anonymous said...

kak anne--> orait! nnt dtg dayah bg tau ;)

13may--> heh, jom, 13may banjer

Muizz M said...

hui, selamba je cakap org pahang taktau kewujudan kuala medang, wa tau wo pasal itu kampung pasal kampung wa dekat la jgak dgn sungai koyan... ha sungai koyan tu kena tau tu, kampung chef wan..

Anonymous said...

weh,ko tak bc ke ayat aku btoi2? aku kata "tak semua org phg tau". Aku tau la, psl rata2 aku tye membe2 phg mostly kata tak tau. felda sg koyan dkt la jgk dgn felda kuala medang, ko nyer kg tang mn?

Followers