My Wikend

3 July -- Sekolah ada Hari Pelanggan. Hari tanda tangan report kad pelajar. Parent semua datang. Kalau dapat parent yang bagus, takda banyak komplen. Yang bagus akan tidak menyalahkan guru semata-mata atas ketidakpandaian anak masing-masing. Ada rakan-rakan saya yang kena sembur dengan parent. Tak puas hati itu la ini la. Yang peliknya masa mesyuarat PIBG tak nak pulak datang. Kalau tak, boleh la ko cakap ape yang tak puas hati kan. Ni pandai cakap jer. Tapi mesyuarat tak nak attend. Pigidah!


Kelas saya, Tingkatan 5M, Alhamdulillah. Parent tak banyak songeh. Siap marah anak diorang lagi. Tapi yang nakal-nakal tu nampak takut je masa sesi berdepan dengan guru. Takut saya bocor rahsia kenakalan diorang dalam kelas la tu. Saya bagitahu juga, tapi still cover la jugak. Tengok, kita cikgu tetap ada rasa kesian kat diorang. Dah muka macam tikus dok tepi parent tu sambil pandang muka saya takut saya pecah lobang, hahaha.


Irya*n, sorang student kelas saya tu kata, cikgu nampak muka tension.

"Cikgu, relax cikgu rilex...". Kata beberapa orang lagi.

"Hehehe, muka saya nampak tension ke?". Tanya saya lagi.

Bukan tension apa, cuma takut dapat soalan yang tak mampu saya jawab dari parent diorang ni. Parent diorang dah la super senior dari saya. Kerja pulak golongan profesional. Siapalah saya kan. Sekadar seorang guru biasa. Tapi budak-budak kelas saya ni nasib baik la semua ok. Diorang selamba jugak dengan saya, mungkin tak rasa macam cikgu tapi rasa macam kakak diorang je kot. Kadang-kadang rasa macam kita yang kena buli. Sabo je la.


Lepas Hari Pelanggan saya dan Nora terasa nak hang out. Ajak Nora pegi makan. Nora ajak makan kat Pantai Dalam. Kedai ape ntah. Kedai tepi jalan je. Tapi not bad la. Sedap dan puas hati.

Menu fav saya kalau pegi kedai makan, nasi putih, kerabu sotong dan kailan goreng.

Menu utama kedai ni ayam panggang. Kalau tengah lapar semua jadi sedap. Nyum! Nyum!


4 July -- Saya ke sekolah malam Jumaat dan tido terus kat sekolah. Teman Kak Yana jaga budak camping KRS. Tengah hari Sabtu saya balik rumah semula. Petang tu saya dah janji dengan Waida nak buat bekam lintah. Waida yang teruja nak buat bila tau saya pegi buat.




Seronok tengok lintah-lintah pada muka Waida. Besaq-besaq dan kenyang-kenyang semuanya. Saya punya takde la besaq macam lintah Waida. Abang kedai tu kata depend pada darah seseorang. Kalau banyak darah kotor, banyak la dia hisap. Wah, maknanya saya ni kurang la darah kotornya. Mungkin berkat mengambil produk makanan tambahan yang bagus, kekekeke. Dengan izin Allah juga.

Sebenarnya tangan kanan saya sakit ni. Maybe sebab hari Rabu hari tu saya pergi kedai runcit depan rumah, beli Minyak Masak Seri Murni 5 kilo, 1 botol besar sos tiram, sekilo tepung, bawang merah 2 kilo dengan beberapa barang dapur lagi. Jijit minyak dengan sos tiram tu di tangan kanan straight dari kedai naik ke tingkat 3 rumah. Esoknya tangan dah rasa lain macam. Minta Nora urut. For sure la salah urut kan, lagi sakit dibuatnya.

As, my housemate kenal sorang makcik tukang urut tu. Saya pun berjanji dengan makcik tu nak urut. Pergi umah dia. Pagi tadi bangun tido dah ok sikit. Takde la sesakit giler macam 2 hari lepas. Saya nak sikat rambut pun tak boleh, nak pakai baju, nak tanggal baju pun seksa rasanya. Apatah lagi nak pakai br*, hahahaha.



Eh, ok lah. Dah banyak sangat membebel.



Cau Cin Cauuuuu!

5 comments:

disturbia said...

dayah...

pegi berbekam tu tak geli ker? sakit tak masa lintah tu hisap darah? akak tengok cam ngeri jer

hayad said...

kak disturbia--> tak sakit pun kak. ms dia hisap tu tak rasa apa pun. masa 1st je, ms dia nk gigit kulit kita tu. tu pun tak sakit mana, sakit lg kena gigit kerengga :D

psl geli tu..erm, depend pd org jgk. org geli sbb tgk stuktur lintah tu kan. dia tak merayap pun kt kulit kita. dh dpt tmpat hisap, dia stay ctu sampai kenyang.

dayah sendiri geli saja2 nk pegang letak atas tapak tangan, hehe.

DeeN said...

Nape nak takut ngan lintah kan Dayah kan.. kita punya saiz lagi beso berganda dari lintah yg cinonet tuh. Hahahahahaa!

Kedai yg tepi jalan Pantai Dalam tuh ada sup yg sedaaaap. Kitorang pangge kedai tuh, Kedai sup nanges! Pergh! Sup dia boleh kasi pecahh!! Hehe

en_me said...

auwwww gelinyerrr.. kowserr uuu..

hayad said...

Deen--> mcam pnh dgr je sup nanges tu. takpe, nnt try survey dgn membe :)

en_me--> hehe. goli den.

Followers