Merajuk Dengan Pakwe


Saya dah banyak kali tegur. Cakap sekali tak nak dengar. 2 kali tak dengar jugak. kali ketiga pun sama. Memang tak bagi kerjasama sungguh. Hati dah panas. Kali ke-4 memang masak dah rasa.
Ni bukan merajuk dengan pakwe. Saja letak tajuk konon macam gempak.


Actually, i was completely turn off with my students. Student kelas yang saya sendiri guru kelas mereka. Nak tau kenapa?

Hari Isnin, kelas macam biasa, 2 masa. Masuk ke makmal. Saya nak sambung tajuk Redox Reaction. Sebelum mula kelas, macam biasa kelas memang sangat suka bising. Bila semua dah dapat tempat dalam makmal, saya mulakan kelas. Saya bagi handout.

Saya bukak mulut, diorang bukak mulut. Saya bukak mulut diorang bukak mulut. Saya jerit suruh senyap, baru senyap. Saya sambung mengajor. Guna visualiser, tunjuk transparency. Belum habis ayat yang saya baca, dah bunyi langau balik. Saya sabo lagi. Kali kedua...

"Kelas! Nak bercakap sangat yer? Ok, i give u 10 minutes to talk. I will silent. U talk. I listen!"

Kelas senyap. Masing-masing senyap. Ada yang pandang saya kat depan. Saya tunggu. Tak bercakap pun.

"Ha, cakap lah, cakap! Tadi nak bercakap sangat!".

Nampak dah senyap, saya sambung balik. Tak sampai 5 minit, jadi langau balik. Kali ketiga, saya pujuk cara baik. Saya cakap, "tolonglah senyap. Saya nak habiskan sikit je lagi ni. Lepas ni ada masa, awak bercakap la sampai puas". Senyap kejap. Sambung balik.

Tiba-tiba...


"Cikgu! there's monyet there!". Dengar suara sape ntah cakap. Makmal Kimia di sekolah saya berhampiran dengan kaki bukit yang ada hutan sikit. Memang ada monyet atau kera la kat hutan tu. So banyak la mata-mata yang memandang ke arah hutan tu. Saya malas nak layan. Saya sambung mengajar.

Saya membelakangkan diorang sebab nak tulis samting pada whiteboard. Bila saya pandang depan balik, saya tengok ada 3 orang dah duduk tepi tingkap tengok sama itu monyet. Ada juga beberapa yang lain pandang tingkap tu.
Korang cuba la bayangkan macam mana saya nak buat bila masing-masing dah bercakap, mulut keluar bunyi. Dengan suara saya sorang nak lawan suara ramai diorang.

Saya dah geram.


"Hey! Kalau saya tau kamu macam ni, saya memang tak hingin nak tolong kamu masa report card day hari tu. Saya ni punya la tolong cover perangai kamu, cakap yang baik-baik je tentang kamu. Memang tak kenang budi betul la!". Dah geram bercampur sebak ni.

"Muka masing-masing dah macam tikus kat tepi mak ayah kamu. Saya ni boleh lagi tolong kamu. Tapi sekarang saya nak mengajar kamu sikit pun tak bagi kerjasama. Tiap kali bising saya nak kena cakap, nak kena ingatkan tolong senyap. Ada 2 topik lagi macam mana?".

Sambil saya lempar pembaris panjang di tangan yang diguna untuk point pada transparency di skrin putih tu ke atas meja. Kelentung kuat bunyinya.
Satu kelas dah senyap. I keep on telling yang diorang memang tak kenang budi.

Saya tetiba memang rasa menyesal amat sebab terlalu baik semasa memberi komen pada hari pelanggan hari tu. Saya tak suka la nak cakap benda yang buruk pada parent diorang kan. Diorang ni kelas pandai dalam ranking sekolah. Tapi tak tau la nak cakap macam mana. Mulut semua suka bercakap. Cikgu lain pun ada komplen gitu.


Masa ni saya dah sebak dan saya rasa dah takde mood nak sambung kelas. Ada 30 minit lagi masa sebelum habis kelas.

"I have no mood anymore to continue. Memang saya dah fed up la dengan u all ni".

Sambil tu saya kemas buku-buku saya. Tarik semula transparency. Simpan marker pen. Saya blah terus keluar dari makmal. Masa keluar saya tutup pintu kuat-kuat. Gedegang! bunyik dia. Sampai tangga hujung, saya masih tak dengar satu bunyi pun dari diorang. Terkejut kot. Selama ni macam mana kerenah diorang pun saya tak pernah keluar kelas. Tahan kan aje. Kali ni memang tak tahan.


Sampai bilik guru. Saya letak buku. Saya nampak Kak Zie. Pegi kat tempat Kak Zie, terus menangis depan Kak Zie. Memang serius sedih giler. Rasa sedih sebab kita sungguh-sungguh nak ajar tapi student sikit pun tak nak bagi kerjasama. Memang la ada yang tak bising. Tapi bila ada 4,5 orang yang tak bising berbanding seluruh kelas yang seramai 39 orang tu bukak mulut, macam mana nak mengajar?

Saya tak tau la bebudak sekarang ni apa yang diorang pikir. Sebab saya tak garang? Saya malas la nak denda-denda ni sebab diorang dah Form 5. Bukan budak-budak. Tak lama tu, Ketua Kelas diorang cari saya. Dia tak perasan saya kat meja Kak Zie tu sebab tersorok sikit. Kak Zie yang cakap dan sound diorang.

Pagi tadi saya malas nak pergi ambil attendance kelas saya tu. Saya suruh Azwa ambilkan. Hari Jumaat ni ada kelas lagi dengan diorang. Saya suruh Laila masuk. Kebetulan dia dah nak cuti bersalin, nak habiskan silibus. Saya takde mood nak tengok muka diorang semua.


Pagi tadi lepas perhimpunan, N**vin datang jumpe. Dia ucap terima kasih. Saya tanya terima kasih untuk apa? Dia kata pasal cakap yang baik kat parent dia masa parent dia datang jumpa saya. Lepas tu dia cakap sorry pasal semalam.

"Dah la N**vin. U cakap kat kelas u, i dah malas nak ajar kelas u. Bagitau diorang saya akan fotostat nota 2 chapter terakhir tu dan saya tak nak ajar. Lepas ni masuk kelas saya nak buat latihan revision je terus. Malas dah, malas dah nak layan u all".

Masa tu dalam bilik guru. Saya buat-buat bizi belek buku. Dia masih tunggu lagi kat tepi saya. Lepas tu saya cakap, "dah la N**vin, u pegi balik kelas". Saya tak pandang pun muka dia. Mata dah bergenang ni. Tak tau la kenapa. Saya memang rasa merajuk giler dan sedih dengan kelas tu.

Laila nampak N**vin jumpa saya. Laila kata kalau dia marah kelas tu pun N**vin yang akan selalu datang minta maaf. Tak tau pulak saya. Lepas Laila kata gitu rasa kesian pulak kat N**vin. Mungkin esok kalau terjumpa N**vin saya akan appreciate dia. Setakat tadi, tiada seorang pun di kelas tu yang datang minta maaf pada saya selain N**vin.

Dulu cikgu kelas saya pernah merajuk jugak. Satu kelas group by group datang mohon maaf. Tengoklah esok lusa macam mana. Saya macam dah tawar hati dengan diorang. Isnin depan kena juga la masuk kelas macam biasa. Saya memang rasa.. isk, ntahla, tak reti nak luah. Tapi yang pasti saya malas dah nak senyum dan layan diorang. Nak masuk, bagi latihan, dan bincang. No more smiling for that class. I will try. Sampai hati saya sejuk sikit.

Saya cerita pada beberapa guru yang ajar kelas saya tu. Kak Ena pulak kata, biarkan, sesekali kena ajar diorang tu. Biar diorang rasa.







________________
Anda boleh cakap that i am a bad teacher. Never mind. Saya memang a bad teacher sebab meninggalkan kelas begitu sahaja.

11 comments:

Anonymous said...

Saya simpati dgn cikgu, inilah nasib kita...situasi kita sama, saya mengajar budak cina, siap maki hamun saya dalam bhs dia, saya tau tapi buat tak faham je la...akhir sekali tak payah ajar budak degil ni. Ajar kpd budak yang mau saja, saya berpegang prinsip begini, niat kita baik untuk menyampaikan ilmu, sesiapa yang berkehendakkan ilmu perlu hormati guru, kalau tidak hormat guru, ilmu yang dapat sia-sia dan tidak berkat, jika tidak berkat, mungkin gagal dlm periksa, kalau lulus cemerlang pun, akan datang hidup tidak sempurna....daripada amdkulim

hayad said...

amd kulim--> ooo cikgu juga rupenya en.amdkulim ni. ada 1 kelas ting.2 yg sy ajo sekarang ni pun ada geng cina yg ckp bhs ibunda dia. runsing sy dibuatnya. tp masih terkawal la. suruh buat kerja diorang buat.

Dandelion said...

nak didik anak sndiri sorg pn payah inikan lagi anak org ramai2. sapa xjd cikgu mmg xtau susah nyer jd cikgu ni. papepun moga semangat akan dtg semula ye dayah. esok lusa thn dpn n ntah bape thn lagi, lagi mcm2 peel gini dayah akan jmpa. gambatte ne!

sero said...

slalu bace cikgu dayah punye happy entry aje(first time yg sedih sangat nih), harap cikgu dayah terus tabah menjadi pendidik...

ruru said...

sabar ye dayah. itu cabaran dlm hidup. kerja apa pun semua ada cabaran. cuma kita kena sabar dan cuba atasi kelemahan. bagi aku tindakan ko tu ok, kena ajar budak2 bagi respect kat cikgu. dulu pun cikgu aku ada gak yg macam ko. hihi. tp kami satu kelas dtg minta maaf. sebb kita sedo, tu cikgu.

achik said...

susahnya la jadi cikgu.. huhuhu..

mumtazah said...

Assalamualaikum
Dayah. Jangan sedih-sedih.
Ada cadangan.
Bahagikan pelajar ikut group. Bagi masa dalam 15 mnt. Suruh bincang. Lepas tu tulis dalam kertas mahjong. Lepas tu bentang. Hehehe.

Lepas tu baru Dayah terang yang sebenarnya..

Dah diorang suka cakap. hehehe. Biar diorang bentang. Hehehe.

TEACHER OF SOMEONE said...

mcm2 kan kerenah bdk2 skrg...
kdg2 pening gak nk handle..
hanya cikgu jer yg tau mcm ne keadaanyer menjadi seorg guru...

Anonymous said...

Alamak! pecah rahsia.......drpd amdkulim. cikgu kampung.

disturbia said...

salam dayah..

ciannya adik sorang ni...
akak rasa kekadang bagus gak wat camtu .. sekurang-kurangnya budak2 tu faham yg dayah memang marah ngan sikap diaorang tuh.
Lepas ni masuk kelas tapi jgn bagi muka ngan budak2 tu... biar diaorang cuak skit....

Anonymous said...

sabar ye dayah..keje cikgu mmg mcm tu..lg bnyk skolah yg kite pergi,lg bnyk pengalaman yang kita dapat..students skarang xsama dgn zaman dulu..as a teacher,students are our customer..;) so hati2 ye kalo tinggalkn kelas coz if jd ape2,kite yg kena..;) dlm bnyk keadaan,akan nampak cikgu yg salah..so bnyk2 bersabar...-cikgu-

Followers