Cool Down


Pagi tadi saya masih tak mahu ambil attendance kelas saya. Waktu ketiga tadi Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas tingkatan yang saya ajar tu datang bilik guru. Saya tak perasan, tapi dengar Laila panggil saya.

"Dayah! Ni anak kesayangan ko ni datang". Sambil dia gelak-gelak.

Elok saya nampak je diorang, saya cakap...

"Nak ape? I don't want to teach your class anymore".

"Ala teacher, we are so sorry. We'll make sure class is under control next time".

"Eleh, you all said sorry thousand time but then repeat the same mistake again. Dah la, Jumaat ni saya malas masuk kelas kamu lagi. Cikgu Laila akan masuk".

"What teacher?!!! Don't la teacher... plzzz...".

Hahaha, saya tak terang habis lagi. Sebenarnya memang Laila masuk. Tapi untuk hari Jumaat je. Saja bagi dia masuk. Dia dah nak cuti bersalin. Padahal silibus saya pun tak habis lagi, hehehe. Lepas bagitahu yang betul, baru diorang tarik nafas lega. Hahaha, tau takut :p

Yang lagi best, N**vin datang jumpe saya. Boleh dia tanya, betul ke cikgu dah tak nak ajar dan nak tuka guru Kimia kelas diorang dengan Cikgu H*erliana. Tengok la bebudak ni punyer gosip. Terbabas terus dari cerita sebenar. Sabo je la aku. Masa dengar N**vin kata gitu, terus saya dapat idea untuk mengiakannya, hehehe.


"Plz teacher, don't la. Saya kan dah mintak maaf".

"Ye la N**vin, u sorang je yang datang minta maaf semalam. Yang lain takde pun". Lepas tu saya cakap, Isnin depan saya masuk kelas seperti biasa.

Rupanya minggu ni Kak Pah pun merajuk dengan kelas 5*, sebelah kelas saya tu jugak. Dua-dua kelas pandai ni yang buat cikgu merajuk. Tapi semalam satu kelas 5* tu datang berbaris tepi bilik guru minta maaf pada Kak Pah. Kelas saya? Harammmm. Setakat N**vin jer plus the class monitor and assistant.

Tak penah saya merajuk sepanjang mengajar. Ni la 1st time. Hehehe. Rasa malu pun ada :p Tak kesah lah. Yang penting kelas hari ni smooth aje. Saya buat eksperimen lagi dengan form 1. Kali ni eksperimen density. Saya kena observed sekali dengan Ketua Panitia.



Untuk memahamkan bebudak ni dengan konsep density (ketumpatan) kena la melukis sikit ape yang patut. Bila saya tunjuk gambar ni dan soal. Masing-masing nak jawab. Kesudahannya jadi bunyi langau. Last-last nak senang saya soal, saya yang jawab, hahaha.


Lepas tu saya bagi diorang buat kerja amali. Campur air, minyak, pasir dengan gabus dalam jar ni. Lepas tu tengok mana yang terapung. Lepas tu kena buat lab report dan lukis seperti yang dilihat dalam jar ni.


Tu pun ada lagi yang tanya nak lukis mana dulu? Saya cakap lukis la yang dasar paling bawah adalah pasir, lepas tu 2nd layer air, 3rd layer oil, last sekali cork yang terapung atas oil tu. Lukis jar mesti dengan pembaris. Masih ada juga yang guna free hand bila lukis radas. Pelik betul budak-budak sekarang. Cakap banyak kali pun tak faham-faham. Alasan diorang malas nak guna pembaris. Adoiyai!







5 comments:

Ina said...

kiter suka subjek sains tp plg malasss kalau bab kene lukis. tp tetap siap la hehe

DeeN said...

Tu menunjukkan students skang neh tak sensitif dengan perasaan cikgu. Tapi tak semua la. Ntah susah jugak nak cakap pasal pe'el manusia neh. Sebab tu aku tak penah apply cikgu, aku tau aku neh hot temper. Silap aribulan muka aku masuk suatkabo. Ekekekeke!!

:|: TinTa Kibod :|: said...

comelnya katak ngn ikan tu dayah..berseni juga ye..hihihi

chekgu Bani Hassim said...

rajuk cikgu ni kdg2 tak panjang...
lama2, redha la tuh...

budak2 yad...

hayad said...

Ina--> ooo ye ke? agaknya anak2 murid dayah pun gtu kot. mmg ckp mls diorang kalo nk melukis2 ni. hehe. tapi kalo tak lukis tak ingat. tu psl cikgu suruh lukis.

Deen--> Hehehe, jd cikgu mmg melatih kesabaran. kalo ikutkan dayah sendiri bukan la sabo dengan karenah bebudak ni.


@yue--> boleh la nak lukis sikit2, hehe

chekgu BH--> tu la psl. rajuk cikgu tak pjg, nnt reda jgk. tp tgk tahap kesalahan budak jgk la :D

Followers