Katakan Tak Nak!

Hari ni sepanjang hari saya mengajar di makmal je. Buat eksperimen untuk 2 kelas. Form 1 dan Form 2. Form 2 buat eksperimen solubility. Eksperimen ni kena masukkan dalam Fail PEKA (Penilaian Kerja Amali). PEKA yang ntah-hapa-hapa. Takda maknanya buat PEKA ni. Buang masa jer. Budak tak buat cikgu yang akan disalahkan. Hampeh!


Ni kelas Form 1. Saya baru je take over kelas ni 2 minggu sebab ada pertukaran jadual waktu yang baru. Sekarang saya dah tak ajar Geografi. Yahooo. Bukan tak suka Geografi, suka. Tapi Geografi ada Kerja Khusus macam folio tu. Agak menyusahkan la berbanding buat eksperimen sains, ehe.

So tadi saya buat eksperimen mengkaji kandungan asap rokok dengan budak-budak Form 1 saya ni.

Comey pulak budak tu buat aksi tutup muka tu. Saya tak hafal lagi nama diorang ni. Maklumlah baru 2 minggu berkenal-kenalan dengan diorang ni.



Yang warna coklat pada kaca tu adalah tar dari asap rokok. Mula-mula saya guna rokok jenama Sempoerna. Kapas dan kaca takde la jadi coklat sangat. Lepas tu saya tuka rokok jenama Dunhill. Tu diaaa, cepat je seluruh kapas jadi brown. 2 batang saya bakar rokok Dunhill tu. Temperature memang naik dengan mendadak. Rokok Sempoerna naik 5 darjah celcius dari suhu bilik yang asal 30 darjah celcius. Sekali pasang Dunhill terus naik 42 darjah celcius. Siap tar tu jadi cecair lagi. Bau pun busuk amat.



Lepas tu saya cakap kat diorang,

"Ok kelas, kalau u nak hisap rokok, hisap yang jenama Sempoerna sebab kurang tar berbanding jenama Dunhill".


Sekian kelas kita pada hari ini.



Hahahahaha!




_______
Amaran Kerajaan Malaysia merokok membahayakan kesihatan!

7 comments:

en_me said...

cikgu nape x terai 'gudang garam' fulakkks.. ekeke

ازلينا ااحمد‬‎ said...

Hehe. Good Job Dayah!
Teruskan kekreatifan mu untuk mendidik anak2 tu. Hehe.
Tulislah lagi Dayah, tentang apa-apa yang diajar disekolah. Tentu akan jadi satu yang menarik, bagi mu dan bagi yang lain. Cayok2.
Lepas ni nak buat eksprimen apa lak? Biologi ngan kimia ajar tak? Fizik ke? Heheh.
Cayok2.

:|: TinTa Kibod :|: said...

a'a lah dayah..nasihat direct mst x mkn saman kan...sesekali wat nasihat lelucon cmtu..mst dorang akn berfikir..tu pn klu dorang FIKIR la...huhu...

*nk link topik ni ek..nk wt amaran gk ni kt sesapa yg mncemarkan alam skitar..heh

zwitterion said...

goood idea!..hehe

Muhd Suhaily said...

Seorang guru bukan creative tapi proactive...teruskan..

Muhd Suhaily said...

Pembetulan: Seorang guru bukan SAHAJA creative tapi proactive...teruskan..

hayad said...

en_me--> takde la plak teman cari gudang garam. nnt la, thn depan teman cuba gudang garam plak, hehe

mumtazah--> dayah ajo kimia dgn sains je. eksperimen tu byk cuma sempat ngan tak sempat je nak snap gambo :)

@yue--> aah, kena bg nasihat twist sikit. tak leh ckp direct. hehe

kak zwitt--> hehe, idea ni dr buku jgk sebenarnya. nk reka sendiri tak pandai le plak.

Muhd Suhaily--> yup2! betul2!

Followers