:-)

Hurm, hari ni dah 16 Julai 2009. Genap 3 tahun usia blog saya yang kaler hijau ni. Di awal-awal dulu saya rajin juga tukar-tukar template. Try to alter the coding la ape la. Lepas saya jumpa wallpaper hijau ni saya dah malas nak tukar. Dah 2 tahun menggunakan template hijau dengan header ayam menyeberang titi ni. Dapat gambar ayam tu dari email. Saiznya besar, sedaya upaya, cut sana sini untuk fit dengan template yang dipilih. Dulu pandai juga betul-betulkan coding ni, sekarang rasanya dah tak pandai pulak.

Biarlah, sayang dengan template yang ada ni. Saya kan setia orangnya :p


Saya mula berblog pada December 2004 setelah diperkenalkan dengan blog oleh Nurul. Sekarang Nurul pun dah slow berblog. So tolak, tambah, darab, bahagi, kuasa dua, kuasa kuda, dah hampir 5 tahun saya bergelar seorang blogger. Blog awal saya berkisar tentang kisah hidup di USM je, lepas tu ikut suka saya je la nak merepek meraban. Tapi jarang berupdet sebab tiada internet connection di hostel. Kalau nak updet dan baca blog kena ke cc.


Lepas tukar blog, saya dapat berkenalan dengan Kak Aminbakish, Kak K Wasabe dan Kak Luna. Tiga-tiga ni saya pernah jumpe. Saya, Kak Aminbakish dan Kak K Wasabe jumpa kali pertama di puncak Bukit Larut, Taiping. Ni 1st time saya berjumpa secara real dengan blogger.


Kak Aminbakish pun penah datang rumah saya lepas tu :) Kak Luna juga muncul tak lama lepas tu. 1st time jumpa, Kak Luna datang rumah saya. Tak susah memperkenalkan membe blog pada mak. Saya cakap je, "Mak, ni membe blog". Hehehe. Mak pun dah lali dengar perkataan blog. Sebab saya selalu juga bercerita tentang membe-membe blog pada mak.


Kadang-kadang dengan kawan-kawan pun saya cerita. "Ada sorang membe blog aku tu...bla bla...". "Aritu membe blog aku bla..bla bla...". Macam blogger tu kenal je saya. Tapi saya tetap membahasakan semua blogger yang saya baca blognya sebagai "membe blog aku".

Oh, Ya! Kak Wan pun penah jumpe. Saya pernah pergi beraya rumah dia :) Juga pernah ikut join program yang Kak Wan selalu war-warkan kat blog dia. Tak terkecuali geng Msjbox : Brother Kasawari, Shai, Junaidix. Tapi sekali je pernah jumpe diorang ni sebab saya jarang ikut serta aktiviti Msjbox ni. Saya ni kan pemalu orangnya, wahahaha.


Tak ramai blogger yang saya jumpe face-to-face. Jeles juga tengok sesetengah blogger yang selalu jumpe antara satu sama lain tu. Kiranya ada satu koloni kawan-kawan yang di luar kawan-kawan sekolah dan kawan sekerja.


Dulu-dulu saya tak letak lansung muka saya di blog. Lebih selesa dengan gambar id yang membelakangkan kamera tu jer. Tapi sekarang dah tak segan silu expose muka sendiri sejak senang nak snap pic menggunakan kamera digital 2 tahun yang lalu :D


Saya dah ok sekarang. Dah tak tenseion. Keje yang bertambun segala bagai tu dah semakin berkurang dan hilang. Tadi saya cakap kat Nora, PEKA Kimia saya dah settle. Rasa macam beban setinggi Gunung Everest tu dah hilang terbang, hehehe.


PEKA Kimia dah settle, Kuiz Kimia Kebangsaan dah settle, stapler soalan intervensi SPM dah buat (Thanx to Aishah, lab assistant yang tolong saya stapler soalan), borang-borang untuk bengkel di Cameron Highland pun dah setel. Fuh, lega kepala hotak ni.

So esok boleh balik kampung dengan lapang dada, Insya Allah.

Ok lah, nak pack beg dulu. Chow!




_____________
Thanx kepada yang sudi singgah baca blog saya ni. We are frens forever :)





11 comments:

Hafiz said...

semoga nanti kita dapat berjumpa pada masa depan yer, dayah.

Happy Anniversary for your blog :)

Ina said...

slamat berhujung mggu dayah. tingin gak nk jmpa dayah hehe

achik said...

hepi besday blog dayah..

disturbia said...

have a safe journey home dayah...

DeeN said...

Dah makin matang usia blog kamu, Dayah. Tp kamu tak sebut pon nama aku. Hahahahahahahaaa!!

Abang Long said...

Selepas ini kita buat pertemuan antara penulis blog yang glamour :)

FdausAmad said...

Gua nak ajak lu dtg mkn kenduri kat blog gua.Folo baca doa skali pun takpa..

chekgu Bani Hassim said...

cuti kejap je kan??
balik kpg??

akirasuri said...

Selamat ulangtahun.. Blog! ;)

Anonymous said...

Waahaha...

Hepi Besday to blog.. (baca dalam nada nyanyi_.. )

Kekadang rasa kawan-kawan kita dari blog lagi paham diri kita dari kawan-kawan kat luar.. :)

Pepun , chaiyuk chaiyuk.. hidup ni masih panjang, perjuangan dalam kerjaya dan hidup mesti diteruskan..

hayad said...

Hafiz--> insya allah. jumpe di kuala kangsar nan terchenta, hik hik!

Ina--> kalo blk mesia dan berada di KL habaq mai la awal2 :)

achik--> mekaseh achik :)

disturbia--> mekaseh kak :)

DeenN--> ala Deen, jgn la majukkkk, hehehehe

Abg long--> boleh boleh. eh, tp glemerkah saya? hahaha

FdausAhmad--> dah dtg dahhh

Chekgu BH--> cuti sabtu ahad je. lama jgk tuuuu :D

akirasuri--> thanx akirasuri :)

kak Aminsbakish--> thanx kak aminbakish. bila lg nak jumpe neh?

Followers