Geram! Benci! Menyampah!

Hari ini sangat huru-hara. Kalau la boleh, saya nak resign je doploh pat jam. Hari yang bengong dan *&^%$#@!

Saya salah seorang guru yang kena buat relief. Tau tak ape relief??? Kalau cikgu-cikgu paham la benda alah ni. Buat relief (jadual ganti) bagi guru-guru yang tak hadir ke sekolah. Hari ni 22 orang tiada di sekolah. Hari ini bukan saya yang kena buat relief, tapi cikgu lain. Tapi cikgu tu ada meeting. So PK 1 la kena buat. Dia pun meeting jugak. Tup tup semalam PK 1 suruh saya buat. Nak tak nak kena la buat.

Tapi yang saya hangin, cikgu-cikgu lain ni tak paham-paham. Ada yang mengamuk bila dapat relief. Asek-asek muka dia la ape la. Orang lain ada yang tak relief la. Susah betul nak bagi paham. Yang sorang Cikgu Jantan ni datang pada saya, masa tu saya dalam kelas. Marah-marah, nada tinggi. Dah la keadaan masa tu senyap pasal budak-budak tengah exam. Bising-bising depan pintu. Mesti budak dengar. Malu saya.

Hei!!! Ko ingat aku nak sangat ke buat relief ni? Kalo ko bising-bising sangat pergi la try buat. Selama dok sekolah tu rasanya ko tak penah pun buat relief. Tak tau la ape ke malangnya tahun ni saya dengan azwa terlibat sama dalam keje-keje buat relief ni. Kami ni cikgu baru tau tak? Yang lagi sangat bengongnya, keje relief ni kan keje Pk 1. Pelik betul sekolah aku ni!

Mentang-mentang hari ni Pentadbir-pentadbir semua takde, masing-masing buat degil takmo masuk relief. Cinabeng betul!

Memang dah biasa kena sembur dengan cikgu-cikgu senior yang tak puas hati ni. Saya nekad, meeting guru next week saya nak bersuara. Selalu dalam meeting senyap je kan. Saya nak cadang pada Pengetua, bagi guru-guru rotate buat jadual relief setiap bulan. Bulan ni orang lain, bulan depan orang lain. Baru adil dan baru semua cikgu tau macam mana bengong dan bodohnya nak buat relief. Betapa susahnya nak bagi semua orang puas hati.


_________
Esok tak tau la PK 1 ada ke takde. Kalau dia takde, sorry, lantak la jadi apa pun. Jangan harap saya nak buat relief. Melawan pun melawan la. Pedulik apa!!!

Walaupun saya dah luahkan kat sini, tapi masih rasa tak puas hati, pasal ayat-ayat yang saya guna masih bersopan santun!

18 comments:

Anonymous said...

betul tu dayah. dari kena marah2 cikgu2 senior, baik awak pulang balik jadual relief kt PK1. tu mmg keje dia, awak tolong aje.

tapi sebelum tuh.. tariiiikkkkk nafas... hembus pelan2... ulang2 7 kali. sabar..

rancan nak cakap kt mesyuarat mmg bagus. biar semua org tahu. terutama pentadbir.

faham situasi awak. kita sama2 cikgu kan..

Kemat said...

saya tahu perasan awak..dah la kita asalnya cuma membantu jer, tapi dipersalahkan pulak...

Unknown said...

Akak ada cadangan, ini sistem yang diguna pakai di sekolah kami, terutamanya di sesi petang. Ia dinamakan Sistem Jeling-jeling. Sila beri kredit kepada Mr. Lim yang memperkenalkan sistem ini. :)

______________
Caranya mudah sahaja, guru yang mengajar di kelas sebelah akan menjadi guru Relief. Katakan dia mengajar di kelas 1A1, dia juga menjadi guru Relief kelas 1A2. Caranya, sebelum dia masuk ke kelas 1A1, dia kena ke kelas 1A2, bagitau kepada pelajar dia guru Relief masa itu. Beri kerja kepada pelajar, turun kuasa kepada ketua, penolong, pengawas, spy untuk jaga kelas. Untuk ke tandas dsb, pelajar 1A2 tersebut kena dapatkan kebenaran/pas keluar dari guru tersebut yang berada di 1A1 tadi. Lepas tu, cikgu tu bolehlah pergi mengajar. Sesekali, cikgu tu kenalah ke kelas 1A2 tadi untuk pantau keadaan pelajar.

Keadaan ni cuma boleh diaplikasikan jika kelas sebelah ada cikgu, sebelah kelas tiada. Tapi jika dua kelas serentak tiada cikgu, barulah guru Relief sebenar dimasukkan.

_________
Sepatutnya Relief ni memang tugas PK1 atau Pen. Petang yang buat. Yang penting seorang, orang yang sama kena buat. Dengan tu, orang tu boleh tau berapa kali dah cikgu ni kena buat Relief, berapa jadual cikgu ni seminggu. Tak adalah ramai nak bising2. Dan cikgu disiplin juga kena membantu. Sekolah akak terutamanya di sesi petang, cikgunya rajin meronda. Untung sikit, budak2 tak berani nak buat onar. :)

Yang penting, jika nak dibuat sistem ini, pastikan ia didokumenkan dalam minit mesyuarat supaya ia menjadi rasmi.

Dayah, cikgu senior memang macam tu.. sabar ajalah, jika kita berlembut, satu hari lembut juga diorang tu.. Senyum je... :)

____________
Kalau nak bawa ke mesyuarat bagus juga, boleh diambil perhatian, boleh cadangkan sistem ni sebagai penyelesaian... Huh 22 guru tiada, berapa waktu nak direliefkan, Rasanya, sistem ni boleh digunapakai. Kitorang kat sekolah ni pun hepi sangat dgn sistem ni. :)


Panjangnya... mcm entri sendiri pulak, sorry ye Dayah :)

Azhar Ahmad said...

Aduh, susah gak jadi cikgu ni ye?

Ina said...

Sabar ye Dayah. Certain org especially yg senior ni2 ego tinggi kdg2 mmg xberkhemah bila berckp. Ikut perasaan je. Bkn student je byk kerenah.. cikgu2 pn sama. Mak kiter PK.. blk rmh kdg2 dok ngomel psl perangai cikgu2 hehe. Nnt ckpla masa meeting tu.. spy ada solutionnya nnt. Gud luck ye Dayah :)

khairul najmi yusof said...

kesian cikgu. rilex cikgu.

Mazarina said...

hehhee..kesian...sebut psl relief ni kami dekat 4 bulan keje mereliefkan cikgu2 yg x dtg2 dr awal bulan 1. kpm x hantar2...lbh kurang 7 org...skolah kami ni cikgunya hanya ada 2o lebih je...jadinya setiap minggu kami ada dekat 40 waktu sorang..punyala penat toksah citer...rehat hanya waktu rehat...kaki lenguh2 dengan layan budak2 yg mcm apa ntah perangai..hampir 4 bulan, cikgu baru x dihantar2 ke sek ren di swak...2 minggu lepas br ambik gstt..cikgu baru? takdak nampak muka.

x tau silap sapa...nak marah x tau nak marah sape..ayyo, pg tadi anak kelas berak dlm seluar lg..huhuuh, keje sapa menguruskan, cikgu kelas la....huhuhhu

victoire said...

ha ha ha ha ha..
gelak besar budak dengar..
kami budak skolah bukan main nyumpah seranah bile ade cikgu relief..
mule2 berpesta sakan bile takde cikgu masuk..
upenye cikgu pun bengang gak bile kene relief ek..
ingat kan kami budak2 je yang bengang.
hehehe..

achik said...

mak aih.. apsal ramai sgt cikgu takde hari tu???

Kasawari said...

oh cerita kena relief eh.. biasalah tu dayah.. kat Kilang pun kena relief gak.. bila orang tak datang.. he he..

sabar ek.

Acaii Jawe said...

slm tu happy belated besday hayad ye..:) emm sabar ye...kekadang ni mmg pelik betulla jadi cikgu nih,hehehe..entahlah..mungkin sbb penah jadi cikgu kot..:)

Anonymous said...

Sib baik aku mengajar kat sistem yang berlainan. Sistem yg orang lain takleh nak ganti orang lain, tapi kena ganti balik masa yang kita takder.

Anonymous said...

salam..
apa yg acik amin cakap tuh betul..sekolah kita pun mmg ada sistem jeling2..mana cikgu ngajar kelas dia pastu kelas sebelah tadak cikgu, dia jeling2 jek..tp bukanlah jeling setakat jeling jek..mestilah jeling makan dalam punya..hehe

kat sekolah kita cikgu buat relief dlm 3 org..sumer tuh cikgu senior yg buat..so far sekolah kita ok jek dgn relief2 ni..tadak masalah..hopefully berterusan :)

hayad said...

cikgu jawe--> turn aku wat relief ari isnin. ape kejadahnya la sek aku cikgu2 yg wat relief. pttnye PK je la!!

kemat--> tu la pasal

acik aminbakish--> thanx for the opinion yg dh mcm entraky plak,hehhe.tp takpe :)

leh gak praktik tu. tp kalo cikgu sains camne? kdg2 tak semestinya nk dok dalam kelas.scr ondaspot leh suh budak2 g makmal.mcm mn nak jg kelas sebelah?

azhar ahmad--> mmg susah.so jgn jd cikgu,hahahaha! :p

danselion--> mmg dah sabo byk dah ni

khairnaj--> huh! sampai masanya ku pasti rilex :D

mazarina--> adehhh..takleh nk komen pape,hehe

k-riey--> aah,korang ingat cikgu2 suke sangat msk relief? kelas kami masing2 pn byk dalam sehari.lagi mau relief kelas org!

achik--> biasa la, pengetua tak tegas.sesenang je amek mc.bkn kena marah pun

kasawari--> baik keje kilang kan,hahahaha! :p

faisal--> thanx! acai jdd cikgu? *pengsan* hehehe

mazudi--> kalo bdk2 besar leh la tinggal kls mcm tu je.ni bdk sekolah.macm hantu kalo cikgu takde

adique--> ok la kalo xde masalah. pttnye mmg cikgu senior yg kena buat.sekolah aku tu bengong! :p

hakim dirani said...

Saya sokong, saya sokong. anda perlu bersuara. ntah. mungkinmacam tu kot. bila dia marah dia dah tak pikir pasai orang lain. he he

arianna adrizal said...

hmm betul2. ms jd cikgu dulu mmg PK yg buat menda tu semua. wah.. tetiba ramai ngaku jadi cikgu kat sini pulak eh.. hehehehe..

ape2pun, gud luck eh! ;D

Anonymous said...

Sabar cikgu sabar. Gud lak dalam miting nnti. Biar derang tau sape dayah nih.. ;-)

DeeN said...

Huh! Tu pasal la aku tak pernah mintak KPLI apa bagai. Karang tak pasai2 aku tinju cikgu2 senior plak nanti. HaHaHaHa..!!

Ko tak pueh hati lagi? Ok, sila guna ayat2 tak pueh hati ko dlm miting nanti. Very the gud luck..!!

Followers