Mengisi Masa Lapang

Saat ini saya tiada di rumah, melepak di rumah makcik. Semalam adalah hari penat sedunia pasal saya mencari penyakit jadi volunteer MALAKOFF malaysian duathlon series untuk acara besar powerman malaysia di Dataran Lumut. Sebenarnya sepupu saya yang ajak join.

muke hepi sebelum bertugas

Dapat keje yang berat jugak la, pasal kena jaga bahagian beskal-beskal peserta-peserta semua. Pukul 11.30 dah kena terpacak tengah panas, tunggu peserta-peserta semua masuk letak basikal. Kena guide tempat basikal diorang ikut nombor masing-masing. Ramai nak mampus, dekat 800 lebih peserta ada rasanya. Ada orang puteh, orang itam, orang malaysia, semua ada. Masa ni muka kami yang bertugas semua dah tak keruan, maklum ler kena panahan cahaya matahari.


Penat ya amat pasal banyak berdiri. Bila malam, dari pinggang ke bawah dah sakit-sakit. Tapi malamnya tu sempat lagi buat kek coklat sebijik (dipaksa buat sebenornya). Esoknya bangun pagi dah ok,tak sakit lagi ;) Saya kan muda lagi (i'm powergirl malaysia) hahaha.

Sebagai habuan, kami yang jadi crew ni dapat selai t-shirt crew dgn wang tunai rm50. Jadi laa... Lagi satu yang best sbb dapat tambah kenalan yg pada mulanya mmg tak dikenali lansung.


ps: ade sesapa nak suruh saya jadi volunteer lagi? sila2 ler menghubungi saya,hehe

8 comments:

zwitterion said...

wajah baru!..mai sini tolong kak zwitt bt apa yg patut..hehe

Sunan_Jati said...

yerla pi la tlgt kak zwit tuh heheheh~!

me3n said...

muke hepi selepas bertugas takder? hehe..

kakLuna said...

yg tudung biru ke?oh,sweet...

Anonymous said...

Ha ah.. Aku pon nk tanya soklan yang sama macam ad3ck.. heheh..

Anonymous said...

kak zwitt--> nak tlg buat ape? meh cni habaq mai ;p

sunan_jati--> hang tak nak mntak tlg? :p

ad3ck--> takde gambo lps bertgs sbb dah nak blk umah sgt2 dh ms tu, dh tak thn,hehe

kak luna--> sweet? aaauwwww!!! harharhar

fuad--> jawapannyer pun sm cam jawapan ad3ck :p

Unknown said...

dayah, bila ada program cenggitu lagi, ajaklah akak sekali... akak coti start neztweek. pastukan, akak bolehlah bawa cd. tu hehe :D

akirasuri said...

ho ho ho dayah..ada jumpa abang saya tak kat powerman msia tu :D

Followers