LelakiCicak

Pada zaman dahulu ada sorang budak kecik, tak pandai cakap lagi, baru pandai jalan kedek-kedek kot. Asal nampak benda mesti nak masuk mulut. Biasa la kan, semua budak mengalami evolusi yang sama. Pada suatu hari dia nampak satu benda bergerak-gerak kat atas lantai, cute je benda tu, gerak kiri kanan kiri kanan. Lalu budak ni amek masuk mulut. Siap isap-isap lagi.
Tapi kenapa aku yang jadi budak tu, kenapa? kenapa aku pegi isap ekor cicak tu. Uwekkkk!!!

Saya sudah tengok preview filem cicakman. Nak kata menarik, macam tak menarik, macam tiru omputeh jer. Tapi memang tiru mungkin :p Costumenya tak menarik la, tak melambangkan kegagahperkasaan sang hero pun. Cuba tengok Batman, Spiderman, smart jer, badan pun nampak tegap jer. Cicakman punya costume? adehhh... *sengal! haha*

Disebabkan saya ini bolehlah dikatakan seorang penyokong filem-filem melayu, saya akan cuba tengok filem ini tetapi yang pasti bukan di pawagam yang berhampiran. Dan bukan juga cd cetak rompak yang dibeli oleh saya sendiri. Tapi yang pasti cd yang dicetak rompak sepupu saya. Eh, maksud saya sepupu saya la yang beli cd cetak rompak tu!

My 1st Cheese Cake

Ini adalah sebahagian dari persiapan saya untuk ke kelas buat kek 9hb nanti. Sebelum attend kelas kita kena la study sendiri dulu, kan kan kan? Tambahan pula, sudah sekian lama saya mengidam mahu buat Cheese Cake sendiri. Kalau teringin makan asyik kena beli aje. Akhirnya saya berjaya juga buat Cheese Cake hasil tunjuk ajar kak yana the siput, eh! sifu :p

Image Hosted by ImageShack.us

Thanx yer kak yana for the recipe. Tapi kenapa yer kak yana punyer keliling kek tu licin jer? Saya punya ni kurang licin sket, then masa nak tonggengkan bagi terbalik dari acuan tu payah sket, padahal dah lengserkan dengan butter.

Image Hosted by ImageShack.us

Lagi satu kenapa yer stuktur atas kek kak yana putih kalernya, tapi saya ni warna kuning. Sebab saya gantikan jus lemon dengan jus kasturi ke ar? Lemon lupa nak beli, jadi guna aje jus limau kasturi pasal limau kasturi melambak belakang umah :p

Apa-apa pun rasanya tetap sama macam yang selalu saya beli tu :) Paling best sebab my aboh suke pulak makan,ehe :D Dalam dok ngap ngap dalam mulut tu, bila ditanya, "sedap ke tak?", mesti dia jawab "tak sedap pun", padahal dah bersudu-sudu masuk dalam mulut. Ala, tak nak puji depan-depan la tu, tau la orang wat sedap, wakakaka!

*err...kak yana sila jwb kemusykilan den ;p*

Sekarang Saya Sudah Lega

Bulat sudah dalam proses sembuh. Daging barunya sudah mula tumbuh kemerah-merahan menggantikan daging yang rosak dimakan maggot. Bulat mahu minum air kosong yang saya campur dengan jeli gamat. Bekas penuh berisi air tu pasti luak sampai ke dasar diminumnya sedikit demi sedikit.

Image Hosted by ImageShack.us

Lukanya pun saya sapu dengan minyak gamat la, krim gamat la, losyen gamat la, semuanya berunsurkan gamat. Tak lupa juga susu igg plus sebagai minuman tambahan :p

Image Hosted by ImageShack.us

Er, sesiapa yang rasa geli dengan gambar-gambar ni jangan eee eee yer!

Image Hosted by ImageShack.us

Sepanjang Bulat sakit, saya dah jadi macam doktor haiwan. Cukup time saya naik atas, amek picagari, sedut antibiotik takat 1.5ml, bukak mulut Bulat, picit picagari bagi ubat masuk. Mesti pahit giler antibiotik tu. Naseb ko la Bulat...

Image Hosted by ImageShack.us

*rasa macam banyak entry psl kucen je aku nih. Dulu pasal kematian Uteh,sob sob *

Sembuhlah wahai Bulat :'(

Bulat sakit... :( Kesian sangat tengok dia.
Ekor dia cedera teruk, kulit tertanggal, nampak daging dgn tulangnya. Sesapa tgk mesti ngeri, walaupun saya sedikit ngeri, saya tahan-tahankan juga. Kalau tidak, macam mana nak rawat Bulat.

Semalam saya sudah sms seorang sahabat, minta tolong dia bawa Bulat ke klinik, tup-tup paginya dia sms semula bagi tahu kereta diguna abangnya pula, lepas solat jumaat dia janji mahu hantar Bulat.

Ahh, saya kira lambat pula nak tunggu selesai jumaat, sedangkan hari masih pagi. Hati saya tak tenteram selagi cedera Bulat tak dibawa jumpa vet. Saya masukkan Bulat dalam raga bertutup, letak kat raga moto,adik saya bantu pegang raga. Dengan pecutan yang hampir laju saya menderu jumpa vet di bandak K.

Sesampai ajer, terus cerita kat vet, luka Bulat dah ada maggot, ni gara-gara Bulat dah 2 hari cedera baru nak balik umah. Vet sembur dengan ubat khas untuk maggot, inject antobiotik dan dibekalkan dengan ubat sapu.

Semalamnya macam-macam saya cuba buat untuk rawat Bulat, letak minyak gamat, letak minyak daun herba TYT *nampak kering sket luka lps letak minyak TYT ni*, bagi Bulat minum air masak+jeli gamat *tapi dia takmo minum sgt, pasal ada bau gamat kot*. Lagi satu saya bagi Bulat minum susu igg plus. Kalau abah saya tahu, mati la. Susu mahal bagi pada Bulat. Arghhh, saya tak kira, hopefully susu yang kaya dgn khasiat tu dapat bg tenaga pada Bulat + dapat baiki luka Bulat pasal sapa yang luka kencing manis sampai berlubang pun boleh sembuh lukanya asbab minum susu igg ni. Insya Allah... *eh, promote pulak*

Sekarang Bulat tido aje, tapi saya masih risau selagi lukanya tak sembuh, saya risau maggot tu muncul semula...

Cerita Ceriti

Cerita satu:

Pergi cari kerja di bandar M, nampak iklan jawatan kosong kat gerai buah dalam pasaraya, alaaaa...gerai yg ada jual waffer tu, ada jual buah singgit2 jgk. Mula-mula masuk, hati berdetik nak tanya ke tak nak tanya ke tak...buat-buat macam nak beli barang dulu, pastu baru pergi. Nampak ada sorang perempuan melayu tenah keje. Muka masam jer. macam sombong jerr...

"Assalamualaikum! Ada keje kosong kan kat sini?"

"A'aa, umo bape?"

(Umo ampat tauuuuun lah!) "Umo, 2* tahun"

"Bagi nama dengan no telepon, nanti bos cine tu kontek"

Kebetulan dalam pasaraya ni ada rakan sepraktikal sama dulu kerja jugak. Jadi promoter. Dia india. Dia dah mention keje dalam ni payah untuk saya dapat waktu solat.

"Err, nak tanya, kat sini gaji berapa? pastu waktu solat tu macam mana?"

"Gaji, budak baru rm500. Waktu solat memang burn la jgk. Saya dah setahun keje ni pun susah nak dapat solat. Kalo shift petang tu asar maghrib tu burn jgk la, mmg kena qadha je la bila balik umah"

"OOO...ok lah, saya tunggu je la tokey cine ni call"

*Sampai sekarang tokey cina tu tak call2*

Lagi pulak payah la keje yang tak boleh solat ni....

Cerita dua:

Pergi mandi kat kolam air panas di Sungai Klah, Sungkai. Syokkk.. berendam pukul 7 mlm-8mlm. Segar rasa badan.

Cerita tiga:

Dapat sms dari Nurul, katanya ada kursus buat kek 9-12hb depan. Oh, peluang yang amat baik. Dan sekarang saya consider tak mahu cari kerja dah, tunggu aja tarikh belajar buat kek itu. Tak mahu miss lagi peluang yg satu ni selepas peluang yg awal dulu tak dapat saya join.

Cinta Puding Karamel

Image Hosted by ImageShack.us

disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi bosan tahap cipan
sadarku akan hadirmu
telur,susu dan gula
lalu ku adun mejadi si puding karamel
Yummy!

Lama Sangat Parking ;)

Image Hosted by ImageShack.us

Mengisi Masa Lapang

Saat ini saya tiada di rumah, melepak di rumah makcik. Semalam adalah hari penat sedunia pasal saya mencari penyakit jadi volunteer MALAKOFF malaysian duathlon series untuk acara besar powerman malaysia di Dataran Lumut. Sebenarnya sepupu saya yang ajak join.

muke hepi sebelum bertugas

Dapat keje yang berat jugak la, pasal kena jaga bahagian beskal-beskal peserta-peserta semua. Pukul 11.30 dah kena terpacak tengah panas, tunggu peserta-peserta semua masuk letak basikal. Kena guide tempat basikal diorang ikut nombor masing-masing. Ramai nak mampus, dekat 800 lebih peserta ada rasanya. Ada orang puteh, orang itam, orang malaysia, semua ada. Masa ni muka kami yang bertugas semua dah tak keruan, maklum ler kena panahan cahaya matahari.


Penat ya amat pasal banyak berdiri. Bila malam, dari pinggang ke bawah dah sakit-sakit. Tapi malamnya tu sempat lagi buat kek coklat sebijik (dipaksa buat sebenornya). Esoknya bangun pagi dah ok,tak sakit lagi ;) Saya kan muda lagi (i'm powergirl malaysia) hahaha.

Sebagai habuan, kami yang jadi crew ni dapat selai t-shirt crew dgn wang tunai rm50. Jadi laa... Lagi satu yang best sbb dapat tambah kenalan yg pada mulanya mmg tak dikenali lansung.


ps: ade sesapa nak suruh saya jadi volunteer lagi? sila2 ler menghubungi saya,hehe

Rasa Hati Ini

Saya kira perasaan saya selepas diinterbiu macam perempuan dalam gambar atas ni. Rasa geram, menyampah, sakit hati, sedih, sebak, putus asa. Semua bercambur-baur sebati dgn garam secukup rasanya sekali.

Saya mula rasa sakit hati bila si penemuduga dua orang tu buat muka sinis yang menyakitkan hati, siap perli-perli lagi. Arghhh!! Hangin betul la. Dah la dapat penemuduga perempuan. Macam biasa la, perempuan normallynya strict. Buat penat je saya pakai baju pink!

Lepas tu diorang start tanya soalan yang memang nak mengenakan saya bila saya jawab saya tak setuju Matematik dan Sains diajar dalam bahasa inggeris. (Kalau kutuhu, kujawab aje setuju,huhu) Tetiba jugak diorang mintak beri some of the theminology in chemistry and biology. Macam mana la saya boleh lupa, *no idea* saya dapat bagi satu contoh je untuk setiap jawapan. Ahhh, otak saya tetiba jadi BIOL kat situ.

Dia dah mula senyum-senyum sinis bila saya tak dapat jawab. TIBA-TIBA next question, sapa Ketua Pengarah Pendidikan Perak? Oh, my... saya hanya ingat Datuk Hishamuddin, Noh Omar, dgn Mustaffa Mohd. Kenapa la saya tak teringat lansung yang saya sedang berada di negeri Perak.

"Errr...saya kurang ingat la Puan. Saya tak mampu nak ingat semua."

"Oooo..nanti anak murid kamu kata tak ingat ape kamu ajar boleh la yer?"

Dalam hati saya berkata, "#$%^&*^%...." (18SX, harap maaf :p)

Takpe..takpe...sabo..sabo...

"Sebagai seorang guru, kamu kena banyak membaca..bla bla bla..."

Of course la saya membaca, saya takdela macam katak bawah helmet. Tapi saya akui saya jenis yang cepat gemuruh. Sekelip mata otak boleh jadi kosong.

Macam-macam rumours yang saya dengar pasal interbiu ni. Ada yang kata saja-saja je temuduga la, pasal nak tentukan gaji la, ada kata tak lulus interbiu tak dapat posting la. Takut juga mendengarnya. Berbaloi ke 4 tahun pengajian dengan title pendidikan tapi tiada jaminan pekerjaan. Budak pendidikan nak minta kerja lain pun tak boleh. Sapa yang nak amik. Ijazah pendidikan, terang-terang orang kata ada keje.

Kadang-kadang terasa putus asa mahu menjadi guru. Saat hati berkobar-kobar mahu mendidik, kini kami semua diuji dengan isu penempatan. Menyesalkah saya memilih bidang perguruan. Saya tidak menyesal memilih bidang ini, tapi saya menyesal jika isu penempatan masih lagi membelenggu. Walaupun pada mulanya bidang ini bukan sepenuh hati saya ambil, tapi pengalaman praktikal sedikit sebanyak telah memutikkan rasa cinta yang wujud sekarang ini.

Sekarang ni otak saya masih merangka-rangka rancangan-rancangan yang harus saya ambil. Apa saya harus buat kalau betul tiada penempatan? Inilah masalahnya bila kita mengambil kursus yang pada mulanya dijanjikan pekerjaan, pabila jadi sesuatu yang tak diduga kita jadi tak reti untuk buat apa dah, sbb mind setting dah kata after graduate i will teach...

Interview Blues

Image Hosted by ImageShack.us

Saya menerima surat temuduga 3 hari sebelum raya. Tapi sekarang baru terasa dup dap dup dap!! Padahal 2 orang rakan saya awal-awal lagi dah menyatakan kerisauan. Mungkin keseronokan nak berhari raya dah mematikan kerisauan saya.

Apa persediaan saya? Entahlah...Segala sijil dgn dokumen2 berkaitan dah saya sediakan. Nota Dr.Tang yang banyak pasal isu pendidikan dah saya bg kat junior pulak. Nyesal pun ade. Tapi mana nak tahu ada interview, pasal senior lepas-lepas tak kena pun.

Kata mereka yang dah kena interview (especially bebudak UPSI) kata kena tahu itu, kena tahu ini, kena baca itu, kena baca ini. Lebih teruk lagi kalo tak lulus temuduga takkan dipostingkan. Giler ah! penat je aku amek kos ni, kalo tahu baik amik kos yang sure2 takde keje,huahuahua. Dah ramai jugak yang asik tanya bila keje? bile keje? Ingat aku sesaja tak nak keje ke?

Depa dok heran pasal apa profesion ni tak keje lagi la apa la. Dah tu pulak akan terlontar la macam-macam soalan yang saya sendiri tak boleh nak jawab. Arghhh!! Lemas! Lemas! Lepas ni kalo sesapa tanya saya nak jawab saya masuk TLDM je. Tentu depa tak banyak tanya dah padahal TLDM saya adalah 'Tidur Lepak Dan Makan'.

Ape yer panel akan tanya? Yang pastinya mesti ada soalan ni kot,"Sanggupkah anda dihantar ke kawasan pedalaman?". Terang-terang la kena jawab SAYA SANGGUP!! Nak mampos la jawab tak sanggup. Saya sendiri memang letak Sabah pilihan pertama tempat posting. Tak tahu kenapa letak sabah. Sbb nak sgt naik belon kot! Ataupun sbb elaun yang lumayan,haha. Mata duitan sungguh saya ni.

Kalau panel tanya kenapa memilih profesion keguruan, apa yer ayat yang sedap sket nak jawab? Rata2 mesti jawab sbb saya ingin mendidik anak bangsa la, saya mahu anak bangsa saya berjaya la, profesion ni adalah kerjaya yang murni la...macam skema plak saya rasa jawapan gini,hehe. Panel pun dah muak nak dengo kot.

Saya nak jawab, saya memilih kerjaya ni sbb tak mahu dipanggil makcik boleh tak? ngeh! ngeh! ngeh!

p/s: Kengkawan blogger doakan saya lulus dengan cemerlang ek... Bg la sket tip2 untuk temuduga. Tak pnh lansung kena temuduga nih. Seriau!

Hari ni sudah syawal yang ke-10, lama pulak blog ni tak berupdet. Tuan punya blog bizi beraya + cuti-cuti malaysia la weh. Tambahan pula malas pulak mahu bercerita pasal raya, semuanya pasti cerita yang sama. Tahun ni punya raya sama ajer dengan tahun lepas, meriahnya tetap ada, tapi tiada yang special pun untuk dikongsi. Kang muak pulak nak dibaca, pasal rata-rata blogger ceritakan hal yang sama pasal raya. Ketupat-rendang-lemang-nasi himpit-kuih raya-duit raya-mercu-lawat sanak saudara-bla-bla-bla-bla lagi.

Ohh ya, pada anda yang bergelar lelaki, kot-kot masa raya aritu dah banyak bedal makan nasi himpit dalam plastik, doa-doa la supaya diri anda tidak menjadi mandul,haha. Nak buat macam mana, makanan zaman sekarang semuanya guna bungkusan dalam plastik, kalau tak dalam plastik pun macam-macam bahan kimia dah ada dalam makanan zaman sekarang ni, tak boleh nak elak.

Jadi juga saya ikut Mak Lang ke Pahang dalam tak nak pada mulanya. Bila fikir2 balik, bila lagi mahu ziarah kubur atok (saya tak pernah ziarah sjk atok meninggal dari thn 2002). Raya ketiga kami ke KL dulu, beraya rumah Mak Ndak di Kelana Jaya. Esoknya baru bertolak ke Pahang.

Stay kat umah Mak Sue di Temerloh. Kalau dah sampai Temerloh jangan lupa makan ikan patin tau, fresh2 semuanya. Al-maklumla, Temerloh kan digelar Bandar Ikan Patin.

Raya kelima kami berangkat ke Lipis, ke Kampung Kuala Medang. Tak ramai yang tahu kewujudan Felda Kuala Medang ni. Hatta orang Pahang sendiri tak semua tahu. Kuala Medang ni kawasan felda, dekat dengan Felda Sungai Koyan. On da way ke dua-dua felda ni ade simpang pegi Pos Betau. Ingat tak drama "Cikgu Nabila" lakonan Sharifah Haslinda. Dia kena posting dekat Pos Betau ni la, tempat orang asli. So korang faham-faham la bahawasanya Kg. Kuala Medang ni amatlah jauh la jugak kiranya. Kiri kanan hanyalah pohon-pohon kelapa sawit. Masa dulu-dulu lagi payah nak datang pasal jalan ke sana semua tanah merah je. Sekarang ni je dah ok. Tak lama lagi, lagi senang nak ke sana pasal ade jalan baru nak siap dekat Bertam Valley. Nanti kejap je dah boleh sampai.

Walaupun jauh ya amat, tapi saya suka suasana kampungnya. Disebabkan saya ni orang kampung, jadi saya tiadalah masalah untuk menyesuaikan diri. Inilah kubur arwah atok saya, ayah kepada abah. Atok saya ni asal orang Perak tapi dia dulu polis. Tempat terakhir dia kena anto kat Felda Kuala Medang ni la. Sampai la dia pencen dan meninggal pun kat situ. Opah sebelah abah pun lahir di Perak, tapi meninggal dan dikebumikan di Johor. Erm, semuanya jauh-jauh. Kita nanti pun tak tahu kat mana kita akan ditanamkan ye tak?

Semoga Atokku damai di sana...

Ok lah, macam dah panjang pulak menaip ni. Tadi sebenarnya nak cerita pendek aje...

Followers