Biscuit Moment


Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut oreo yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama.Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memamarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.

Kedua- dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka.

Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.....Ya,biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral 1 : Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggubas/keretapi/kapalterbang...makan benda lain.

Moral 2 : Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan....hiak3x

Moral 3 : Jangan salah sangka pada seorang manusia yang bernama lelaki..

Moral 4 : hati2 dgn lelaki, diorang mmg suka buat kita malu sendiri..suka sgt tgk kita kaum pompuan terpisat2 malu..chehh!

Ending cerita yg dibuat empunya blog : depa dua orang ni naik flight yang sama, pastu seat pulak sebelah-menyebelah. Pompuan tu dgn malu-malunya mintak maaf sbb slh sangka psl biskut tu..pastu diorang jatuh cinta, pastu diorang kapel, pastu diorang kawen n live ever after,hahaha!

ex-rumet saya penah tanya macam mana fantasi cinta yang saya nak. Saya cakap, "aku nak jumpe 'dia' atas flight, baru nampak eksklusiffff...hehehehe". Tapi rumet saya kata, "cheh!!! berangannnnn". Ampeh, td dia yang tanya.. :D

"SELAMAT BERPUASA SEMUA"

12 comments:

rudy bluehikari said...

sicilik hiro suka makan oreo. stau tabiat dia kalu makan oreo, dia akan gigit separuh dan separuh lagi dia bagi kat papa dia. berkongsilah kununnya.tapi bila dalam oreo dalam mulut dia habis telan, oreo di tangan papanya di ambil smla. buruk siku kan? hahahaha!

hayad said...

bro rudy--> kalo bebudak kecik yg wat gtu nmpk tak buruk, org tua kalo wat gtu yg buruk benor ghopenya,haha

faridfadhly said...

pernah tak tgk video akhpah : cookie thief?
org melayu jugak buat..short movie..

tp cite tu pakai ferrero rocher..

video tu best dan mamat yg berlakon tu mmg kool yeahah

linn_comel said...

Cerita ni best..ada pengajaran yang tersendiri, yang penting jangan cepat melatah sekiranya orang termakan biskut kita

arianna adrizal said...

hahaha! live happily ever after. hmmm.. mcm cerita romantik yang akak idamkan je. org pmpuan mmg gitu kot :D

hayad said...

farid--> mcm best je citer ko ckp tuuu..tak pnh tgk ar, upload la kt youtube, leh share tgk

linn_comel--> aha, tak yah kedekut2, share2 je, mn tau kot jd jodoh,kekeke

arianna adrizal--> hehe, dh nmnya pompuan :D

ad3ck said...

ko wat sendri ker citer neh? menarik dow..

tapi ending yg ko wat, giler fantasi..haha~!

loppiess said...

romantik!

hayad said...

ad3ck--> aku dpt dr frenster citer nih, ending fantasi tu je aku yg buat,hahaha

loppiess--> romantik klu endingnya diorang kawen lor..

amanitium said...

hish, ape jiwang-jiwang ni. nasib baik aku tak berhati gadis. haha!

akirasuri said...

ahakss...macam ku penah baca tapi dimana ya...

hayad said...

amanitium--> dh ko lelaki buat berhati lelaki, nk berhati gadis wat gapo? :p

akirasuri--> hehe, di mn tuh? ;)

Followers