Sehari Sebelum Syawal

Semalam sempat lagi buat dua jenis biskut raya nih

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Petang tadi lemang pun dah masak

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Halaman rumah pun dah settle saya sapu

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Jemputlah ke rumah, saya dok umah kampung jer ;)

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

DI AKHIR RAMADHAN, AKU MASIH FAKIR.... :(

Ya Allah, panjangkanlah usia ku
sehingga aku bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang
Mohon dengan sangat :'(


Hari Ini Sangat Panas

Masuk bilik air, basuh kaki..ahhh dingin bangat air dalam kolah ni. Tenung-tenung air dalam kolah. Perghhh..kalo aku berendam ni mesti best. Dalam kepala dah terbayang badan landing dalam kolah, bestnyerrrr.....

Keluar dari bilik air, "Dibah, aku panas la...Nak berendam dalam kolah tu boleh tak? [siriyes!]".

"Pegi la, tapi lepas tu kamu kuarkan balik air kolah tu, itu nasihat aku".

Isk, macam mana ni. Panas sangat arini. Ditambah dengan rasa penat sbb saya merayau-rayau ke bandar diraja pagi tadi sampai tengah hari.

Last2, pegi dapur, bukak peti ais, bukak pintu atas, bukak pintu bawah, berdiri tegak sambil masukkan kepala kat bahagian beku. Fuhhh.... bestnya. Kan best kalo berpuasa kat negara sejukkkk... Nikmat betul sejuk peti ais ni. Rasa nak masuk satu badan dalam peti ais nih!

Tiba-tiba mak datang....

"Kamu nak jadi Maisarah macam dalam drama tu ker?"

Hehehe... teringat kat Maisarah dalam Diari Ramadhan Rafique ;)

Nak Pegi Ke Tak Nak Pegi??

Mak Lang ajak beraya di Pahang. Kat Felda Kuala Medang. Rumah arwah atok belah abah. Pergi raya kedua. Sekarang umah tu takde sapa duduk. Kosong. Tapi makcik yang bongsu dah baiki rumah tu. Hanya dijenguk sekali-sekala.

Mak dengan abah tak dapat ikut sekali, tapi saya dan adik diizinkan ikut pergi.

"Errmm... Dibah, umah arwah atok tu tv ok tak?", saya tanya kat adik.

Kak Wani sepupu saya menyampuk, " Ok la.."

"Hurmm... (masih berfikir-fikir). Tapi takde astro!!", saya.

"Ceh!", kak wani.

Nak pegi ke tak nak pegi, nak pegi ke tak nak pegi, nak pegi ke tak nak pegi...
Last saya balik Kuala Medang masa darjah lima. Sesapa yang kawen masa saya darjah lima tu, anaknya dah darjah 6 sekarang. Fuh, lama betol saya tak balik Pahang.

Nak Jawab Tag dari Akirasuri

1) 1 Ramadhan 1427 Hijrah anda berbuka puasa dengan siapa dan dimana?
---> Berbuka dgn mak, abah ngan adik di rumah di sebuah kampung di perak

2) Apa persiapan anda menjelang hari raya?
---> Dah beli baju raya tiga pasang, tudung je tak cari lagi

3) Sepanjang sebulan berpuasa, agak2 kemana lokasi berbuka yang akan menjadi pilihan anda?
---> Mmg tiap2 hari berbuka kat umah di sebuah kampung di perak

4) Pendapat anda,berbuka puasa di Hotel?
--> Tak pernah berbuka kat hotel, tp rasanya tak suka lansung!

5) Adakah anda suka menghantar kad raya (by pos) kepada rakan2, sahabat handai dan kekawan anda?
---> Yer, saya suka hantar by pos, tp thn ni tak anto sekeping pun, huahuahua. Harap maaf sahabat2ku, thn dpn aku anto kad raya khas untuk korang sumer, ngeh ngeh!

6) Oleh itu kirimkan lah kad raya anda di alamat berikut:
---> sesapa nak anto kad raya kat saya boleh anto kat alamat "sebuah rumah kampung, di sebuah kampung, di perak" ... hohoho

7) Orang - orang yang namanya ada dibawah kena jawab tag ni..
---> rasa2nya dah ramai kena tag yg nih... nak suh nurul^sensei jawab plak. If cify, min baca entry ni, hangpa pun jawab la ek? Kak ayu ke kalo terbaca entry nih..hehe. Aaaa, si Ad3ck, asik ckp boring je kat blog dia, ape kata ko buat,haha!

Jalan-jalan Cuci Mata

Fuh, arini sedikit penat. Paginya mengemas umah ape yang patut, mop lantai, pasang langsir, tu pun ade lagi keje tak setel. Halaman umah pun tak bersapu lagi. Daun-daun yang gugur dah bertambah. Kena sapu jugak nih, berbulu mata tengok. Ada adik pun bukan nak tolong!

Tengah harinya pulak jalan-jalan ke bandar diraja dengan sepupu dan adik. Nak usha2 jualan-jualan orang berniaga jer tujuannya. Hari ahad, punye la banyaknye manusia. Nak membeli pun payah. Bandar diraja ni kedai-kedai yang terkenal dengan harga murah mmg melambak. Dari merata tempat orang datang shopping. Beli toto la, beli karpet la,beli tikar la, beli kain baju la, beli kasut la, beli periuk belanga la, macam2 mak nenek lagi la. Saya tak nafikan kat sini memang murah-murah. Bandar diraja ni macam dah jadi Wang Klian plak. [aku sendiri tak pnh pegi Wang Klian, memandai je kata macam Wang Klian ;p ]. Paling terkenal kat sini KEDAI SAKAN milik Haji Sakan ;) Tak salah saya banyak dah cawangan kedai Haji Sakan ni. Cayalah Haji Sakan! Hohoho

Sebagai seorang perempuan sejati, saya memang gila tengok baju-baju dan tudung-tudung ;p Rasa nak rembat je tudung-tudung tuh! Bila la nak keje nih, saya nak shoping sakan, huahuahua. Walaupun dalam ketiadaan wang saya telah berjaya merembat sehelai baju kurung dengan cara mengepow duit adik saya, haha. [ Jangan riso ek dibah, nnt aboh ganti duit kamu tuh! ]. Duit upah buat asignment dah habis saya belanja buat beli buku, jadi berbaloi jugak kan,ngeh ngeh.

Apa lagi, jom layan gambo... Zasssss!!!


Ramadhan dah nak melabuhkan tirai. Sedihnya, belom cukup lagi amalan di bulan barakah nih. Masih sempatkah aku???

Projek Cari Duit Selesai!! ;)

Thanx to my teman gaduh saya ari2 (baca: adik), yang sudi jugak buat banner untuk lekat kat bekas kuih raya saya. [Itu pun setelah puas bertikam lidah]. Saya akui saya ni bofodohfoh sket bab-bab adobe nih,huhu. Kuih-kuih ni dah selamat dihantar ke sekolah menengah yang berhampiran untuk dijual. Kepada guru-guru yang merasakan tiada masa dan merasa malas untuk buat kuih raya, silalah beli homemade cookies saya ni. Dijamin halal, bersih dan sedap! :D BID'S COOKIES diambil sempena nama mak saya, sebab dia yang bg modal. Saya mana ada duit, tengah dibelenggu kemiskinan,haha.

MESTI RASA, BARU TERASA!! ;p

Mempelam Oh Mempelam

Fuuaahhh!! Terliur tgk mempelam

Slurp!! sedapnya kalo cecah dgn kuah rojak

Tapi bila mintak dia tak bg...Uwaaa!!

Dia kata takmo rosak buah dia. Katanya petua nk bagi buah elok isinya jgn mkn cicah dgn belacan. Kuah rojak ada belacan. Dia mmg tak bg org buah mempelam dari pokok yang satu ni. Takut orang cicah dgn belacan. Tu yang melambak orang dok jual tu, mana tuan pokok nak tau pembeli cicah sambal belacan ke tak, tp elok je buahnya. Sabo je la!!!

Sejibik Ker?

Dalam dunia ada 7 orang yang muka serupa, betul kan? Tapi saya tak pernah pun jumpa orang yang muka serupa dengan saya. Tapi tak nak jumpa lah, takut saya terkejut. Pernah sekali bapa saudara saya bawa anak kecilnya ke rumah saya, usia lebih kurang 3 tahun, dah boleh jalan kedek2. Anak dengan isteri keduanya selepas isteri pertama meninggal. Itu first time dia bawak anaknya tu ke rumah saya.

Dah lama-lama tu, tetiba abah kata," Cuba tgk muka dia ni betul2, macam muka kamu masa kecik2. Macam ni la kamu masa kecik dulu. Warna kulit sama, mata bulat pun sama". Mak pun mengiakannya. Lepas tengok betul2 terus saya jadi ngeri,haha! Tak tahu pasal ape. Budak kecik tu datang nak main-main dengan saya pun, saya layan acuh tak acuh je ;p

Tapi setakat nih dah ade 2 orang yang tegur saya, kata muka saya serupa dgn si polan dan si polan. Yang pertama masa saya form 4, pegi kursus kepimpinan. Ade budak pompuan bangsa benggali tegur, katanya muka saya sama macam bakal kakak ipar dia. Sebijik katanya. Haha!

Yang kedua pulak masa pergi kursus pengurusan jenazah kat U saya. Sambil dok khusyuk dengar ustazah ajor2 tu, saya terperasan ade sorang minah ni dok usha2 saya. Apsal budak nih? Muka aku ade samting ke?

"Ct! Muka aku ade ape2 tak?", tanya saya kat sahabat saya siti.
"Takde apa2 pun?"
"Tudung...tudung elok cun tak?"
"Cun ler!"

Aik? pehal la minah tu. Sambil usha tu dia ajak gak membe sebelah dia dok usha aku. Isk! Then masa time rehat, dia datang kat saya.

"Awak ni orang kedah ker? Ada kakak tak?"
"Bukan orang kedah, takde kakak pun"
"Muka sebijik macam kawan akak, tu yang tanya, ingatkan kot adik dia ker". Sambil membe dia pun mengia-iakan dgn bersungguh-sungguh jer ghopenya.
"OOO...sejibik sangat ker?"
"A'ah, sebijik jugak la".

So, dah dua orang la ade muka serupa macam saya,hehe. TETAPI, bukan manusia je ada muka serupa, kucing pun ade. Menjenguk-jenguk blog faiz, tgk2 dia posting gambo kuceng dia. Paling mengujakan bila tgk sekor kucing dia sebijik macam kucing saya.

Ni kucing faiz, Mawi namanya. Sian Mawi,hehe

Ni plak kucing saya Si Bulat. Ada iras2 serupa kan mukanya? Tompok itam atas kepala dgn badan sama, ekor pun sama itam



Macam2 aksi Bulat ni kalo tido

Bulat tido tak ingat dunia

Biscuit Moment


Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut oreo yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama.Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memamarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.

Kedua- dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka.

Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.....Ya,biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral 1 : Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggubas/keretapi/kapalterbang...makan benda lain.

Moral 2 : Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan....hiak3x

Moral 3 : Jangan salah sangka pada seorang manusia yang bernama lelaki..

Moral 4 : hati2 dgn lelaki, diorang mmg suka buat kita malu sendiri..suka sgt tgk kita kaum pompuan terpisat2 malu..chehh!

Ending cerita yg dibuat empunya blog : depa dua orang ni naik flight yang sama, pastu seat pulak sebelah-menyebelah. Pompuan tu dgn malu-malunya mintak maaf sbb slh sangka psl biskut tu..pastu diorang jatuh cinta, pastu diorang kapel, pastu diorang kawen n live ever after,hahaha!

ex-rumet saya penah tanya macam mana fantasi cinta yang saya nak. Saya cakap, "aku nak jumpe 'dia' atas flight, baru nampak eksklusiffff...hehehehe". Tapi rumet saya kata, "cheh!!! berangannnnn". Ampeh, td dia yang tanya.. :D

"SELAMAT BERPUASA SEMUA"

Teman Tapi Kadang-Kadang Tak Mesra :p

Dia ni teman gaduh saya.
Dia ni teman bertekak saya.
Dia ni teman saya bercakaran.
Dia ni teman berebut cenel tivi.
Dia juga teman berebut paha ayam.
termasuk juga berebut intenet.
Dia ni teman tampar-menampar.
Dia ni teman yang selalu nyusahkan saya pada waktu yg saya tak suka disusahkan.
Dia ni juga teman simpan rahsia, tp kadang-kadang jadi tukang bocor rahsia.
Dalam pada tu...
Dia juga kadang-kadang tukang urut saya ( tp ikut mood dia)
Dia jugak teman pegi shoping
Kalau masing-masing mood tgh baik, leh jadi teman sembang-sembang
Jadi teman yang kamceng, baikkkkk jer...
tapi tak lama,
sehari tak gaduh terasa hambar jer hari-hari yang berlalu
Masa gaduh mesti berazam takmo tegur dah, tapi otomatik jer tegur balik
Betul la peribahasa kata air dicincang takkan putus

Apa-apa pun dia je la yang saya ada...
Hanya dia dan saya jer yang penah tinggal dalam kantung rahim yang sama..

Dia nak peksa PMR
Dia tak suke blajo dgn saya
Sebab saya selalu marah bila dia tak reti jawab
saya jadi HOT!!, jadi BENGANG!! bila dia tak reti jawab
Walaupun saya memang tak boleh nak ajor dia
Saya doakan dia success selalu

Followers