Extreme Camp '09 (Extreme kah?)


Ok lah, nak cerita pengalaman pergi camping kat Janda Baik walaupun cerita ni hampir basi dah. Walaupun namanya camping, budak-budak je tido khemah. Cikgu tido kat chalet. Nak tengok chalet cikgu tido?



Ni chalet kitorang. Satu chalet ni untuk 3 orang. Tapi kitorang masuk 4 orang. Nak buat macam mana, dah tak cukup chalet. Chalet di bawah pohon buluh, di tepi sungai pulak tu. Memang masa tido dengar air mengalir jer. Terapi alam tuh!


Kitorang bercamping di Zaini Guest House, Lot 491 Kg Hulu Lurah, Kg Janda Baik. Ni la 1st time saya datang Janda Baik. Memang dari dulu teringin sangat nak pergi. Tapi memang rasa lain la dok kat kampung Janda Baik ni. Tak sangka, susur keluar dari highway ni rupa-rupanya ada kampung. Rasa macam duduk kampung zaman purba pun ada. Ala-ala cerita pendekar dulu-dulu tu. Yang selalu dilakonkan oleh Raja Azura, Rusdi Ramli dulu tuuu, hehehe.


Di Zaini Guest House ni disediakan dapur untuk masak, pinggan, garfu, sudu, pisau sume la. Kiranya segala apparatus dah disediakan. Material untuk masak je la bawak sendiri.

Sekolah nak jimat budget, jadi kami guru-guru kena masak untuk students. Saya? tak masak sangat. Tolong-tolong gitu-gitu je. Plus tolong posing :p Cikgu lelaki yang banyak masak dan amat pandai masak. Hehehe.

Yang saya tolong, bagikan makanan pada pelajar. Cikgu N*sr*n kata saya sesuai jadi pencatu makanan untuk mangsa-mangsa kebuluran di Afrika, hehehe.

Kat sini ada instructor untuk aktiviti flying fox dan segala mak nenek fox tu. So budak-budak diserahkan pada instructor je la. Cikgu-cikgu tak perlu campur. Tapi cikgu ikut sebok untuk buat aktiviti yang kononnya extreme ni.


Contohnya aktiviti ini. Cikgu ni memang menyebok nak buat setelah tunggu turn hampir sejam, huhu.

Malam jumaat tu budak-budak ada aktiviti Night Walk. Saya tak ikut. Saya Night Walk atas katil dalam chalet tepi pohon bambu ditemani bunyi aliran air sungai. Ahhhh.... syokkkknya!


Sabtu pagi saya join Jungle Trekking. Haa, yang ni makcik suko la!

Kat sini memang kurang warna lain. Yang banyak kaler ijauuuu je. Ku lihat hijauuuuu (sila nyanyi). Tapi mata saya tetap masih rabun walaupun 3 hari pandang hijau jer.

Sabtu petang kitorang ke kolam ikan. Memancing. Semua orang kena memancing. Saya harammmm dapat ikan. Memang fed up, shut up and hands up btoi la nunggu ikan makan umpan ni. Harap maaf la. Better saya tunggu durian gugur dari tunggu ikan makan umpan :p

Kat sini la kitorang mancing. Kolam ni Pak lang Dollah punye la rasanya. Pak Lang ni instructor yang guide kitorang dalam semua aktiviti kat sini. Nampak tak gambo tengah tu ada rumah. tu rumah Pak Lang. Yang digunakan dalam cerita hantu Kekasihku Seru tu. Erk! Seram pulak!

Ni gambo cikgu dengan student berposing sebelum tunggu trak amek kitorang untuk ke kolam ikan. Can u recognise the students and teachers? Tak boleh bukan? kekekeke. Sebab kami semua awets muda, hahaha. Perasan!

Lepas mancing, kami pi mandi. Giler seronok la duduk sini. Eh! bukan seronok tapi dua ronok dan beronok-ronok. Masa mandi terasa memang macam zaman purba, hehehe.

Balik memancing, cikgu kena masak. Budak-budak buat aktiviti masing-masing. Malamnya pula ada persembahan dari pelajar. At the same time En. Zaini pemilik Guest House ni ada band. diorang nyanyi sambil main alat muzik. Semua lagu-lagu puisi. Best sangat. Saya stay sampai 1.30 pagi tengok diorang punye performance. Nak stay lebih lama tapi dah takde geng. Faresha dah tak tahan mata. Saya pulak segan la jugak bila saya sorang pompuan kat situ, yang lain cikgu lelaki.

Ahad pagi kitorang ada aktiviti menanam pokok di rumah Tahfiz. Saya, Kak Zi dan Faresha tanam la sepohon pokok. Pokok ape ek? Dah lupe la pulakkk...

Dari Rumah Tahfiz kitorang berjalan jauh la jugak je Rumah Anak Yatim pulak. Tanam lagi pokok kat situ. Kali ni saya tak join tanam. Saya lepak-lepak je banyak.


Lepas tu bebudak ni diberi sedikit kata nasihat daripada Ustaz Yahya. Ustaz Yahya ni la yang tubuhkan Rumah Anak Yatim ni. Dia beri kata nasihat pada semua students sekolah saya ni. Harus bersyukur sebab kebanyakan diorang dari golongan berada dan tak pernah rasa susah. tak macam anak-anak yatim kat situ. Ustaz tu kata sebulan rumah ni perlukan 25k untuk perbelanjaan. So dia menyeru pada bebudak ni kalau ada parent diorang yang nak menderma. Insaf jugak la saya tengok bebudak neh...

Budak-budak sekolah saya boleh join je dengan anak-anak yatim ni. Main caklicapklicapcapcap lagi. Yang lelaki pergi main bola. Bagus la pulak. Tapi tu la, budak-budak. Mana-mana pun leh join diorang ni.

Antara aksi-aksi cikgu yang tak berapa senonoh tapi masih terkawal :p

Balik dari Rumah Anak Yatim, cikgu sambung masak tengah hari. Sambil tu bebudak ni berkenduri makan durian. Diorang cari durian dengan Pak Lang pagi-pagi lagi lepas senaman aerobik. Seronok bukan main diorang cari durian. Maklumlah, budak pekan. Benda baru bagi diorang la gitu. Saya ni, mak suruh kutip durian luruh kat laman rumah pun rasa malas nak mampos, hehehe.

Pukul 4.25 petang kami bersiap-siap untuk balik semula ke Kota Lumpur. Sampai sekolah jam 5.25 petang. Parent masing-masing dah menunggu. Sebelum tu saya dihujani dengan panggilan telefon bertanyakan perihal anak diorang, sebab henpon bebudak ni kena amek masa hari pertama camp. Bila dah nak balik baru dipulangkan.

Sampai sekolah, kami bertiga tunggu bebudak semua balik.

Sesambil menunggu, kita posing duluuuu!


Ok lah, sekian je la kesah honeymoon saya di Janda Baik. Esok nak ke Cameron Highland pulak. Kursus Kepimpinan untuk Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan pulak. Pray for my save journey.

Assalamualaikum!









Jiwa sangat kacau...


Sampai Kak Zie tanya siang tadi kenapa muka saya nampak runsing.


Huhuhu.

Dah Balik!

Dah balik dari Janda Baik. Terlalu banyak gambar dan cerita.



(Saya baru tau cara guna timer setelah menggunakan Canon Ixus selama hampir 2 tahun, huk huk!)


Layan je la dulu gambo intro. Takde mood lagi nak bercerita.



Tu la, orang tua-tua kata jangan suka sangat nanti duka, huhu!







This is a quick update. Saya tengah macam lipas kudung pack barang-barang ni. (sempat lagi bukak blog tu, hehehe). Asalnya nak pack semalam. Tapi saya tertido dari pukul 9.30 - 3.30 pagi. Tersedar je terus iron baju nak keje esok, keluarkan baju yang dibasuh dari washing machine dan solat Isya'. Then tido balik.



Sekejap lagi nak bertolak ke Janda Baik. Tak sempat nak balas komen-komen lagi. Balik nanti saya balas yer.



Here we go.... CAMPING! :)


_____________
Selamat berhujung minggu semua.

Mengidam

Saya tetiba mengidam. Ada satu benda saya terlupa buat masa balik kampung hujung minggu hari tu.

Saya lupa makan mempelam muda cicah garam. Slurp!!!!

Mesti dah habis mempelam ni nanti. Lambat lagi saya akan balik kampung nih... Sempat amek gambonye aje aritu, huk huk.


Durian, rambutan saya sempat makan. Memang dah plan nak amek mempelam muda tu di pokok dan makan sambil menonton Jangan Lupa Lirik. Tapi ntah macam mana lansung lupe hingga ke Ahad.



Orang tak mengandung pun boleh mengidam. Huhu. Oh ya! Tahniah buat Nurul, yang katanya dah berisi dengan segumpal darah. Fuiyooo! Cepat hang ek Nurul. Itu pun bukan dia bagitau direct. Saya yang teka sebab katanya semalam pergi klinik. Kalau sakit pun rasanya sempat lagi tunggu hari esok baru nak jumpa doktor kan, hehehe. Hanya kes-kes tertentu je yang buat kita tak sabar-sabar nak jumpe doktor, ehe.


?????

Semalam sampai KL jam hampir 10 malam. Ambil taxi dan terus sampai ke rumah. Nak sampai cepat sebab ingatkan ada GHOST di 8TV tu. Tapi elok sampai Nor kata dah takda. Maknanya episod minggu lepas tu adalah last episod. Ahhh, will be missing Zack Imran, hehehe.


Tadi selepas habis sekolah, ada meeting guru-guru yang mengajar Tingkatan 3 dan 5. Meeting dengan pentadbir-pentadbir. Macam biasa la, guru diminta buat bengkel la ape la untuk mengembalikan keinginan pelajar untuk datang ke sekolah. Kononnya ada pelajar yang diminta memberi pendapat, meraka kata, di sekolah guru hanya bagi kertas soalan, bagi masa untuk jawab, kemudian bincang. Menurut mereka, macam tu mereka boleh buat sendiri di rumah. Pooodacit! Ye sangat la korang rajin nak buat kat rumah.


Tapi disebabkan student adalah pelanggan, jadi kita kena la menerima dengan hati terbuka. Jadi guru-guru diminta menyediakan soalan dari pelbagai negeri dan sekolah-sekolah lain untuk dijadikan latihan semasa bengkel.


Di sini timbul satu isu. Kak *** bersuara, mengatakan memang susah untuk dapat soalan dari negeri-negeri lain terutamanya soalan-soalan dari sekolah berasrama penuh. Selepas habis dia cakap, saya angkat tangan. Pengetua pun bagi izin untuk saya bersuara.


Saya pun dengan penuh yakin berkata bahawa, soalan-soalan itu dengan mudahnya boleh didapati dari laman web Sms M*uzaffar Sh*ah. Ada banyak soalan-soalan dari sekolah berasrama penuh di situ. Kak Yana pun mengiyakan sebab dia pun ada donlod soalan di situ. Lepas tu saya pun duduk.


Pengetua pun dengan segeranya telah mengamanahkan saya dan Kak Yana untuk mengumpul soalan-soalan yang ada dan di'cd'kan. Huhu. (padan muka. sapa suruh expose diri. kan dah dapat keje :p)


Lepas meeting tetiba saya rasa tak sedap hati. Saya takut Kak *** terasa sebab tadi dia menegaskan memang susah nak dapat soalan begitu. Saya pulak boleh dengan penuh yakin bangun dan bagitau soalan-soalan dari sekolah-sekolah berasrama penuh itu senang saja untuk didapati.


Aduhhhh, gi mana sih! Ni yang malas nak bersuara masa meeting ni. Tujuan kita untuk memberitahu dan berkongsi tapi takut disalah anggap untuk memandai-mandai dan tunjuk pandai. Aduiyai!








:-)

Hurm, hari ni dah 16 Julai 2009. Genap 3 tahun usia blog saya yang kaler hijau ni. Di awal-awal dulu saya rajin juga tukar-tukar template. Try to alter the coding la ape la. Lepas saya jumpa wallpaper hijau ni saya dah malas nak tukar. Dah 2 tahun menggunakan template hijau dengan header ayam menyeberang titi ni. Dapat gambar ayam tu dari email. Saiznya besar, sedaya upaya, cut sana sini untuk fit dengan template yang dipilih. Dulu pandai juga betul-betulkan coding ni, sekarang rasanya dah tak pandai pulak.

Biarlah, sayang dengan template yang ada ni. Saya kan setia orangnya :p


Saya mula berblog pada December 2004 setelah diperkenalkan dengan blog oleh Nurul. Sekarang Nurul pun dah slow berblog. So tolak, tambah, darab, bahagi, kuasa dua, kuasa kuda, dah hampir 5 tahun saya bergelar seorang blogger. Blog awal saya berkisar tentang kisah hidup di USM je, lepas tu ikut suka saya je la nak merepek meraban. Tapi jarang berupdet sebab tiada internet connection di hostel. Kalau nak updet dan baca blog kena ke cc.


Lepas tukar blog, saya dapat berkenalan dengan Kak Aminbakish, Kak K Wasabe dan Kak Luna. Tiga-tiga ni saya pernah jumpe. Saya, Kak Aminbakish dan Kak K Wasabe jumpa kali pertama di puncak Bukit Larut, Taiping. Ni 1st time saya berjumpa secara real dengan blogger.


Kak Aminbakish pun penah datang rumah saya lepas tu :) Kak Luna juga muncul tak lama lepas tu. 1st time jumpa, Kak Luna datang rumah saya. Tak susah memperkenalkan membe blog pada mak. Saya cakap je, "Mak, ni membe blog". Hehehe. Mak pun dah lali dengar perkataan blog. Sebab saya selalu juga bercerita tentang membe-membe blog pada mak.


Kadang-kadang dengan kawan-kawan pun saya cerita. "Ada sorang membe blog aku tu...bla bla...". "Aritu membe blog aku bla..bla bla...". Macam blogger tu kenal je saya. Tapi saya tetap membahasakan semua blogger yang saya baca blognya sebagai "membe blog aku".

Oh, Ya! Kak Wan pun penah jumpe. Saya pernah pergi beraya rumah dia :) Juga pernah ikut join program yang Kak Wan selalu war-warkan kat blog dia. Tak terkecuali geng Msjbox : Brother Kasawari, Shai, Junaidix. Tapi sekali je pernah jumpe diorang ni sebab saya jarang ikut serta aktiviti Msjbox ni. Saya ni kan pemalu orangnya, wahahaha.


Tak ramai blogger yang saya jumpe face-to-face. Jeles juga tengok sesetengah blogger yang selalu jumpe antara satu sama lain tu. Kiranya ada satu koloni kawan-kawan yang di luar kawan-kawan sekolah dan kawan sekerja.


Dulu-dulu saya tak letak lansung muka saya di blog. Lebih selesa dengan gambar id yang membelakangkan kamera tu jer. Tapi sekarang dah tak segan silu expose muka sendiri sejak senang nak snap pic menggunakan kamera digital 2 tahun yang lalu :D


Saya dah ok sekarang. Dah tak tenseion. Keje yang bertambun segala bagai tu dah semakin berkurang dan hilang. Tadi saya cakap kat Nora, PEKA Kimia saya dah settle. Rasa macam beban setinggi Gunung Everest tu dah hilang terbang, hehehe.


PEKA Kimia dah settle, Kuiz Kimia Kebangsaan dah settle, stapler soalan intervensi SPM dah buat (Thanx to Aishah, lab assistant yang tolong saya stapler soalan), borang-borang untuk bengkel di Cameron Highland pun dah setel. Fuh, lega kepala hotak ni.

So esok boleh balik kampung dengan lapang dada, Insya Allah.

Ok lah, nak pack beg dulu. Chow!




_____________
Thanx kepada yang sudi singgah baca blog saya ni. We are frens forever :)





:-(


Aduhhh, tetiba rasa sangat down.

Rasa tension.

Banyak keje tak siap lagi.

Keje-keje pengkeranian, type senarai nama pelajar yang ikut camping, PEKA Kimia, Kuiz Kimia Kebangsaan, Stapler soklan exam, sediakan soalan-soalan latih tubi SPM.

Masalah dalaman diri sendiri.

Sangat tension rasanya.

Agaknya ni la rasanya ada blogger yang sampai nak tutup blog kot kan?





____________
Tiba-tiba rasa macam kosong. Tolong Ya Allah, plz don't leave me alone...

Melawat Khalifah Baru


Petang tadi selepas sekolah, kami ramai-ramai yakni seramai 8 orang guru pompuan sumer telah pergi ke rumah Kak Sue di Taman Ehsan, Kepong. Melawat Kak Sue yang baru melahirkan anak ketiga beliau. (ape-ke-hey-nye ayat aku skema ni?)

Ini anak ketiga Kak Sue dan tiga-tiga dia dapat hero.



Oh, ya! Hari tu kawan saya, Salwa, kira tahun jangkaan kawen untuk saya berdasarkan tarikh lahir saya. Tahun-tahun jangkaan kawen saya adalah 2010, 2013 dan 2017.


2010? Tahun depan? Uuuuu, takot la plak.

2013? Hurm, lagi 4 tahun, masa ni umo saya 30.

2017? Lagi 8 tahun. Masa tu umo saya 34. Gile ah! 2017 tuuuuuuu. Masa ni sikit lagi nak capai Wawasan 2020. Hahahaha!



Apo-apo je lah :p

Sabtu -- seperti yang diberitahu, sekolah saya ada LDP. Ada 2 slot ceramah, semua pengetua yang bagi. Tapi yang best LDP kali ni, kami ada aktiviti makan durian beramai-ramai. Sape nak makan, dah dikutip duit awal-awal RM10 seorang. Maka berkenduri la kami makan deghoyan!


Ahad -- saya memaksakan diri ke Low Yat. (Saya memang tak suke pegi loyat ni. Runsing!) Beli laptop untuk adik. Minah ni nak DELL jugak.Tak nak jenama lain. Sabo je la! Saya terpaksa juga meminta bantuan Ina dan tunangnya, Hafriz, kerana saya adalah seorang yang tidak punyer ilmu yang banyak tentang bab-bab komputer dan gadget bagai ni. Akhirnya saya beli DELL Studio. Kononnya dah jadi budak grafik sekarang ni, nak laptop yang ada spec grafik yang bagus la ape la. Nasib baik ada Hafriz, dia kata ok, saya ok je la.



"Ok, tokey, kasi bungkus ini laptop!".

Saya ambil warna Ruby Red. Lawa.

RM2699!

Saya telefon mak, kata saya nak sponsor RM500 je, hehehe. Selebihnya mak akan ganti balik, kekekeke. Tapi free gift yang diberi saya nak rembat! :p








Baru balik dari tengok wayang citer Ice Age 3. Sangat best. Tapi di tengah-tengah cerita, boleh pulak si faresha dengan azwa tido. Sabo je la. Tapi memang lawak cerita ni. Satu panggung gelak pada part-part yang menggelikan hati binatang-binatang zaman ais ni. Saya memang ikut dari Ice Age 1 lagi.

Sebenarnya depa 2 orang ni nak tengok Transformers. Tapi saya macam tak minat la cerita robot-robot gitu. hehehe.


Hurm, dah pukul 1 pagi. Lagi 7 jam kena ke sekolah. Ada Latihan Dalam Perkhidmatan atau short formnya 'LADAP". Burok benor pulak bunyinya LADAP ni, huhu. CJ kata sekolah dia pun ada LADAP esok tapi buat di Pangkor. Bestnye. Sekolah saya ni pernah bercadang nak buat di Langkawi tapi ada pulak yang tak setuju. Terutamanya yang dah kawen la. Maybe payah kot, nak tinggal anak-anak + suami.


Hari tu ada seorang membe chat saya bagitahu dia bakal berkahwin. Pilihan hatinya seorang guru kata dia. Saya tanya la kenapa pilih cikgu. Dia kata ada 3 sebab :

1. cikgu keje 1/2 hari. Senang nak jaga anak.
2. keje konpem secure + dapat pahala.
3. senang nak ajor anak, takyah anto tusyen.



Hahahaha! Nak tergelak tahap petala ketujuh saya rasa dengar alasan dia. Terutamanya reason no.1 dan no.3.


Cuba survey berapa ramai cikgu yang ajor anak dia sendiri? Padahal ramai je cikgu anto anak dia tusyen :p Sebab tak sempat ajo anak sendiri. Cikgu keje 1/2 hari? Oh, fakta ni dah pupus sepertimana pupusnya dinasour.


Lepas tu saya cakap pada dia, takpe-takpe. Nanti tengoklah sendiri. Bila dah satu rumah dengan cikgu baru tahu adakah reasons tersebut boleh pakai atau tidak :D



Ok lah, nak tido dulu. :)





Cool Down


Pagi tadi saya masih tak mahu ambil attendance kelas saya. Waktu ketiga tadi Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas tingkatan yang saya ajar tu datang bilik guru. Saya tak perasan, tapi dengar Laila panggil saya.

"Dayah! Ni anak kesayangan ko ni datang". Sambil dia gelak-gelak.

Elok saya nampak je diorang, saya cakap...

"Nak ape? I don't want to teach your class anymore".

"Ala teacher, we are so sorry. We'll make sure class is under control next time".

"Eleh, you all said sorry thousand time but then repeat the same mistake again. Dah la, Jumaat ni saya malas masuk kelas kamu lagi. Cikgu Laila akan masuk".

"What teacher?!!! Don't la teacher... plzzz...".

Hahaha, saya tak terang habis lagi. Sebenarnya memang Laila masuk. Tapi untuk hari Jumaat je. Saja bagi dia masuk. Dia dah nak cuti bersalin. Padahal silibus saya pun tak habis lagi, hehehe. Lepas bagitahu yang betul, baru diorang tarik nafas lega. Hahaha, tau takut :p

Yang lagi best, N**vin datang jumpe saya. Boleh dia tanya, betul ke cikgu dah tak nak ajar dan nak tuka guru Kimia kelas diorang dengan Cikgu H*erliana. Tengok la bebudak ni punyer gosip. Terbabas terus dari cerita sebenar. Sabo je la aku. Masa dengar N**vin kata gitu, terus saya dapat idea untuk mengiakannya, hehehe.


"Plz teacher, don't la. Saya kan dah mintak maaf".

"Ye la N**vin, u sorang je yang datang minta maaf semalam. Yang lain takde pun". Lepas tu saya cakap, Isnin depan saya masuk kelas seperti biasa.

Rupanya minggu ni Kak Pah pun merajuk dengan kelas 5*, sebelah kelas saya tu jugak. Dua-dua kelas pandai ni yang buat cikgu merajuk. Tapi semalam satu kelas 5* tu datang berbaris tepi bilik guru minta maaf pada Kak Pah. Kelas saya? Harammmm. Setakat N**vin jer plus the class monitor and assistant.

Tak penah saya merajuk sepanjang mengajar. Ni la 1st time. Hehehe. Rasa malu pun ada :p Tak kesah lah. Yang penting kelas hari ni smooth aje. Saya buat eksperimen lagi dengan form 1. Kali ni eksperimen density. Saya kena observed sekali dengan Ketua Panitia.



Untuk memahamkan bebudak ni dengan konsep density (ketumpatan) kena la melukis sikit ape yang patut. Bila saya tunjuk gambar ni dan soal. Masing-masing nak jawab. Kesudahannya jadi bunyi langau. Last-last nak senang saya soal, saya yang jawab, hahaha.


Lepas tu saya bagi diorang buat kerja amali. Campur air, minyak, pasir dengan gabus dalam jar ni. Lepas tu tengok mana yang terapung. Lepas tu kena buat lab report dan lukis seperti yang dilihat dalam jar ni.


Tu pun ada lagi yang tanya nak lukis mana dulu? Saya cakap lukis la yang dasar paling bawah adalah pasir, lepas tu 2nd layer air, 3rd layer oil, last sekali cork yang terapung atas oil tu. Lukis jar mesti dengan pembaris. Masih ada juga yang guna free hand bila lukis radas. Pelik betul budak-budak sekarang. Cakap banyak kali pun tak faham-faham. Alasan diorang malas nak guna pembaris. Adoiyai!







Merajuk Dengan Pakwe


Saya dah banyak kali tegur. Cakap sekali tak nak dengar. 2 kali tak dengar jugak. kali ketiga pun sama. Memang tak bagi kerjasama sungguh. Hati dah panas. Kali ke-4 memang masak dah rasa.
Ni bukan merajuk dengan pakwe. Saja letak tajuk konon macam gempak.


Actually, i was completely turn off with my students. Student kelas yang saya sendiri guru kelas mereka. Nak tau kenapa?

Hari Isnin, kelas macam biasa, 2 masa. Masuk ke makmal. Saya nak sambung tajuk Redox Reaction. Sebelum mula kelas, macam biasa kelas memang sangat suka bising. Bila semua dah dapat tempat dalam makmal, saya mulakan kelas. Saya bagi handout.

Saya bukak mulut, diorang bukak mulut. Saya bukak mulut diorang bukak mulut. Saya jerit suruh senyap, baru senyap. Saya sambung mengajor. Guna visualiser, tunjuk transparency. Belum habis ayat yang saya baca, dah bunyi langau balik. Saya sabo lagi. Kali kedua...

"Kelas! Nak bercakap sangat yer? Ok, i give u 10 minutes to talk. I will silent. U talk. I listen!"

Kelas senyap. Masing-masing senyap. Ada yang pandang saya kat depan. Saya tunggu. Tak bercakap pun.

"Ha, cakap lah, cakap! Tadi nak bercakap sangat!".

Nampak dah senyap, saya sambung balik. Tak sampai 5 minit, jadi langau balik. Kali ketiga, saya pujuk cara baik. Saya cakap, "tolonglah senyap. Saya nak habiskan sikit je lagi ni. Lepas ni ada masa, awak bercakap la sampai puas". Senyap kejap. Sambung balik.

Tiba-tiba...


"Cikgu! there's monyet there!". Dengar suara sape ntah cakap. Makmal Kimia di sekolah saya berhampiran dengan kaki bukit yang ada hutan sikit. Memang ada monyet atau kera la kat hutan tu. So banyak la mata-mata yang memandang ke arah hutan tu. Saya malas nak layan. Saya sambung mengajar.

Saya membelakangkan diorang sebab nak tulis samting pada whiteboard. Bila saya pandang depan balik, saya tengok ada 3 orang dah duduk tepi tingkap tengok sama itu monyet. Ada juga beberapa yang lain pandang tingkap tu.
Korang cuba la bayangkan macam mana saya nak buat bila masing-masing dah bercakap, mulut keluar bunyi. Dengan suara saya sorang nak lawan suara ramai diorang.

Saya dah geram.


"Hey! Kalau saya tau kamu macam ni, saya memang tak hingin nak tolong kamu masa report card day hari tu. Saya ni punya la tolong cover perangai kamu, cakap yang baik-baik je tentang kamu. Memang tak kenang budi betul la!". Dah geram bercampur sebak ni.

"Muka masing-masing dah macam tikus kat tepi mak ayah kamu. Saya ni boleh lagi tolong kamu. Tapi sekarang saya nak mengajar kamu sikit pun tak bagi kerjasama. Tiap kali bising saya nak kena cakap, nak kena ingatkan tolong senyap. Ada 2 topik lagi macam mana?".

Sambil saya lempar pembaris panjang di tangan yang diguna untuk point pada transparency di skrin putih tu ke atas meja. Kelentung kuat bunyinya.
Satu kelas dah senyap. I keep on telling yang diorang memang tak kenang budi.

Saya tetiba memang rasa menyesal amat sebab terlalu baik semasa memberi komen pada hari pelanggan hari tu. Saya tak suka la nak cakap benda yang buruk pada parent diorang kan. Diorang ni kelas pandai dalam ranking sekolah. Tapi tak tau la nak cakap macam mana. Mulut semua suka bercakap. Cikgu lain pun ada komplen gitu.


Masa ni saya dah sebak dan saya rasa dah takde mood nak sambung kelas. Ada 30 minit lagi masa sebelum habis kelas.

"I have no mood anymore to continue. Memang saya dah fed up la dengan u all ni".

Sambil tu saya kemas buku-buku saya. Tarik semula transparency. Simpan marker pen. Saya blah terus keluar dari makmal. Masa keluar saya tutup pintu kuat-kuat. Gedegang! bunyik dia. Sampai tangga hujung, saya masih tak dengar satu bunyi pun dari diorang. Terkejut kot. Selama ni macam mana kerenah diorang pun saya tak pernah keluar kelas. Tahan kan aje. Kali ni memang tak tahan.


Sampai bilik guru. Saya letak buku. Saya nampak Kak Zie. Pegi kat tempat Kak Zie, terus menangis depan Kak Zie. Memang serius sedih giler. Rasa sedih sebab kita sungguh-sungguh nak ajar tapi student sikit pun tak nak bagi kerjasama. Memang la ada yang tak bising. Tapi bila ada 4,5 orang yang tak bising berbanding seluruh kelas yang seramai 39 orang tu bukak mulut, macam mana nak mengajar?

Saya tak tau la bebudak sekarang ni apa yang diorang pikir. Sebab saya tak garang? Saya malas la nak denda-denda ni sebab diorang dah Form 5. Bukan budak-budak. Tak lama tu, Ketua Kelas diorang cari saya. Dia tak perasan saya kat meja Kak Zie tu sebab tersorok sikit. Kak Zie yang cakap dan sound diorang.

Pagi tadi saya malas nak pergi ambil attendance kelas saya tu. Saya suruh Azwa ambilkan. Hari Jumaat ni ada kelas lagi dengan diorang. Saya suruh Laila masuk. Kebetulan dia dah nak cuti bersalin, nak habiskan silibus. Saya takde mood nak tengok muka diorang semua.


Pagi tadi lepas perhimpunan, N**vin datang jumpe. Dia ucap terima kasih. Saya tanya terima kasih untuk apa? Dia kata pasal cakap yang baik kat parent dia masa parent dia datang jumpa saya. Lepas tu dia cakap sorry pasal semalam.

"Dah la N**vin. U cakap kat kelas u, i dah malas nak ajar kelas u. Bagitau diorang saya akan fotostat nota 2 chapter terakhir tu dan saya tak nak ajar. Lepas ni masuk kelas saya nak buat latihan revision je terus. Malas dah, malas dah nak layan u all".

Masa tu dalam bilik guru. Saya buat-buat bizi belek buku. Dia masih tunggu lagi kat tepi saya. Lepas tu saya cakap, "dah la N**vin, u pegi balik kelas". Saya tak pandang pun muka dia. Mata dah bergenang ni. Tak tau la kenapa. Saya memang rasa merajuk giler dan sedih dengan kelas tu.

Laila nampak N**vin jumpa saya. Laila kata kalau dia marah kelas tu pun N**vin yang akan selalu datang minta maaf. Tak tau pulak saya. Lepas Laila kata gitu rasa kesian pulak kat N**vin. Mungkin esok kalau terjumpa N**vin saya akan appreciate dia. Setakat tadi, tiada seorang pun di kelas tu yang datang minta maaf pada saya selain N**vin.

Dulu cikgu kelas saya pernah merajuk jugak. Satu kelas group by group datang mohon maaf. Tengoklah esok lusa macam mana. Saya macam dah tawar hati dengan diorang. Isnin depan kena juga la masuk kelas macam biasa. Saya memang rasa.. isk, ntahla, tak reti nak luah. Tapi yang pasti saya malas dah nak senyum dan layan diorang. Nak masuk, bagi latihan, dan bincang. No more smiling for that class. I will try. Sampai hati saya sejuk sikit.

Saya cerita pada beberapa guru yang ajar kelas saya tu. Kak Ena pulak kata, biarkan, sesekali kena ajar diorang tu. Biar diorang rasa.







________________
Anda boleh cakap that i am a bad teacher. Never mind. Saya memang a bad teacher sebab meninggalkan kelas begitu sahaja.

My Wikend

3 July -- Sekolah ada Hari Pelanggan. Hari tanda tangan report kad pelajar. Parent semua datang. Kalau dapat parent yang bagus, takda banyak komplen. Yang bagus akan tidak menyalahkan guru semata-mata atas ketidakpandaian anak masing-masing. Ada rakan-rakan saya yang kena sembur dengan parent. Tak puas hati itu la ini la. Yang peliknya masa mesyuarat PIBG tak nak pulak datang. Kalau tak, boleh la ko cakap ape yang tak puas hati kan. Ni pandai cakap jer. Tapi mesyuarat tak nak attend. Pigidah!


Kelas saya, Tingkatan 5M, Alhamdulillah. Parent tak banyak songeh. Siap marah anak diorang lagi. Tapi yang nakal-nakal tu nampak takut je masa sesi berdepan dengan guru. Takut saya bocor rahsia kenakalan diorang dalam kelas la tu. Saya bagitahu juga, tapi still cover la jugak. Tengok, kita cikgu tetap ada rasa kesian kat diorang. Dah muka macam tikus dok tepi parent tu sambil pandang muka saya takut saya pecah lobang, hahaha.


Irya*n, sorang student kelas saya tu kata, cikgu nampak muka tension.

"Cikgu, relax cikgu rilex...". Kata beberapa orang lagi.

"Hehehe, muka saya nampak tension ke?". Tanya saya lagi.

Bukan tension apa, cuma takut dapat soalan yang tak mampu saya jawab dari parent diorang ni. Parent diorang dah la super senior dari saya. Kerja pulak golongan profesional. Siapalah saya kan. Sekadar seorang guru biasa. Tapi budak-budak kelas saya ni nasib baik la semua ok. Diorang selamba jugak dengan saya, mungkin tak rasa macam cikgu tapi rasa macam kakak diorang je kot. Kadang-kadang rasa macam kita yang kena buli. Sabo je la.


Lepas Hari Pelanggan saya dan Nora terasa nak hang out. Ajak Nora pegi makan. Nora ajak makan kat Pantai Dalam. Kedai ape ntah. Kedai tepi jalan je. Tapi not bad la. Sedap dan puas hati.

Menu fav saya kalau pegi kedai makan, nasi putih, kerabu sotong dan kailan goreng.

Menu utama kedai ni ayam panggang. Kalau tengah lapar semua jadi sedap. Nyum! Nyum!


4 July -- Saya ke sekolah malam Jumaat dan tido terus kat sekolah. Teman Kak Yana jaga budak camping KRS. Tengah hari Sabtu saya balik rumah semula. Petang tu saya dah janji dengan Waida nak buat bekam lintah. Waida yang teruja nak buat bila tau saya pegi buat.




Seronok tengok lintah-lintah pada muka Waida. Besaq-besaq dan kenyang-kenyang semuanya. Saya punya takde la besaq macam lintah Waida. Abang kedai tu kata depend pada darah seseorang. Kalau banyak darah kotor, banyak la dia hisap. Wah, maknanya saya ni kurang la darah kotornya. Mungkin berkat mengambil produk makanan tambahan yang bagus, kekekeke. Dengan izin Allah juga.

Sebenarnya tangan kanan saya sakit ni. Maybe sebab hari Rabu hari tu saya pergi kedai runcit depan rumah, beli Minyak Masak Seri Murni 5 kilo, 1 botol besar sos tiram, sekilo tepung, bawang merah 2 kilo dengan beberapa barang dapur lagi. Jijit minyak dengan sos tiram tu di tangan kanan straight dari kedai naik ke tingkat 3 rumah. Esoknya tangan dah rasa lain macam. Minta Nora urut. For sure la salah urut kan, lagi sakit dibuatnya.

As, my housemate kenal sorang makcik tukang urut tu. Saya pun berjanji dengan makcik tu nak urut. Pergi umah dia. Pagi tadi bangun tido dah ok sikit. Takde la sesakit giler macam 2 hari lepas. Saya nak sikat rambut pun tak boleh, nak pakai baju, nak tanggal baju pun seksa rasanya. Apatah lagi nak pakai br*, hahahaha.



Eh, ok lah. Dah banyak sangat membebel.



Cau Cin Cauuuuu!

Katakan Tak Nak!

Hari ni sepanjang hari saya mengajar di makmal je. Buat eksperimen untuk 2 kelas. Form 1 dan Form 2. Form 2 buat eksperimen solubility. Eksperimen ni kena masukkan dalam Fail PEKA (Penilaian Kerja Amali). PEKA yang ntah-hapa-hapa. Takda maknanya buat PEKA ni. Buang masa jer. Budak tak buat cikgu yang akan disalahkan. Hampeh!


Ni kelas Form 1. Saya baru je take over kelas ni 2 minggu sebab ada pertukaran jadual waktu yang baru. Sekarang saya dah tak ajar Geografi. Yahooo. Bukan tak suka Geografi, suka. Tapi Geografi ada Kerja Khusus macam folio tu. Agak menyusahkan la berbanding buat eksperimen sains, ehe.

So tadi saya buat eksperimen mengkaji kandungan asap rokok dengan budak-budak Form 1 saya ni.

Comey pulak budak tu buat aksi tutup muka tu. Saya tak hafal lagi nama diorang ni. Maklumlah baru 2 minggu berkenal-kenalan dengan diorang ni.



Yang warna coklat pada kaca tu adalah tar dari asap rokok. Mula-mula saya guna rokok jenama Sempoerna. Kapas dan kaca takde la jadi coklat sangat. Lepas tu saya tuka rokok jenama Dunhill. Tu diaaa, cepat je seluruh kapas jadi brown. 2 batang saya bakar rokok Dunhill tu. Temperature memang naik dengan mendadak. Rokok Sempoerna naik 5 darjah celcius dari suhu bilik yang asal 30 darjah celcius. Sekali pasang Dunhill terus naik 42 darjah celcius. Siap tar tu jadi cecair lagi. Bau pun busuk amat.



Lepas tu saya cakap kat diorang,

"Ok kelas, kalau u nak hisap rokok, hisap yang jenama Sempoerna sebab kurang tar berbanding jenama Dunhill".


Sekian kelas kita pada hari ini.



Hahahahaha!




_______
Amaran Kerajaan Malaysia merokok membahayakan kesihatan!

Followers