#499

Hari Ahad, attend majlis bertunang Kak Sue. Kak Sue kawan baru yang saya dapat semasa saya berulang-ulang mendapat rawatan gigi di Taman Tun. Dia keje kat klinik tu :)

Kak Sue ni jugak berkawan dengan Ida kawan saya semasa sekolah dulu. Dunia memang kecil :) Kami pakai selekeh giler sebab Kak Sue ni cakap majlis makan-makan je. Kami ingatkan kot majlis sambut ari jadi ke kan :p


Hari Selasa malam pergi tengok Gema Zafana, persembahan tarian zapin di Istana Budaya. Best. Rasa nak belajar zapin pulak :p Suka scene majlis perkahwinan. Rasa nak kawen pulak. Sesambil menonton tu sempat la berangan, kuikuikui :p


Tiada sese autograf dan fotografi dengan Ramli Sarip, Azlina Aziz dan Dato' Rahim Razali. Sekali kami nampak Pak Aziz Satar. Tangkap je la gambo, hehehe.

Dah start nak merepek semasa bergambo :D


Baru balik dari tengok AVATAR tadi ni. 5 bintang. Berbaloi beli tiket wayang.
Wah wah wah! Blog dah bersawang seminggu.

Nothing to share and nothing to write.

Hanya nak tulis yang saya kalah Princess Kebaya Contest, kuikuikui :p

Princess Kebaya Contest ;)


Saya nampak Fiza membe saya join contest ni. Sekali tengok hari ni tarikh tutup, jam 12.15 tengah hari lak tu. Sekarang ada lebih kurang 15 minit lagi sebelum contest tutup.

Wawa, hope awak sudi terima kemasukan saya dalam contest ni, hehehe. Saya mempertaruhkan gambar di bawah ini, hehehe.



Kebaya ini dipakai semasa Hari Raya Aidil Adha tahun 2007. Kebaya labuh paras lutut. Kain jenis cotton dan bersulam. Dipakai bersama kain songket hitam bersulam kuning keemasan.



Wawa, Saya sudah add link blog awak ke blog saya dengan banner di sidebar sekali :)




White Water Rafting and Kellie's Castle [13.12.2009]

Hari Ahad lepas pergi buat White Water Rafting di Gopeng Rain Forest Resort. Buat dengan kazen saya, min dan kawan min, Bulat namanya :D

Here are our pictures. But still waiting the other pictures from the Riverbug Crew.


With our raft master, Senz namanya, orang Sabah. This activity will cost you RM150. Lunch disediakan. Sangat lapo lepas main air sungai ok :)


Pukul 3 petang gerak balik ke Manjung. On the way di Batu Gajah, kami singgah Kellie's Castle. Saya tak pernah jejak kaki lagi ke bangunan sejarah ni. Ini 1st time.


Berlatarbelakangkan Pokok Beruang. Pada batang pokok tu nampak figure seekor beruang yang memeluk pokok tu.


Takde keje :p


Esok akan pulang ke Kuala Lumpur semula. Ada urusan Seri Paduka Baginda. Agak malas, tapi I have to in order to gain experience and improve myself :)




Esok Balik Kampung :)

Hari ini Selangor cuti. Saya yang bercadang mahu ke Mid Valley untuk mencari buku sedikit mengeluh membayangkan Mid Valley pasti dipenuhi dengan ramai manusia. Baru berangan mahu bergerak dengan aman di Mid Valley tu, huhu.


Pada mulanya, mahu beli dua buku je, New Moon dengan Eclipse karya Stephenie Meyer, tapi terbeli banyak pulak sampai dapat 3 voucher MPH. Siapa biasa beli kat MPH tahu la berapa nilai wang yang akan dapat voucher ni. Takpelah, beli buku, dapat simpan sampai bila-bila melainkan bila anai-anai ada. Balik kampung ni nanti saya nak mengemaskini rak buku dalam bilik saya tu. Sebab Mak kata ada anai-anai. Saya amat risaukan keselamatan buku-buku saya di rak dalam bilik saya tu.



Lepas beli buku, kebetulan Suma, junior saya yang sama-sama jaga exam dengan saya tu datang ke Mid Valley. So kami pun lunch sama-sama. Lepas tu pergi posing-posing kejap di celah-celah orang ramai yang mengerumuni decoration set sempena perayaan Christmas.



Saya dapat pelepasan awal menjaga exam SPM. Sepatutnya saya ada lagi satu sesi hari Rabu depan (16/12/2009). Saya ada gap 5 hari sebelum ke tarikh tersebut dan saya memang sudah beli tiket balik ke kampung. Tiket balik ke KL semula hari Selasa 15/12 tu juga sudah siap dibeli. Sekali ketua kata, saya tak perlu datang Rabu nanti. Sebab dia kata saya dah balik kampung, tak kan la nak balik KL semula. So ape lagi, Yahooooo! :D

Sepanjang saya menjaga exam, saya berjaya mengkhatam 3 buah buku.


1. Quranic Law of Attraction
2. Membongkar misteri Dajjal
3. Twilight

Nasib baik dapat ketua yang sporting. Tak kisah jika kita baca buku. Cikgu-cikgu Chinese yang satu group dengan saya tu pun baca buku sambil mengawas exam. Calon-calon sekolah tu pun ok, baik, tak buat hal. Senang keje kami :)


Esok pukul 10 saya nak balik kampung :) Tapi akan terus ke Manjung dulu. Insya Allah hari Ahad nak buat water rafting dengan sepupu dan seorang kawan di Gopeng.

Petang Selasa lepas saya ke Istana Budaya, ajak As teman saya. Cadangnya mahu beli tiket Gema Zafana. Dah plan nak tengok dengan Azwa, Faresha dan Kak Zi. Tapi bila sampai kaunter katanya tiket belum keluar lagi. Diorang nak habiskan Natrah dulu. Dia suruh saya cek di website nanti. Walaupun tak dapat tiket, tapi berbaloi sebab masa beratur di kaunter tiket, depan saya tu Ummi Aida.

Saya terus tegur dia. "Hye Kak Ummi, semalam saya tak sempat pun amek autograf".

"Ye ke?"

"Yer la, kan VIP tu dah tunggu..".

"Tu la, tapi takpe, meh la kalau nak amek gambar".

Wow! Ape lagi, amek je la, hehe.

Ummi Aida sangat cantik in person. Dalam gambar kelihatan kurang cantik, tapi the real punye, cantikkkkk wooo!



Selamat bercuti untuk saya :) [cikgu-cikgu lain di Tanah Melayu ni dah lama bercuti, saya ni baru nak cuti yang betul-betul cuti] :)





Natrah


Menonton teater Natrah semalam dengan Faresha dan adiknya. Orang sangat ramai, sampaikan buku aturcara tu habis. Ingat petang ni nak pegi Istana Budaya kejap, nak pi beli. Semalam sempat beli buku Natrah hasil tulisan Fatini Yaacob tu jer.


Kami beratur panjang giler untuk ambil autograf dan bergambar dengan barisan pelakon. Elok-elok turn saya dan yang di belakang saya, semua dihentikan. Body guards tu stopkan pasal pelakon-pelakon ada majlis makan malam pulak dengan VVIP. Nasib badan la dapat show yang dihadiri VVIP. So artis tak boleh le nak tunggu lama di meja autograf. Sabau je la. Dah la peminat-peminat ni bayar tiket kan, lain la VVIP tu sure free punyer :p


Snap dari jauh je lahhh :D


Ok lah, hari ni saya off jaga spm. Esok dan lusa sambung balik. Petang nanti nak menemankan As pergi bank negara, dia nak tukar note RM50 7 keping yang dimakan anai-anai, hehe.

Teluk Batik

Mula-mula saya bercadang mahu attend kenduri kawen 2 orang rakan saya di Kedah. Sorang di Alor Setar, sorang lagi di Jitra. Hari ahad pulak kawan jemput kenduri kawen abang dia di Tasik Titiwangsa. Semua tu saya tak pergi, sebab family kata nak berpicnic di Teluk Batik. Saya rasa saya pilih untuk join family first lah.

Sayang juga tak dapat attend kenduri kawan-kawan tu sebab setakat ni hampir 90% kawan yg kawen saya attend, hehehe.



Hari Jumaat, dari KL saya naik bus ke Manjung. Hari ahad balik semula ke KL. Jaga xm SPM seperti biasa minggu ini.


[Kenapa saya rasa dunia blog semacam semakin malap je ek? Ramai yang dah tak update blog masing-masing. Untuk saya pula, saya update saja la. Dah terbiasa, kekeke ;p]




Aku Dah Jatuh Hati Sama Edward Cullen :p

Hari Khamis, saya off jaga SPM. Saya pergi sekolah pagi tadi sebab saya antara salah seorang guru yang masih tidak key in markah peperiksaan akhir tahun, hehehe. Giler teruk kerja saya di hujung-hujung tahun ni. Malasnya menggila pulak. Siap PK 1 call dan pengetua sms suruh datang sekolah, ngeeee :D

Tapi tadi semua sudah beres. Dah jumpe pengetua semua :D Lepas keje semua settle, saya dah berjanji dengan Faresha nak pergi beli tiket Teater Natrah di Istana Budaya. Bila sampai, semua tiket yang harga RM70 semuanya habis di'booked'. Sabau je la. Yang tinggal tiket harga RM30 jer. Di bahagian Upper Circle. Upper Circle pun Upper Circle lah! Saya ni dah la agak rabun. Spek yang ada tu pun dah tak mampu memfokuskan imej tepat pada retina saya, hehe.

Ada orang kata Natrah best, ada pulak yang bagi 2 bintang je. Kita tengok je lah sendiri nanti hari Isnin depan.

Dari Istana Budaya saya dengan Faresha ingat nak pergi cari buku The Twilight Saga, ada 4 semuanya. Ini gara-gara menonton filem New Moon semalam la, setelah dipengaruhi juga oleh Azwa yang telah menceritakan kehebatan novel dan filem adaptasi dari novel tersebut.


Akhirnya saya berjaya memiliki Twilight dan Breaking Dawn, siri pertama dan yang terakhir. Siri ketiga, Eclipse, takde pulak kat MPH 1 Utama tadi. Siri kedua New Moon pulak saya tak ambil sebab bila kira-kira jumlah harga buku yang sudah ada di tangan memcecah 200 lebih.

Saya ambil dua buah buku PTS. Dapat borang pertandingan buku PTS sekali, boleh ler masuk pertandingan. Lumayan juga hadiahnya.




Esok sambung jaga SPM. Paper Seni. 3 jam. Rilex jer. Budak-budak melukis kan. Sesambil tu boleh la menjamu mata tengok lukisan diorang :)

Esok juga pukul 3.30 petang naik bas ke Manjung. Doakan semuanya selamat dan smooth esok :)


Update Untuk Elak Sawang :p

Hari raya Aidil Adha yang seronok. Semua balik rumah saya di kampung. Kami buat korban, masak ramai-ramai, attend kenduri kawen sepupu, mandi sungai belakang rumah, petik Roselle, kutip durian, makan durian, rambutan, manggis, langsat, pulasan dan segala-gala macam buah lagi.

Semua gambar ada di fesbuk :D



Kat sini ada gambar alam semulajadi di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Secara tak sengaja kami tersesat ke sini masa nak isi minyak. Saya dan Kak wanie (sepupu) je masa ni. Kami balik awal dari rumah kenduri tu sebab nak kena hantar adik angkat Kak Wanie naik bus di Ipoh nak balik ke Matrik Kedah.



Cadangnya Jumaat ni mahu ke Kedah. Ada dua kenduri kawen membe ari Sabtu ni nanti. Satu di Jitra, satu lagi di Alor Setar. Tapi family pulak ada buat picnic ramai -ramai di Lumut. Rasanya saya akan join yang family lah. Family first lah!




Raya Haji 2009


Raya datang lagi!!! :)


Saya cuti sampai Isnin. Selasa baru start SPM semula (bagi pelajar sastera la. Pelajar aliran sains, ari Isnin depan dah start xm).


Layan gambar lemang lah yer :)



Tukang masak lemang profesional! Abah saya.


Selamat Hari Raya Aidil Adha semua :)
Maaf Zahir dan Batin.







Kawen Zalin 21.11.2009

Jumaat lepas, ada satu paper EST di mana seorang calon sahaja yang ambil. Sebagai Timbalan Ketua Pengawas saya kena juga menghadirkan diri. Exam habis pukul 11. Saya balik rumah, rehat-rehat, jam 5 petang keluar ke Hentian Duta. Bus saya ke Kuala Kangsar jam 6 petang.


Saya balik sebab nak menghadirkan diri ke kenduri Zalini. Kawan satu kelas dari sekolah rendah lagi sehinggalah tingkatan 5. Dulu zalin ni ala-ala tomboy, hehe. Kawen jugak ko Zalin, yer, hehehe. Tahniah! Tahniah!


Gambar-gambar ini semua ditangkap oleh adik saya menggunkan NIKON D60. Saya memang nak suruh dia shoot foto kahwen. Tambahan pula, sem depan dia start buat pengkhususan fotografi.

Zalin ni ambil jugak khidmat fotografer. Sekali pakej dengan make up, baju dan pelamin. Isterinya tukang make up, tok lakinya tukang amek gambo. Tapi macam hampeh. Gambo semua skema. Lepas tu masa dia nak shoot dalam bilik, siap tak bagi kami kawan-kawan ni masuk lagi. (nampak sangat tak profesional :p) Dengan gambo outdoornye takde. Asek gambo pengantin berdua je, tanpa ada gambar orang lain bersama pengantin. Ape kes? Skema nak mampos.




Lepas keluar bilik tu, baru dia bagi kitorang nak ambil gambar sendiri dengan pengantin.

"Tadi gambo daring sikit dalam bilik". Kata suami mak andam tu.

Saya pun tanya zalin, "daring bebenor ke?"

"Tak daring lansung!". Kata zalin dalam nada berbisik.

"Haaa, lepas ni kita buat lagi daring, hahaha".

"Oraittt!"

Saya dengan Ida je yang datang kenduri ni dan tunggu sampai habis. Nasib kami la sebab takde komitmen lain lagi. Yang lain mostly dah kawen dan tak dapat datang. Rozy ada la datang dengan husbandnya. Tu pun tak lama, lepas makan, jumpe kejap, dia pun beransur balik... Dia tengah peknen 4 bulan sekarang.

1st time saya ulang makan dua kali di kenduri kawen. Maunya tak. Masakan kampung, masak sendiri ramai-ramai, bukan kontrak. Ayam goreng cicah air asam, keladi masak lemak (fuh! favourite saya tuh!), kerabu pucuk paku bersama perut lembu.. kecur air liur beb! Semua tu kesukaan saya, hehe.


Ok lah, esok kembali bertugas menjaga SPM semula. Sampai rabu. Lepas tu ada gap sampai 30hb. Rabu ni saya balik kampung lagi :)

Old Fren From Old Town

Hari ni sangat smooth. Paginya saya pergi ke SMK VI, menghadiri taklimat Pegawas SPM. Dan dengan bertuahnya telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengawas. Saya terima dengan hati terbuka. Be positive! :)

Lepas meeting, saya balik semula ke sekolah, masa tu dah jam 11.30 pagi. Saya kena ke sekolah untuk settlekan apa yang patut.

Balik sekolah ada temujanji dengan dentist. Ada lagi 3 gigi kena tampal. Hujan sangat lebat petang tu. Rasa memang malas nak pergi klinik gigi. Tetapi memandangkan saya dah tak boleh tangguh-tangguh lagi, saya gagahkan diri pergi juga.

Ikutkan hati saya dah malas nak buat filling gigi ni. Tak tahan mesin gerudi gigi tu.

"Good evening!". Kata Tuan Doktor.

"Ya, Good Evening.."

"So hari ini tampal lagi tiga yang terakhir".

Saya cakap, "Doc, boleh tak saya nak buat satu jer?"

Dr. Yeoh hampir terduduk mendengarnya. Haha. "Buat habis laa.."

"Doc, saya tak tahan la. Sakit la kena mesin gigi. Lepas tu nanti tak boleh makan for 24 hours".

"Mana boleh tak makan 24 hours. You tak boleh makan benda-benda keras saja...".

"Mana ada makanan yang tak keras sekarang".


" You makan bubur la, haha. Takpe, takpe, you habiskan 3 lepas tu tak payah datang lagi dah".

Saya sebenarnya memang nak habiskan je. Tak larat dah nak datang klinik. Entah apa miracle hari ini, saya tak rasa sakit lansung masa rawatan.

"Ok finish! See you 6 bulan lagi".

"Wahhh, it's miracle! I don't feel hurt at all". Then Doc ketawa and say good.

Lepas bayar, jam hampir jam 5 petang. Saya tunggu Kak Sue dental nurse kat situ habis kerja. Kitorang nak pergi lepak-lepak sambil makan-makan. Kak Sue ajak makan di Kozee Cafe. Sambil makan dan tunggu tunang Kak Sue datang, kitorang tengok gambar-gambar di camera. Sekali Kak Sue terjerit semasa tengok camera saya.

"Hey, ni Ida kan?". Saya pun tengok. Yer, betul Ida. Rupa-rupanya Kak Sue ni kenal Ida. Kawan sama kerja part time dia 2 tahun lepas yang dah lama tak jumpa. Ida tu pulak kawan saya dari sekolah rendah sampai habis Tingkatan 5. Kecil betul dunia di akhir zaman ni. Lekas-lekas call Ida. Ida pun terkejut saya kenal Kak Sue. Lepas tu ida pun datang ke Kozee Cafe. Dia on da way balik kerja. Ida datang dengan tunangnya.

Lepas jumpe, apa lagi, bertelur sebijik, riuh sekampung la jawabnya.



Balik rumah dah jam 10 malam. Kak Sue dan tunangnya hantar saya balik. Alamak, dah pukul 12 ni. Esok nak jaga SPM lor!

Followers