Kawen Zalin 21.11.2009

Jumaat lepas, ada satu paper EST di mana seorang calon sahaja yang ambil. Sebagai Timbalan Ketua Pengawas saya kena juga menghadirkan diri. Exam habis pukul 11. Saya balik rumah, rehat-rehat, jam 5 petang keluar ke Hentian Duta. Bus saya ke Kuala Kangsar jam 6 petang.


Saya balik sebab nak menghadirkan diri ke kenduri Zalini. Kawan satu kelas dari sekolah rendah lagi sehinggalah tingkatan 5. Dulu zalin ni ala-ala tomboy, hehe. Kawen jugak ko Zalin, yer, hehehe. Tahniah! Tahniah!


Gambar-gambar ini semua ditangkap oleh adik saya menggunkan NIKON D60. Saya memang nak suruh dia shoot foto kahwen. Tambahan pula, sem depan dia start buat pengkhususan fotografi.

Zalin ni ambil jugak khidmat fotografer. Sekali pakej dengan make up, baju dan pelamin. Isterinya tukang make up, tok lakinya tukang amek gambo. Tapi macam hampeh. Gambo semua skema. Lepas tu masa dia nak shoot dalam bilik, siap tak bagi kami kawan-kawan ni masuk lagi. (nampak sangat tak profesional :p) Dengan gambo outdoornye takde. Asek gambo pengantin berdua je, tanpa ada gambar orang lain bersama pengantin. Ape kes? Skema nak mampos.




Lepas keluar bilik tu, baru dia bagi kitorang nak ambil gambar sendiri dengan pengantin.

"Tadi gambo daring sikit dalam bilik". Kata suami mak andam tu.

Saya pun tanya zalin, "daring bebenor ke?"

"Tak daring lansung!". Kata zalin dalam nada berbisik.

"Haaa, lepas ni kita buat lagi daring, hahaha".

"Oraittt!"

Saya dengan Ida je yang datang kenduri ni dan tunggu sampai habis. Nasib kami la sebab takde komitmen lain lagi. Yang lain mostly dah kawen dan tak dapat datang. Rozy ada la datang dengan husbandnya. Tu pun tak lama, lepas makan, jumpe kejap, dia pun beransur balik... Dia tengah peknen 4 bulan sekarang.

1st time saya ulang makan dua kali di kenduri kawen. Maunya tak. Masakan kampung, masak sendiri ramai-ramai, bukan kontrak. Ayam goreng cicah air asam, keladi masak lemak (fuh! favourite saya tuh!), kerabu pucuk paku bersama perut lembu.. kecur air liur beb! Semua tu kesukaan saya, hehe.


Ok lah, esok kembali bertugas menjaga SPM semula. Sampai rabu. Lepas tu ada gap sampai 30hb. Rabu ni saya balik kampung lagi :)

2 comments:

najmi said...

kesiannye pengantin kena photog mcm tu. photog tu pakai camera pa kak dyh? tak besh ar semua gambar skema jer

hayad said...

najmi, dia pakai D60 gak, cuma ada flash yg pjg tu la.

Followers