Esok Balik Kampung :)

Hari ini Selangor cuti. Saya yang bercadang mahu ke Mid Valley untuk mencari buku sedikit mengeluh membayangkan Mid Valley pasti dipenuhi dengan ramai manusia. Baru berangan mahu bergerak dengan aman di Mid Valley tu, huhu.


Pada mulanya, mahu beli dua buku je, New Moon dengan Eclipse karya Stephenie Meyer, tapi terbeli banyak pulak sampai dapat 3 voucher MPH. Siapa biasa beli kat MPH tahu la berapa nilai wang yang akan dapat voucher ni. Takpelah, beli buku, dapat simpan sampai bila-bila melainkan bila anai-anai ada. Balik kampung ni nanti saya nak mengemaskini rak buku dalam bilik saya tu. Sebab Mak kata ada anai-anai. Saya amat risaukan keselamatan buku-buku saya di rak dalam bilik saya tu.



Lepas beli buku, kebetulan Suma, junior saya yang sama-sama jaga exam dengan saya tu datang ke Mid Valley. So kami pun lunch sama-sama. Lepas tu pergi posing-posing kejap di celah-celah orang ramai yang mengerumuni decoration set sempena perayaan Christmas.



Saya dapat pelepasan awal menjaga exam SPM. Sepatutnya saya ada lagi satu sesi hari Rabu depan (16/12/2009). Saya ada gap 5 hari sebelum ke tarikh tersebut dan saya memang sudah beli tiket balik ke kampung. Tiket balik ke KL semula hari Selasa 15/12 tu juga sudah siap dibeli. Sekali ketua kata, saya tak perlu datang Rabu nanti. Sebab dia kata saya dah balik kampung, tak kan la nak balik KL semula. So ape lagi, Yahooooo! :D

Sepanjang saya menjaga exam, saya berjaya mengkhatam 3 buah buku.


1. Quranic Law of Attraction
2. Membongkar misteri Dajjal
3. Twilight

Nasib baik dapat ketua yang sporting. Tak kisah jika kita baca buku. Cikgu-cikgu Chinese yang satu group dengan saya tu pun baca buku sambil mengawas exam. Calon-calon sekolah tu pun ok, baik, tak buat hal. Senang keje kami :)


Esok pukul 10 saya nak balik kampung :) Tapi akan terus ke Manjung dulu. Insya Allah hari Ahad nak buat water rafting dengan sepupu dan seorang kawan di Gopeng.

Petang Selasa lepas saya ke Istana Budaya, ajak As teman saya. Cadangnya mahu beli tiket Gema Zafana. Dah plan nak tengok dengan Azwa, Faresha dan Kak Zi. Tapi bila sampai kaunter katanya tiket belum keluar lagi. Diorang nak habiskan Natrah dulu. Dia suruh saya cek di website nanti. Walaupun tak dapat tiket, tapi berbaloi sebab masa beratur di kaunter tiket, depan saya tu Ummi Aida.

Saya terus tegur dia. "Hye Kak Ummi, semalam saya tak sempat pun amek autograf".

"Ye ke?"

"Yer la, kan VIP tu dah tunggu..".

"Tu la, tapi takpe, meh la kalau nak amek gambar".

Wow! Ape lagi, amek je la, hehe.

Ummi Aida sangat cantik in person. Dalam gambar kelihatan kurang cantik, tapi the real punye, cantikkkkk wooo!



Selamat bercuti untuk saya :) [cikgu-cikgu lain di Tanah Melayu ni dah lama bercuti, saya ni baru nak cuti yang betul-betul cuti] :)





3 comments:

Teacher Hafizah said...

bagus la bdk2 kat wilayah siap ko boleh baca buku masa jaga exam

DeeN said...

Wawawaaaah! Posing baeeek punya! Selamat bercuti (tanpa ada keje2 lain) Dayah!

The Muppets Boy said...

Aslkm,hai,nice blogging,erm nak jemput tuan rumah n sesape je ke blog misteri ni http://mysterygraphy.blogspot.com ,ok bye

Followers