Aku Dah Jatuh Hati Sama Edward Cullen :p

Hari Khamis, saya off jaga SPM. Saya pergi sekolah pagi tadi sebab saya antara salah seorang guru yang masih tidak key in markah peperiksaan akhir tahun, hehehe. Giler teruk kerja saya di hujung-hujung tahun ni. Malasnya menggila pulak. Siap PK 1 call dan pengetua sms suruh datang sekolah, ngeeee :D

Tapi tadi semua sudah beres. Dah jumpe pengetua semua :D Lepas keje semua settle, saya dah berjanji dengan Faresha nak pergi beli tiket Teater Natrah di Istana Budaya. Bila sampai, semua tiket yang harga RM70 semuanya habis di'booked'. Sabau je la. Yang tinggal tiket harga RM30 jer. Di bahagian Upper Circle. Upper Circle pun Upper Circle lah! Saya ni dah la agak rabun. Spek yang ada tu pun dah tak mampu memfokuskan imej tepat pada retina saya, hehe.

Ada orang kata Natrah best, ada pulak yang bagi 2 bintang je. Kita tengok je lah sendiri nanti hari Isnin depan.

Dari Istana Budaya saya dengan Faresha ingat nak pergi cari buku The Twilight Saga, ada 4 semuanya. Ini gara-gara menonton filem New Moon semalam la, setelah dipengaruhi juga oleh Azwa yang telah menceritakan kehebatan novel dan filem adaptasi dari novel tersebut.


Akhirnya saya berjaya memiliki Twilight dan Breaking Dawn, siri pertama dan yang terakhir. Siri ketiga, Eclipse, takde pulak kat MPH 1 Utama tadi. Siri kedua New Moon pulak saya tak ambil sebab bila kira-kira jumlah harga buku yang sudah ada di tangan memcecah 200 lebih.

Saya ambil dua buah buku PTS. Dapat borang pertandingan buku PTS sekali, boleh ler masuk pertandingan. Lumayan juga hadiahnya.




Esok sambung jaga SPM. Paper Seni. 3 jam. Rilex jer. Budak-budak melukis kan. Sesambil tu boleh la menjamu mata tengok lukisan diorang :)

Esok juga pukul 3.30 petang naik bas ke Manjung. Doakan semuanya selamat dan smooth esok :)


2 comments:

Disturbia said...

Akak juga yg belum dapat tgk new moon. Since cuti ni asyik bz jer.. bz apa pun tak tau ler... hehehehe...

Akak dah baca Twilight Saga.. Beli lepas tgk Twilight ... Memang best giler...

Next week nak ke KL. Rasa cam x sempat tgk New Moon jer.. Tunggu beli DVD je lah kot...

hayad said...

aah, dayah pun nak beli DVD dia, hehe

Followers