#499

Hari Ahad, attend majlis bertunang Kak Sue. Kak Sue kawan baru yang saya dapat semasa saya berulang-ulang mendapat rawatan gigi di Taman Tun. Dia keje kat klinik tu :)

Kak Sue ni jugak berkawan dengan Ida kawan saya semasa sekolah dulu. Dunia memang kecil :) Kami pakai selekeh giler sebab Kak Sue ni cakap majlis makan-makan je. Kami ingatkan kot majlis sambut ari jadi ke kan :p


Hari Selasa malam pergi tengok Gema Zafana, persembahan tarian zapin di Istana Budaya. Best. Rasa nak belajar zapin pulak :p Suka scene majlis perkahwinan. Rasa nak kawen pulak. Sesambil menonton tu sempat la berangan, kuikuikui :p


Tiada sese autograf dan fotografi dengan Ramli Sarip, Azlina Aziz dan Dato' Rahim Razali. Sekali kami nampak Pak Aziz Satar. Tangkap je la gambo, hehehe.

Dah start nak merepek semasa bergambo :D


Baru balik dari tengok AVATAR tadi ni. 5 bintang. Berbaloi beli tiket wayang.

2 comments:

achik said...

best kan Avatar.. tapi member akak boleh plak tertido.. sabor je la.. ;p

hayad said...

achik--> best giler. suke, hehehe. ada org tak minat citer gtu. taste manusia lain2, hehe

Followers