Setahun Sekali

Saya dah balik semula ke KL. Lepas berbuka semalam, pukul 8.30 nurul pun sampai. Thanx yer cikgu Nurul kerana menumpangkan teman. Kalau la cikgu Nurul ni kawen nanti, aduhai... Tak dapek dah la menumpang kasih dari cikgu Nurul.


3 hari di kampung sempat la menyiapkan sekotak penuh biskut gajus ni. Ni pun saya dah beli bahan-bahan kueh, nak buat kat rumah sewa ni. Tapi kenapa macam malas ar. Adeh! Dah la beratus jugak kos semua bahan-bahan tu. Hmmm mesti buat, jangan tak buat.


Tahun ni nak buat biskut gajus dengan choc chip je lah. Malas nak buat Almond London. Buat untuk makan sendiri kat kampung nanti je lah. Lagi pun cuti raya kali ni dapat berlama sikit di kampung. Sempat la saya buat biskut dan kek-kek yang saya dah belajo tu. Tak dibuat kang tak guna jugak pi belajo. Ilmu mesti diamalkan, ye tak! (Renung-renungkan, dan selamat beramal!) :p

Lagi setengah jam nak berbuka ni. Hari ni saya buat kerabu sotong dan As osmet buat siakap tiga rasa. Walawei! Tak sabor nak berbuka. Chow dulu yer! :)


__________________
Batuk saya tak baik-baik lagi. Dah dua minggu. Takutnyaaaa....

16 comments:

Mazarina said...

wah..wah..wah...bak sinih barang skotak!hehhee

Naj said...

Hmm menarik jugak biskut gajus.. isk ni baru 2 hari pose nih..

Kopi Suam said...

nampak sedap biskut tu dayah...harga camner kire?

zwitterion said...

bestnya buat kuih raya..akak dah siap, siap tempah..hehe

ruru said...

dayah,
wah2..nak jadi hosmate korg le,
rajin masak :p
ahaks,
emm, choc chip tu budget berpatutan ke tak bahan2 nya?
sebb ada choc chip yg budget mahal :(
nnt nak resepi leh, choc chip ? :)

jeff said...

bagi satu kat boss tu ... hehe

achik said...

selamat berpuasa dayah..

wah, dah siap sekotak kuih tu.. oh2 tahun ni x buat bluebery cheese tart ke?

Miim said...

salam perkenalan,

sedapnyer kuih badam
my fav tue..

Miim said...

cikgu,
minta izin link yer

cikgu jawe said...

plastik! mana plastik.. aku nk bungkus nih. hehe

adyputra said...

dayah nak tanya.. awak beli bekas yang macam tu kat mana? biasa kita tengok telap/balang yang bertudung merah tu je.. leh kasi info.. sebiji berapa harganya? tq.

hayad said...

maza--> sekotak tu ada 24 bekas tu maza. larat ke nk mkn? hehe

naj--> kalo menarik, silalah beli :D

kopi suam--> sebekas tu RM20, ada 63-65 biji gajus

zwitterion--> hehe, ok la tu. asalkan dah siap :p

ruru--> sama cm membe sek aku, mintak resepi. jdnya aku letakkan syarat kt diorg, kalo nk resepi kena beli 2 bekas choc chop, hahaha. mereka semua setuju. anda bagaimana? :p

jeff--> bagi satu kt boss? tak kuase teman! haha

achik--> tak kot.blueberry tu renyah sikit la. wat utk mkn sendiri je lah kot :)

miim--> sila..sila lah link. tu biskut gajus miim, bukan biskut badam :)

cikgu jawe-> plastik tak disediakan kerana plastik adalah bahan yg tidak boleh reput. jd kurangkan penggunaannya yer :p

adyputra--> bekas tu saya beli kt kedai borong kt kg. tp kt kl ni lg melambak. kat kedai2 jual peralatan kueh2 ada. kalo kt kg tu harga dia RM27, sekotak tu ada 24 bekas bulat tu. kat kl ni saya tak tau lg bp harga dia. br nak g cari ujung minggu nikt LMC ,ehe..

hazlin said...

gayanye cam ganas. Tapi pandai buat biskut rupanye. untung le ibu mertua....

hayad said...

kak hazlin--> gaya je ganas. sy ayu giler tau kak,hehehe :p

Superb GURU BaniHassim said...

rajin buat kueh..takmo buat bisnes ke?? :P

hayad said...

superb guru--> aku mmg biznes kueh raya la. tp kecil2an cam kuman je :D

Followers