Balik Kampung Lagi

Fuh! Saya dah kat kampung!

Sampai Kuala Kangsar jam 9 malam. Esok ada Pengembangan Staff kat sekolah. (bukan esok sebenarnya, tapi hari ni la. dah masuk ari Sabtu pun sekarang ni) Saya malas datang. Tak bagus kan? So jangan tiru saya yang tidak mengikut arahan ni. Nak buat macam mana, saya dah berjaman beli tiket balik kampung cuti merdeka ni. Lepas ni kena lagi kot dengan pengetua, haha. Apa-apa pun ingat pesan mak, diam dan jangan melawan! :p

Oh ya, pengetua lalu masa mengajar waktu akhir siang tadi. Dia masuk ikut pintu belakang. Dan saya BERDIRI ok! Tidak DUDUK! Kalau boleh saya nak BERDIRI atas kerusi biar semua orang nampak saya tidak duduk dalam kelas, haha.

Dua minggu ni kesihatan saya kurang memuaskan. Sudah dua minggu sakit tekak dan batuk. Minggu ni pulak kena selsema. Makan ubat pun tak jalan. Saya pun dah lama tak ambil supplement INTRA saya tu. Antibodi macam kureng je kebelakangan ni...hmmm.

Saya bawa biskut raya bagi cikgu-cikgu rasa. Ramai jugak yang nak mengorder. Kenapa yer tahun ni rasa malas nak buat biskut raya padahal permintaan tu ada. Kat sekolah mak pun ada cikgu yang dah order. Kena buat jugak la sesikit bagi memenuhi permintaan.

Semalam rakan sekelas yang kawen bulan 6 yang lalu sms. Kata dia saya bakal jadi auntie. Oh, dah peknen kawan saya. Bulan 9 ni dua orang rakan lagi bakal melahirkan little khalifah masing-masing. Tak dapat bayang la teman-teman merepek zaman sekolah dulu dah nak jadi mak budak. Cepat betul masa berlalu. Hmmm...

Ok lah! Selamat bercuti semua. Cuti ni nak buat biskut raya dan nak ajar adik saya Kimia. SPM dah nak dekat, satu habuk pun tak reti. Bara giler rasa mengajor adik sendiri ni. Nak bagi penampor je rasa. Hmmm...

14 comments:

Naj said...

Duit dah banyak memangla dah malas nk amik order kuih raya.. hihi

cikgu jawe said...

woit dayah! jgn malas2 le. jgn lupa kuih yg aku oder.. :)

hafiz238 said...

ker sebab sibuk sangat sampai takder masa nak buat kuih raya tu :)

hayad said...

naj--> mana ada byk. tp semoga ia akan byk,kekeke

cikgu jawe--> bile plak ko order?

hafiz238--> tak lah, but ttp buat. nk mulakan buat tu je malas,ehe :)

ruru said...

garang juga ye cikgu dayah ni :P

Bunga Rampai said...

Oh, ada bisnes kuih raya jugak!

Salam Ramadhan, selamat berpuasa :)

Superb GURU BaniHassim said...

oo...balik kampung ye??
tak pi "pengembangan" staf ye...sape yg pi sume kembang2 ek??
hahaha...

selamat berpuase hayad...
boss marah jgn melawan...
dgr nasihat cikgu mak tu... :)

hazlin said...

brutal tol ko ni. tapi mesti cikgu yg famouskan???

hayad said...

ruru--> muke je garang aku ni, padahal tak garang lansung aku rasa

bunga rampai--> selamat menyambut ramadhan juga kak :)

superb guru--> tu psl aku mls g "pengembangan" staff tu. aku tak nak jd kembang semangkuk. aku nk slim senantiasa,wakakaka

hazlin--> mn ada famous.tp bakal famous kot,hikhik :p

Ayaq masak said...

ko tanak bagi kueh raya pree kat aku ke? HEHEHE

Kopi Suam said...

dayah akak nak test kueh raya yang awak buat bleh..kalau sedap bleh akak ode

hayad said...

ayaq masak--> nak pree ek? boleh blah! :p

kopi suam--> ala, takyah test la akak. sure konfem pasti sedap,hehehe :p

Naj said...

Weit dayah, ko bole pos utk delivery ke? buat la kek coklat! hihihi

hayad said...

najwan--> byk ko kek coklat nk pos. tp kalo ko nk sgt leh je aku pos. mcm mana rupe kek tu nanti ko tanggung sendiri :p

Followers