Ape-ape Aje

Sebaik saje dah masuk dalam toilet tiba-tiba... Alamak! Lupe amek towel la pulak.

Tapi tetiba terpikir....

Eh, bukan setan takde ke bulan ni? So tak payah tutup paler pun takpe la kan? ...kekekeke.

Aci kan? :p

Maaf, tulisan ini seakan berbau busuk sedikit, hak hak!

Dah 22 hari kita puasa. Sikit je lagi masuk 23 hari. Cepat betul! Saya harap "kawan baik" saya tu tak datang la melawat saya bulan-bulan pose ni. Lebih baik la "dia" datang hari raya nanti. Lebih afdal. Kueh raya pun banyak masa tu kan? Hahaha.

Jom! Jom! Tunggu Lailatul Qadar. Ustaz kata tak payah cari Lailatul Qadar. Kita kena tunggu je dia mai. Sure dapat.

1000 bulan = 83 tahun 4 bulan. Suka saya dengan angka ni. Pasal 83 tahun saya lahir. 4 pula adalah bulannya :)

Agak-agak kalau letak hantaran 13483 banyak tak? Ngeeee...

Oh ya! Saya ada dapat doa untuk dapat jodoh dari Kak Fiza rakan sekerja saya. (Ruru, nanti aku bagi kat ko jugak ek! Hik Hik Hik) . Tapi tak amal-amal pun lagi. Patutnya bulan yang semua doa dikabulkan ni la kena amalkan doa tu.

"Kak Fiza, akak amal berapa lama sampai akak sampai jodoh?"

"Dalam 3 bulan la. Lepas tu terus jumpe. Kawan kejap je. Pastu terus ambil keputusan untuk menghalalkan".

"Ooooo 3 bulan ek? Ok! Ok! Tunggu saya umo 26 nanti lah baru saya baca".

"Laaa..gitu pulak?". Tegur Kak Shidah.

"Ye la kak Shidah, buatnya saya amalkan, lepas 3 bulan ni datang pulak orang. Saya ni banyak benda tak buat lagi ni. Gunung Kinabalu tu pun saya tak panjat lagi ". :p

"Hey, awak ingat awak pun sama ke 3 bulan? Mungkin bahagian awak setahun dua baru Dia beri". Kata Kak Shidah.

"Aah ekkkkk? Hehehehehe" . Awat la aku ni bengong sangat? :D

7 comments:

ruru said...

haha, ye ke dayah
bley gak :p
nnt aku sms hang eh,
mungkin mlm ni kot sebb semlm ku busy
haha, choc chip tu bape hengget?

hayad said...

ruru--> weh, aku sebenornya nak anto ahad aritu, psl mmg aku ada kuar anto kueh. tp ko tak sms2 aku. Jd sekarang ni aku dah tak kuar ke mana2 dah. blk sek aku mmg mls nk kuar apatah lg ke KL central, psl nnt nak blk aku kena naik komuter, phm2 je la komuter ptg2 mcm mana.

choc chip tu pun i'm afraid its all sold out, psl asal aku buat je ade je org yg amek. ni pun tgh menyiapkan order jgk lg ni. In case ada lbh, dpt la aku jual pd ko. Aku tak berani nk jnji

Pa'chik said...

dalam satu ceramah ustaz ismail kamus, ada gak dia bagi du'a tu... lupa dah ceramah mana satu... hahaha...

Ayaq masak said...

hahahaha uiii tiba2 aku rasa aku pun nak gak doa tu hahahhahahhar

jeff said...

minta doa kena iklas, tu yg penting

p.s. saya nak ambil kesempatan ni mohon maaf segala salah silap, penulisan dan perbuatan. selamat hari raya dan selamat balik ke kmpg.

Anonymous said...

salam. xpasti s/ada dayah igt sy or tak..sbbnya sy penah bg komen sekali jer kot kat sini. (tp hari2 dtg jenguk blog dayah ni taww)
ekceli, nk mintak tolong kat dayah ni...rasa mcm nk jugek la doa tu..:P sbbnya ada kerisauan bertandang di hati dah sekarang ni. dayah email kat saya leh?
ni email sy
dirhana_81@yahoo.com

tq so much. selaamat berhari raya

banat @ saffa @ hazwani said...

haha~kak dayah..me nak jugak la doa tu...jgn lupa buat kat post tau:P

Followers