Hangit

Saya baru balik daripada majlis berbuka puasa dan solat hajat untuk PMR dan SPM di sekolah. Makan nasi beriyani. Macam biasa, saya tetap akan ambil nasi putih. Tak puas seh makan nasi beriyani. Saya tidak suka nasi yang selain daripada warna putih.



Semalam hari last saya buat biskut. Hari ni saya tutup kedai. Tapi hari last ni la biskut saya jadi hangit pulak. Sedulang pulak tu. Bahagian atas elok kuning, rupa-rupanya bahagian bawah dah hitam :D Tapi dapat satu pengajaran, dulang hitam ni tak boleh letak di bahagian bawah oven rupanya, sebab selalu saya letak di tingkat atas, ok je pembakaran dan tindak balas redoksnya.

Tapi yang hangit ni la yang sedap :p

Ermm, tak tau nak bebel apa dah. Sekarang saya nak mengemas beg untuk balik kampung esok dan juga nak mengemas bilik saya ni. Sebelum balik kampung mesti pastikan semuanya kemas!

SELAMAT BALIK KAMPUNG SEMUA.

_______________
Esok last day keje. Jasad je di kelas. Jiwa dah melayang ke kampung :p

10 comments:

cikgu jawe said...

kuih hangit tuh bg kt aku je le dayah. hehe

cikgu jawe said...

ops!. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

SELAMAT BALIK KAMPUNG.

jaga diri baik2 masa main mercun okeh. hehe

Ayaq masak said...

slamat raya!!

hayad said...

cikgu jawe--> ko nak ke? seposen seketul! :p

ayaq masak--> sama la untuk ko pun ucapan itu :)

saya said...

hai cikdayah..igtkan yg hangit tu is kacang gajus itself rupanya bisekot bentok gajus. tipah tertipu je tau. balik kg elok2 ye.. saya doakan selamat pergi dan balik....

orangbukit said...

Salam. Saya blog-hopping and jumpa this blog. Teman juga dari kuale, seronok jumpe org kpg kat alam cyber nih..Selamat beraya di kuale

cikgu jawe said...

teman pun orang kuale. kuale selangor.. kekekeke

Kopi Suam said...

dayah selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin....selamat makan ketupat...

Superb GURU BaniHassim said...

balikla kampung cepat2...
bawak kuihmu yg rentung itu!
selamat hari raya!

@yue said...

oh sian..xbrapa reti bhsa sains..
tp bhsa memasak...mmg dulang itam pembakarannya akn jd lbih itam jugak...kene kurangkan suhunya..hehe...
sbb tu time pilih oven dulu saya dok telek tgk dulang tu...dulang itam rejek!..hehe...

salam aidlfitri...

Followers