Ke Shah Alam

Hari ni negeri-negeri yang terpilih bercuti nuzul quran. Saya pulak buat cuti sendiri, hehehehehe.

"Kak Esha, cakap kat Kak Zura dayah amek MC ek?" SMS saya pada Kak Esha.

Pastu tetiba pikir, malas pulak nak pergi klinik, nanti cakap sakit perut pun mau dekat 30 hengget kena. Rugi tuuu...

Segera saya call Kak Esha.

"Kak Esha, cakap kat Kak Zura dayah senggugut la. Mesti tak payah amek MC kan? Tanya Kak Zura leh amek cuti rehat tak kalo senggugut? Hehehe".

Pukul 9.15 Kak Esha SMS bagitau Kak Zura kata boleh amek cuti. Yahoooo!!! Ni la padahnya, terpaksa main-main tipu sikit gara-gara kalau mintak cuti rehat secara elok, pasti susah nak diluluskan. Kurang la pahala pose aku arini pasal menipu, adehhhh...

Tapi nanti kalo kena senggugut betul-betul kat sekolah macam mana? Mampos! Dah la senggugut tahap gaban. Jawabnya kena turun ke kantin juga la beli air Coke. Saya pernah ditanya oleh seorang rakan sekerja, kenapa minum Coke?

"Ntah, bila aku minum Coke, terus ilang senggugut aku. Sepupu aku la ajor. Aku pun heran gak. Tak kan la Coke tu terus pegi ke Uterus pulak kan? Hahaha!"

"Ahhhh, psiko je tu. Ape kena mengena Coke leh hilangkan senggugut?"

"Dulik lah, janji sakit ilang. Dari rasa macam nak bagi terajang, baik minum bagi ilang sakit".

Oppps, out of topic plak. By da way, sapa nak cuba try test petua tu silalah :p

Cik Nurul mengajar di Selangor, memang la dia cuti. Saya naik tren ke Rawang terus diambil oleh Cik Nurul. Kami ke Shah Alam melalui Lebuhraya Guthrie. Sampai di PKNS, susah pulak nak dapat parking. Masuk je dalam PKNS, tu diaaaaa, macam sardin. Tak best jugak kalau shopping dalam keadaan ramai orang ni. Tapi bila la masa nak tunggu orang takde, ye tak? Nak pilih baju pun payah. Tapi setelah bersusah payah akhirnya dapat la juga baju yang terbekenan dek hati.

Oh ya! Tadi lepas tarawih, ada tazkirah. Antara isi yang saya dapat yang boleh dishare sikit ialah :

Ustaz tu kata bulan Ramadhan ni kena banyak istighfar, kena banyak sebut kalimah syahadah, kena fokus pada masa depan yakni masa depan di akhirat sana, fokus dalam otak untuk dapat jannah, pastu kena banyak bersedekah, bagi duit, jangan tunggu raya baru nak bagi duit. Sekarang ni bila dah tukar duit kat bank tu, elok la diberikan dalam bulan Ramadhan ni. Kalau masa raya nanti dah lain perkiraannya. Bukankah amalan di bulan Ramadhan lagi berlipat kali ganda?


Betul jugak kan? Apesal tunggu raya baru nak bagi duit-duit lawa yang ditukar kat bank tu? Tu bukan ibadat dah namanya, dah jadi adat pulak. Hurmmm....

Ok lah, dah ngantuk la pulak. Esok nak mengajor tajuk baru Chemistry. Acids and Alkalis. Alamak! Tak sempat nak study lagi :D




______________
Cikgu BaniHassim! Akhirnya aku sampai jugak masuk dalam PKNS, hehe.

8 comments:

^@yue^ said...

salam cekgu dayah..
lalala..bru ingt nk p serang PKNS tu..ye lah dh phm cm sadin kan..tp tepaksa gk seraaanggggg...hehe..
kul brapa tu awk g ek? nk bajet time nih..hehe

jeff said...

oooo nipu yer .. abis lah bebudak baca kat blog ni ..

Ayaq masak said...

ohooo cekgu nipuuuu~ hee~

k-riey said...

pekabo cikgu..
bestnye wat kuey raye.
shah alam pon best!
mst blambak2 org jual bj mlayu, bj kurung, tudung, songkok dsb situ kan. hahaha

nway biskut yg badam rndam choc tu mcm best gile jek.
cube ganti bnda warna warni tu ngn rice warna-warni, alaa yg mcm choc rice tu.
sure lagi sdap!
kami orang bujang pon da nk stat wat kuey raye, bahan baru beli. hahaha

mohdnajwan said...

bohong sunat takpe.. dapat pahala.. hahaha

hayad said...

yue--> sy g tgh ari la awak

jeff--> tak, diorang tak baca nyer :p

ayaq masak--> cikgu pun maknusia,heheheh

k-riey--> buat jgn tak buat! :)

najwan--> aah kan, aku nak menipu lg la, hik hik

Puteri Ezza said...

Salam Hayad.

Dah buat persiapan raya eh? Rasa berselera je saya nengok coklat badam kat entri bawah tu. Nasib baik ar jauh, kalau dekat nak gak tempah. Hikhik. Rasa macam nak try buat gak ar...

Sumuk said...

btw cik, minum coke masa period tak bagus. keburukannya nampak masa lepas beranak. kalau nak ilang sengugut, simple jer.. buat air suam.. then minum.. rehat kejap. arap2 ok..

anyway, i got into ur blog thru lb help blog. tahniah sbb sedar, walaupun agak terlambat sikit. mmg pengajaran yg mahal, tapi dgn pengalaman itu nanti arap dpt guide/tolong org lain.

thanks.

-sumuk-

Followers