Melayan Nafsu

Semalam first time beli juadah berbuka secara berleluasa tak hengat dunia kat Bazar Ramadhan Taman Tun. Tu pun gara-gara tengok rancangan Shamsul Ghau Ghau yang promote Bazar Ramadhan Taman Tun tu. Ada dua gerai yang femes dia promote dalam rancangan tu, gerai Popia Pak Ya dengan gerai Putu Piring. So apa lagi, petang semalam kami pun serbu la. Memang kena beratur la kat dua gerai ni.

Ini bukan nak buka pose namanya ni. Ni nak mentakedarah nih! haha

Ini putu piring yang femes kat bazar ramadhan situ. Ok la, sedap. Berbaloi beli. Satu 50 sen. Nor beli yang ni.


Popia goreng dengan popia basah Pak Ya, yang jugak femes kat situ. Ok la, sedap! Berbaloi beli. Singgit satu. Besar pulak tu! Ni pun Nor yang beli.

Ni Murtabak Raja. Antara yang femes. Ni saya yang beli. Disebabkan lapor mata, saya beli yang size Raja, besaq weh. Saya amek mixed - daging + ayam + seafood. Sudahnya tak habis pun makan, hehe. RM10 hengget sekeping! Tapi brader yang jual tu ensem! Hahaha

Kepak ayam. Saya beli jugak. 6 ketul rm10. Ok la, sedap.

Ni sup. Boleh pilih nak bahagian apa kat badan lembu tu. Nak urat kaki ke, nak paru-paru ke, nak pankreas ke, duodenum ke, ileum ke, tulang rusuk ke, nak lidah ke, nak buah pinggang ke, nak otak ke. Pankreas, duodenum, buah pinggang ngan otak tu saya tipu je. Mana ada dia jual, hehe. Saya dan Nurul pilih paru-paru, urat kaki, amik lidah sikit dengan daging dan cendawan shitake. Sekali kena 30 hengget! Mangaiii! Terpengsan sekejap! Paling hampeh, balik terawih, tengok-tengok dah berbuih sup ni. Hampeh betul. Meniaga la elok-elok, mesti sup semalam semalam dan semalam dia dok panaskan je.




Kailan goreng, siakap sambal dengan lala masak lemak ni Mira yang masak. Dia tak ikut pi bazar ramadhan. Memang dah boleh kawen dah Mira ni. Hik hik!



And lastly air special. Ice cream soda+limau nipis+pewarna hijau. Saya dapat dari majalah RASA, hehe. Sedappp!!! Cubalah! Tapi Nor yang bancuh. Saya bagi guide je, kekekeke.



____________________
Ok lah, nak sambung buat biskut gajus. Dah la semalam kena reject dua talam. Gara-gara biskut tu gemuk sangat. Tak muat dalam bekas. Adoi la!



8 comments:

Anonymous said...

dayah! mana yg ko masak weh.. huhu

hayad said...

cikgu jawe--> yg aku msk tak sempat buh la. belom sempat tangkap gambo dah licin,kekekke :p

Ayaq said...

ish ish ish.. banyak bebeno kamu melantak ye... buruk makan betui bak kata tok aku..huhu

Ayaq said...

ehhhhhhh bukan buruk makan tapi buruk lantak. ahhaha

achik said...

banyaknyaaaaaaaaaaaa makanan.. dah lama x makan putu piring..

oh2 mahalnya sup tu..

Anonymous said...

astaghfirullah ... bawak bawak bersabo yongg ..

Anonymous said...

mak aih.. banyaknye makanan..! weit, makan tak ajak akuu..

Kasawari said...

sgt kecewa melihat putu piring ni.. kerana dah hampir 21 hari mencari tak jumpa nak buka puasa..

Followers