Dikarang oleh
hayad
on Sunday, April 27, 2008
Jumaat-Sabtu, berehat-rehat di atas Bukit Fraser. Mula-mula sampai rasa bosan nak pengsan! Tak tau nak buat apa-apa. Frase Hill tak macam Cameron Highland. Tak banyak tempat pun nak lawat. Tahun ni saya dan Pn.Florence jadi guru Ketua Ting. dan Pen. Ketua Ting. Saya dan 7 orang lagi guru jadi guru pengiring Perkhemahan PRS dan Ketua Tingkatan 2008. Nama je perkhemahan tapi dok kat apartment!PINE RESORT Kami sampai kat atas dah tengah hari. Rupa-rupanya Pine Resort tak sediakan makan tengah hari untuk hari pertama terpaksa la menapak ke Pusat Bandar (tapi tak rupa bandar) untuk mencari sesuap nasik. Lepas perut dah kenyang, apa lagi, main-main tangkap gambo la.Jam ni menunjukkan waktu yang betul.
PEJABAT POS - sorang je pekerja dalam ni.
BALAI POLIS
Deretan kedai makan. Mahal wooo!!!Baru beberapa jam dok atas ni, saya rasa macam nak balik KL cepat-cepat jer. Bosan seh!Malas melayan perasaan, baik saya pun berposing dengan budak-budak neh!Padang Golf. Hari Ahad ramai jugak yang main golf kat sini. Sanggup tu naik Fraser Hill.Memang bercuti sungguh la kami. Pasal semua aktivit exco-exco yang handle. Cikgu tolong tengok je, hehehe. Rupa-rupanya, aktiviti kami selama 3 hari 2 malam tu sama juga dengan aktiviti Kementerian Pembangunan Wanita. Kami suruh exco pi jemput Dato' Dr. Ng Yen Yen ni merasmikan aktiviti kami pada malam tu.Dah orang panggil bergambar, kita join je la...Hari kedua : Melepak-lepak makan jagung sambil tunggu budak-budak main Amazing Race. Mencik betul jadi fotografer profesional ni. Muka mesti takde dalam gambo.
Kami sewa basikal untuk tengok-tengok budak-budak ni berAmazing Race. Saya bangga dengan diri saya kerana mampu mengayuh basikal mendaki bukit. Boleh masuk bertanding Raja Bukit la pasni, hik hik.
Sambil mengayuh kita snap-snap la sekejap.BANGLO GLEN. Malam-malam mesti best buat Amazing Race kat dalam banglo ni, muahahaha!Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua TingkatanPembimbing Rakan SebayaSaya ada snap gambo bunga cantek. Takmo letak sini pasal takut orang curi, hehe. Saya nak anto masuk pertandingan foto :D
Eh, dah la. Nak marking paper science ni. Saya tak abeh tanda lagi. Budak-budak dah tanya. Tapi saya auta kata dah siap marking, cuma tak total up markah je lagi, hik hik! :p
Dikarang oleh
hayad
on Tuesday, April 22, 2008
Dikarang oleh
hayad
on Wednesday, April 16, 2008
Hari ini sangat huru-hara. Kalau la boleh, saya nak resign je doploh pat jam. Hari yang bengong dan *&^%$#@!Saya salah seorang guru yang kena buat relief. Tau tak ape relief??? Kalau cikgu-cikgu paham la benda alah ni. Buat relief (jadual ganti) bagi guru-guru yang tak hadir ke sekolah. Hari ni 22 orang tiada di sekolah. Hari ini bukan saya yang kena buat relief, tapi cikgu lain. Tapi cikgu tu ada meeting. So PK 1 la kena buat. Dia pun meeting jugak. Tup tup semalam PK 1 suruh saya buat. Nak tak nak kena la buat.Tapi yang saya hangin, cikgu-cikgu lain ni tak paham-paham. Ada yang mengamuk bila dapat relief. Asek-asek muka dia la ape la. Orang lain ada yang tak relief la. Susah betul nak bagi paham. Yang sorang Cikgu Jantan ni datang pada saya, masa tu saya dalam kelas. Marah-marah, nada tinggi. Dah la keadaan masa tu senyap pasal budak-budak tengah exam. Bising-bising depan pintu. Mesti budak dengar. Malu saya.Hei!!! Ko ingat aku nak sangat ke buat relief ni? Kalo ko bising-bising sangat pergi la try buat. Selama dok sekolah tu rasanya ko tak penah pun buat relief. Tak tau la ape ke malangnya tahun ni saya dengan azwa terlibat sama dalam keje-keje buat relief ni. Kami ni cikgu baru tau tak? Yang lagi sangat bengongnya, keje relief ni kan keje Pk 1. Pelik betul sekolah aku ni! Mentang-mentang hari ni Pentadbir-pentadbir semua takde, masing-masing buat degil takmo masuk relief. Cinabeng betul! Memang dah biasa kena sembur dengan cikgu-cikgu senior yang tak puas hati ni. Saya nekad, meeting guru next week saya nak bersuara. Selalu dalam meeting senyap je kan. Saya nak cadang pada Pengetua, bagi guru-guru rotate buat jadual relief setiap bulan. Bulan ni orang lain, bulan depan orang lain. Baru adil dan baru semua cikgu tau macam mana bengong dan bodohnya nak buat relief. Betapa susahnya nak bagi semua orang puas hati._________
Esok tak tau la PK 1 ada ke takde. Kalau dia takde, sorry, lantak la jadi apa pun. Jangan harap saya nak buat relief. Melawan pun melawan la. Pedulik apa!!! Walaupun saya dah luahkan kat sini, tapi masih rasa tak puas hati, pasal ayat-ayat yang saya guna masih bersopan santun!
Dikarang oleh
hayad
on Sunday, April 13, 2008
Today is 13 April 2008.
And Today is my birthday! :)
Happy Birthday to me! :)
Semalam saya keluar dengan Kak Esha, balik rumah sudah pukul 1.30 pagi. Bukak pintu bilik. Gelap! Tiba-tiba..."Hepi Buffday!!!". Saya tengok ada sebijik kek atas katil.Suka. Seronok. Gembira. :)Terima kasih Nurul!Terima kasih Siti!Terima kasih Nor!Terima kasih Kak Esha!Rupa-rupanya Nurul dah berpakat dengan Kak Esha.Kami bersembang sampai pukul 3.50 pagi. Pukul 4 baru tidur. Tidur nyenyak. Saya mimpi saya ada anak. Baby perempuan itu comel sekali. Saya rasa sayang sangat baby tu. Tiba-tiba tersedar jam henfon berbunyi. Bangun sembahyang subuh. Tidur semula.(Penah beberapa kali mimpi ada anak. Kali ni yang ke berapa pun tak ingat)Pukul 11 pagi bertolak ke Pesta Buku. Beli lagi buku. Adoi! Takpe, hadiah buat diri sendiri :)Sekali lagi beli buku Faisal Tehrani - Tunggu Teduh Dulu.
Tapi kenapa Faisal tulis "Hidayah, semoga 'lurus' selalu"? Lepas Faisal autograf, terus saya simpan masuk dalam plastik. Masa makan belek-belek, baru perasan. Kalau saya perasan dari awal, pasti saya tanya terus pada Faisal. Pada buku Nurul, dia tulis "Semoga sentiasa bersemangat". Agaknya saya ni suke buat perkara lagha kot,hehehe. Kena muhasabah semula ni. Berkebetulan dengan hari jadi saya hari ini pulak kan? ;)
Yer, perlu muhasabah diri dan jadi lebih baik setiap hari.
____________
Tiba-tiba rasa rindu kat kampung. Terutamanya rindu kat mak. Nak balikkkk...
**Updet : Saya rasa saya dah faham maksud Faisal. Ia adalah maksud nama saya sendiri. Yer, semoga saya sentiasa 'lurus'. Ameen.
Dikarang oleh
hayad
on Friday, April 11, 2008
Alamak! Tak sempat nak updet blog. Saya terbizi!!! Senarai blog-blog di sebelah kiri blog ini pun tak sempat saya jenguk! Nanti ya!
_______________
Saya risau juga ni. Risau populariti saya merudum jika tiada updet dilakukan :D
Dikarang oleh
hayad
on Sunday, April 06, 2008
Dikarang oleh
hayad
on Thursday, April 03, 2008
Hari tu azhar ahmad ada cerita pasal gula-gula ni. Ada peminat bagi pada dia. Kebetulan anak murid saya juga beri pada saya. Sekali makan rasa nak lagi. Esoknya, terus saya minta dia belikan untuk saya."Satu berapa?". Tanya saya."30 cents teacher"."Orait. Belikan saya 20 biji!".Saya makan gula-gula berasam boi ni sampai luka-luka lelangit, hehehehe :D
Dikarang oleh
hayad
on Wednesday, April 02, 2008
Saya jatuh fanatik dengan cerita GHOST setiap ahad di 8TV jam 10.30 malam. Memang tiap-tiap minggu tak sabar menanti hari ahad. Tapi khabarnya GHOST akan mengkahiri episodnya ahad ini.
Saya jatuh cinta dengan Zack Imran. Zack Imran sweet! Hahaha! Dalam cerita itu Zack Imran sudah mati. Hanya tinggal rohnya saja. Mintak-mintak la episod akhir nanti, Zack Imran hidup semula. Hahaha! Amat tidak logik.Oh, ya! Nasib baik di sekolah ada seorang student muka iras-iras Zack Imran, hahahaha!!! (gelak jahat!)
Dikarang oleh
hayad
on Tuesday, April 01, 2008
Suatu hari saya menelefon emak di kampung."Mak! Bulan ni orang dapat tunggakan! Hehehehehehehe...". "Tunggakan ape?""Tunggakan elaun umah, pastu ada la tunggakan apekebendentah! Ingat nak beli ****. Nak bagi nampak sikit duit yang dapat tu"."Haa... beli le. Dari duit kamu tu habeh ntah ke mane. Jangan nak berbelanja tak ingat dunia! Ada duit tu simpan sikit-sikit! Kita kalo takde duit takde sape nak tolong! Kena sendiri la beringat! ". Bla, bla,bla lagi. "Hmmm... Yer....Hmmmm... Hmmmm. Yer". Ini je mampu sebut pasal peluru tengah keluar bertubi-tubi. Tak sempat nak tepis :pDan last sekali..."Jangan nak berjalan je keghojenye! Mengabehkan duit tak tentu hala!"Alamak! Baru plan nak bagi tahu tentang plan nak berjalan. Adehhh.. tangguh dulu la. Err, bukan tangguh berjalan, tangguh untuk bagitahu. Hehehe. Tunggu di lain masa yang sesuai :D