Dikarang oleh
hayad
on Friday, February 29, 2008
Dikarang oleh
hayad
on Wednesday, February 27, 2008
Sangat hepi hari ini. Walaupun tak berjaya mendapat Johan, team badminton sekolah saya berjaya dapat tempat ketiga (Peringkat Zon Bangsar ) bagi kategori Single (P) bawah 18 tahun, Single (P) bawah 15 tahun, Double (P) bawah 15 tahun dan Double (L) bawah 18 tahun. Single (L) bawah 15 tahun pula dapat tempat kedua. 4 pemain sekolah saya berjaya terpilih untuk mewakili zon.3 hari berturut-turut mengiringi pemain, saya rasa amat berbaloi. Hari pertama rasa fedup juga. Tapi masuk hari kedua, saya pula yang bersemangat. Bertepuk sorak bersama team sekolah saya yang menyokong rakan mereka. Ada pemain team saya yang cepat penat. Gara-gara tak berlatih selalulah ni. Saya mahu jadi guru penasihat Kelab Badminton lagi tahun depan. Akan kuusulkan pada PK Koko esok. Lagipun inilah satu-satunya game yang saya reti main. Termasuklah undang-undangnya sekali. Permainan lain harap maaflah. Bola jaring pun saya tak reti :D Lepas ni saya perlu mencari lebih ramai lagi pelapis. Dan latihan giat perlu dibuat awal-awal sebelum perlawanan.** Rasa puas bila tengok budak-budak saya gembira :)
Dikarang oleh
hayad
on Monday, February 25, 2008
Dikarang oleh
hayad
on Sunday, February 24, 2008
Dikarang oleh
hayad
on Thursday, February 21, 2008
Hari ini genap setahun menjadi kakitangan akademik. Masih baru. Masih hijau. Masih pucuk. Masih mentah. Semoga saya sabar mengharungi hari-hari sebagai pendidik. Ameen.
Dikarang oleh
hayad
on Wednesday, February 20, 2008
Dikarang oleh
hayad
on Tuesday, February 19, 2008
Got this letter siang tadi. Balik-balik dari kelas, tengok ada sekeping kertas di atas meja. Memang surat ini amat ditunggu-tunggu.Alhamdulillah... Happy!!!Now waiting for the Kursus Induksi. Cepatlah sah jawatan hendaknya :D ps: Sekarang ni hari-hari balik pukul 5. Maklumlah, sekolah bizi nak sukan...
Dikarang oleh
hayad
on Sunday, February 17, 2008
SABTU
Sekolah mengadakan Majlis Hari Muhibbah. Memang tiap-tiap tahun ada sambutan begini. Pelajar-pelajar dan guru-guru mesti pakai pakaian tradisional. Ada persembahan-persembahan dari berbagai kaum oleh pelajar-pelajar. Hari yang enjoy....Apa lagi, layan gambo je lah yer...Tarian SingaPersembahn pelajar form 5 Pertandingan Miss and Mr. Tradisonal Majlis Perkahwinan orang Cina Majlis Perkahwinan orang India Majlis perkahwinan orang Melayu yang tak berapa nak tradisional dah... Balik dari sekolah jam 12 tengah hari. Rehat-rehat, pukul 2 petang saya bertolak ke Nilai, dengan komuter, pasal malamnya saya nak attend Gathering Msjbox Family Day 2008. Saya ajak kawan saya Nurul dan CT sekali sebagai peneman :DAcara sebenar start siang, mereka-mereka yang datang dah buat aktiviti di siang hari tu. Saya ni yang datang lambat. Pukul 7.45 malam baru sampai ke tapak perkhemahan kat Teluk Kemang tu. Malu..malu... Hehehe...Nasib baik malam itu masih ada aktiviti ice breaking. Sempat la berkenal-kenalan. Antara bloggers yang saya dapat kenal dalam masa yang amat singkat adalah : 1. Shai 2. Junaidix & Carneyz3. Kasawari 4. AKO @ retna5. Sheda 6. Ilyanatasha 7. Kak E 8. Mikaounik9. Acul (ShadowX_19) 10. Mamarangie 11. Sishoney12. Aman Sebenarnya saya sendiri tak pernah pun berlink-link dengan mereka-mereka ni dan mereka pun begitu juga kecuali Mr. Junaidix sebab dia tuan punye Msjbox dan saya pula pengguna Msjbox, kena la link, kot ada apa-apa masalah buleh tanya-tanya kan...Paling terkejut, saya dah kenal Amanz.net. Memang dah lama linkkan blog dia. Pasal blog dia banyak informasi. Amanz, ko jangan kembang pulak saya tulis gini :pKepada 12 senarai di atas, saya akan meng'link' kan anda semua tidak lama lagi. Sekarang ni tak berapa sempat nak belek-belek template. In a nutshell, perjumpaan malam sabtu itu amatlah best. Lain kali boleh join lagi tanpa segan dan silu kerna malam itu masih ada segan dan silu, kekeke. Korang semua memang best! TQ dan minta maaf andai ada terkasar bahasa malam itu.AHAD
Pergi menonton Dunia Baru The Movie di MidValley. Best la jugak, tapi takdela best giler. Masih di tahap boleh dilayan. Eh! Dah jam 11.11 malam. Esok mahu kerja. Stop dulu. Daaa :)
Dikarang oleh
hayad
on Monday, February 11, 2008
DEMAM
BATUK
SELSEMA
SAKIT TEKAK
Semalam menempuh lebuh raya Utara-Selatan yang penuh sesak. Jem di sepanjang jalan. Pukul 3 petang gerak, pukul 10 malam baru keluar tol Jalan Duta. Sepatutnya Nurul yang demam, pasal dia yang bertungkus-lumus kena drive, ehe."Aku ada panadol, nak ke?""Tak nak lah! Aku tak nak sihat lagi, haha".Sebenarnya dari hari Khamis lagi hidung ni dah mengeluarkan mucus yang berlebihan. Ditambah dengan saya kurang minum air, tekak jadi sakit. Akhirnya demam. Makanya hari ini, Isnin, 11 Februari saya MC. Yeehaaa!!! :D
Dikarang oleh
hayad
on Sunday, February 10, 2008
Fuh! Cepat betul masa berlalu. Cuti 5 hari pun rasa macam sehari saja. Esok sudah mahu pulang ke KL. Tak puas lagi la duduk rumah, huhu.What I did during CNY holidays?Ya, saya jadi sukarelawan. Mengemas apa yang patut, menolong Cikgu Ramli, jiran saya untuk pembukaan Galeri Buku Ibu Zainab (sempena nama isteri beliau). Sebenarnya dia jumpa ayah saya di kenduri rumah jiran, terus dipesan supaya saya dan adik saya datang menolong di rumah dia...Kelihatan adik saya sedang bertungkus-lumus menyusun buku. Naseb baik ada sorang kawan dia datang tolong. Saya juga memanggil kawan saya, Ina yang juga bercuti CNY untuk datang menolong. Kalau tidak alamatnya sampai malam la kami berdua terpaksa berkampung di rumah Cikgu Ramli.Galeri ni dia buat untuk kegunaan anak-anak kampung. Ada banyak giler buku-buku. Yang best banyak buku-buku lama. Al-maklumlah, bekas pendidik, memang banyak buku. Saya nanti pun macam tu kot, wakakaka, perasan!3 buah komputer pun diletak untuk kegunaan orang kampung kalau nak guna. Kiri sekali itu adalah Cikgu Ramli. Saya dah target nak pinjam majalah "Suara Pendidik". Majalah lama, keluaran tahun 80-an. Sesuai dibaca untuk pendidik-pendidik masa kini. Nanti cuti sekolah bulan 3, akan kupinjam!Ada banyak gambar-gambar lama masa Cikgu Ramli dan isterinya belajar di Kirkby College, Liverpool. Mereka satu kolej dengan Bainun, Permaisuri Perak sekarang. Gambo-gambo ni adik saya yang tampal. Saya tukang tengok je. Saya nak tolong tapi dia tak bagi. Konon nak dapat nama la tu dia yang tampal. Hampeh!Walaupun Cikgu Ramli ni dah tak berapa kuat kederat, tapi semangat dia nak buat itu, nak buat ini tu tinggi. Agaknya cikgu zaman dulu-dulu ni memang kuat semangat. Balik dari rumah Cikgu, saya dan emak ke kenduri rumah jiran pula.Petangnya dapat msg frenster dari Ikhsan."Ingat kamu kawen ke...tengok bunga manggar tu"."Cucu jiran aku kawenlah!"Mentang-mentang bunga manggar tu terpacak kat jalan masuk umah saya, tak pasal-pasal dituduh kawen. Lagi sekali Tekanan! Tekanan! HahaOk lah kawan-kawan. Ngantuk pulak. Nak titun dulu :) Jumpa nanti di KL...