Kuceng

Huwaarghhhh!!!!

Baru bangun tido ni. Qada tido pasal pagi tadi kena bangun awal macam biasa, walaupun hari Ahad, sebab kena pergi SKTTDI, ada majlis penyerahan bantuan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya salah seorang guru biasiswa Baitulmal sekolah. Apa-apa majlis berkaitan bantuan-bantuan kewangan ni kena la attend. Nasib baik ada Azwa sekali, dah setel uruskan tempat duduk penerima-penerima biasiswa kami lepak-lepak la di kantin sementara tunggu VIP yang sememangnya suka buat orang tertunggu-tunggu. Apsal VIP suke tak punctual ar? Hampeh je...


Semalam pergi tengok catshow di MidValley. Mulanya plan asal pergi dengan geng-geng matrik saya dulu, tapi tiba-tiba masing-masing ada hal. Penat je saya jadi mastermind sms dan call untuk inform akan aktiviti small gathering ni. Last-last tak jadi. Naseb baik Ina, rakan sekampung saya free. Kebetulan ofisnya dekat dengan MidValley. Ina bawa rakan-rakan seofisnya, maka dapat la saya berkenalan dengan rakan-rakan baru.



Akhirnya dapat juga saya menjamu mata melihat kuceng-kuceng. Sudah hampir setahun lebih saya tidak mempunyai kuceng kesayangan setelah kematian Uteh dan Bulat. Pedih sampai ke ulu hati woooo kalau kuceng kesayangan mati. Sob sob!


Sejenis spesies kuceng tiada bulu. Mula-mula geli nak pegang, tapi bila sentuh takde la geli sangat. Disebabkan tiada bulu, kuceng ni kesejukan, kesian pulak dia, dok menyusup-nyusup dalam towel. Menggeletar badan dia.


Kuceng muka lonjong, ehe


Dan dalam banyak-banyak kuceng, yang ni paling saya suke. Tengok la muka dia yang macho tu. Ala-ala muka harimau. I like! :)

Alolololo...tengok la bila dia tido. Comey giler. Memang best dibawak tido bersama ni, hehe. Tetiba teringat kat Uteh yang suka tido kat kaki saya pagi-pagi... Huhu

Satu hari nanti saya nak bela semula sekor dua kuceng. Becoz animal lover cannot live without animal. Eceh!!! :D



9 comments:

Azhar Ahmad said...

Adeh teringat kucen yang 30 ekor kat kampung tu....

nUr@dDeEn said...

Pergh! Banyaknya kucen kamu, HaR. Hebat2!

Er.. aku nak kucen tuh, nak, nak, nak! =]

Dandelion said...

Comelnyaaa! Tp kalau kucing muka pelik2 gitu mampu tgk jela. Harga nak beli sekor pun 'comel' sangat kan ;P

achik said...

golinya tgk kucing togel xde bulu tu.. ;p

hayad said...

azhar ahmad--> huwaaa, byk giler kuceng

nur@ddeen--> kuceng2 tu dah ada tuan lah!

dandelion--> aah, baik beli bj2 dr beli kuceng.kalo bela kuceng takpe, jgn beli kuceng :p

achik--> hehe, geli kan? tp sian dia takde sgt org nk sentuh dia

fiq said...

kesian yang xde bulu. betul ke xde bulu. ke kene cukur. mcm terseksa je

hayad said...

fiq--> dia mmg jenis yg takde bulu. takde gen resesif utk bulu la kiranya,hehhe.

lindosh said...

weh kesiannya tengok kucen tadek bulu tu.. isk dorang tak selimutkan dia ke?

hayad said...

hayad--> ada selimut.mmg kucen tu sendiri dok menyusup bwh selimut

Followers