Cerita Hari Ini

"Usatazah dari sekolah mana?". Tanya seorang ustaz, yang berdiri beratur di hadapan saya.

"Dari SMK **** ********. Tapi saya bukan ustazah".

"Oooo, ganti orang ke ni?"

"Tak. Memang saya Guru Baitulmal". Jawab saya.

"Oooo, ustazah sekolah tu mana?"

"Ada. Tapi masa posting memang saya terus dilantik jadi Guru Baitulmal".

Dalam hati kata aku pun tak tau kenapa aku kena lantik jadi Guru Baitulmal. Biasa la, jadi penyapu baru. Apa-apa tugas yang guru lama tak nak, kita yang baru la kena jadi pengganti. Hopefully saya tak jadi guru lama yang macam tu :p

Tapi saya tak kisah lah. Saya memang suka ke luar sekolah. Anggap je untuk release tension. Sebenarnya saya dijemput hadir ke Majlis Penyerahan Agihan Zakat dan Pengumuman Prestasi Kutipan Zakat 2007 di PWTC. Yang hadir semua ustaz dan ustazah, tu pasal ustaz tu panggil saya ustazah, hehe.

Lepas majlis ada jamuan makan tengah hari. Lepas makan majlis pun bersurai. Yang best dapat door gift.


Dapat pewter keychain, pen, buku nota dan Surah As-Sajdah, terbitan eksklusif Pusat Pungutan Zakat. Cari-cari juga muka Acai tadi. Tapi mungkin dia tak terlibat :p

Ahad lepas pergi lawat Ida dan baby barunya. Best pula tengok baby ni. Pasal kita hari-hari dok tengok emaknya mengusung perot. Bila dia lahir tak sabar nak tengok.




"Ida, nak try rasa perot hang leh tak?"

"Rasa la.. Pegang sini. Ni kepala dia ni. Ni dia tengah menendang. Leh rasa ni kat sini". Sambil Ida tunjuk-tunjuk.

"Wooo, keras giler. Tak sakit ke aku tekan ni?"

"Tak..."

Tak berani la nak pegang. Keras amat. Takut! hehe.




Namanya Siti Aisyah. Kena kuning pulak masa lahir. Terbakar la sikit kulitnya dek kena panahan cahaya lampu.

Ida pun cerita macam mana dia bersalin. Sambil Ida cerita sambil saya dan Kak Esha kerut-kerut muka.

"Eeeee...dia gunting? Eeee...dia masuk je gitu? Ouchhhh!!! Dia jahit je macam tu? Giler ah! Iskkk.... Biaq betoi?"

Adoi la. Macam mana nak bersalin ni. Takottttnyeeeer :D

Takpelah.. jangan pikir lagi.

"Kita enjoyy dulu!!!". Kata Puteri :p

Ok lah, nak pergi study sat ni. Esok nak mengajor ;)

7 comments:

mazudi said...

Penyapu baru?
Biasala. semua orang kena macam tu bila start kerja. haha

nUr@dDeEn said...

Eeeeiiiiooouuuu ... ko jangan le citer banyak2, aku pun seriau gak. Takut leee .. baru aku tau peritnye mak2 kite bersalinkan kite. Insaf ... insaf...!!

Hang memang guru berdedikasi lah, DaYaH! ;)

hayad said...

mazudi-->hahaha, ni mesti cikgu mazudi kena buli gak kat tempat baru ni :p

nur@ddeen--> tu la..sakit gile kan?

ermm..semoga aku terus berdedikasi sampai tua,hakhak

arsaili said...

penyapu baru tu apa...ada ala2 MB selangor kasi penyapu ker..erkkk salam maal hijrah moga tahun baru menjanji seribu kebahgiaan

hayad said...

arsaili--> tu penyapu lain :p

akirasuri said...

Erk!
Aku pun takut gak masa dengar membe aku cite pasal bende tu :|
ngeri :|

hayad said...

akirasuri--> tu la, takot kan kan kan kan? :D

Followers