Seposen

"Isk! Lambat la... "

Perempuan itu terkial-kial masukkan duit kertas dalam mesin. Ni la masalahnya guna wang kertas. Kadangkala direject sokmo oleh mesin.

"Jom pegi mesin lagi satu tu lah!". Kata saya pada sepupu.

Dan kami pun beratur. Mesin yang ini laju lah juga pergerakannya. Hampir tiba pada turn saya. Sedang menunggu pakcik berkopiah di depan memasukkan syilingnya.

"Astaghafirullah... tak cukup pulak seploh sen". Kata pakcik tu. Sambil dia tergopoh-gopoh mencari syiling di dalam poket seluarnya. Kelihatan panik sedikit, di belakang ada ramai lagi menunggu turn.

Di tangan saya ada seuncang duit syiling. Memang jika saya keluar saya mesti bawa uncang merah bercop USM. Ada hampir setengah kilo duit syiling untuk kegunaan di waktu-waktu kecemasan.

"Nah Pakcik!". Sambil saya masukkan seposen dalam lubang mesin tu.

"Terima kasih la. Pakcik ni baru sampai dari Taiwan. Duit syiling Taiwan banyak la ni". Sambil dia tunjukkan duit-duit tu atas tapak tangannya. Terkebil-kebil mataku melihat syiling-syiling itu, hahaha.




"Nah! Amek satu". Sambil hulurkan juga kepada sepupu saya.

"Eh... Terima kasih pakcik!"


Setelah dapat tiket, kami pun blah.

"Eeee..seronoknya dapat duit Taiwan!"

"Alaaa... tak heran la dapat duit Taiwan."

"Oooo, tak heran ek? Bak sini bagi orang". Kata saya.

"Eh, mana boleh!"

Ha, tau plak tak mahu bagi. Bukan la saya 'perak' sangat pasal dapat duit Taiwan, tapi pada saya, I should appreciate whatever people give me. Sape tak seronok kan bila dapat samting dari orang lain.

Setelah digoogle-google, nilai syiling 10 Taiwan Dollar ini diconvert pada Ringgit Malaysia ia bernilai 1.00989 MYR. Ada juga converter yang menukarnya menjadi 1.02558 MYR. Alahai.... sikit benor ler, hehehe.

Ok la tu. Ko pun bagi seposen je kat pakcik tu!!!

Aah, kan? hehehe :D


14 comments:

Azhar Ahmad said...

Ok lah tu... Betulkan Janji Allah, ko bagi seposen kat orang, ko dapat singgit...

faisal said...

hehehe, jarang sangat tengok duit syiling negara org len,hehee..:)

hayad said...

azhar ahmad--> yer :)

faisal--> tu la pasal :D

Pa'chik said...

kawan aku dulu... ada jepun lewat nak gi miting... mintak dia antar... dia tak layan pasal sibuk nak buat kerja... last-last jepun tu bagi jam tangan sutas, duit melaya dua ratus, duit amareka dua ratus.. huuuhhh dengki betul.. haha...

Alex Lacey said...

jangan tersalah guna udah la duit taiwan tu....simpan masuk album lah...hehehe

arianna adrizal said...

lau duit taiwan tu masuk mesin, sah2 kena rejek. tp kalo bayo kat kaunter.. org tu kekadang tak pasan pun. hehe

hayad said...

pa'chik--> nmpk sgt kwn tu mata duitan..

alex lacey--> aah, akan disimpan buat kenangan :)

arianna adrizal--> aah, btoi btoi!! :D

lindosh said...

duit siling pepelik wat kenangan je.. cam setem2.. boh dalam buku heh

nUr@dDeEn said...

HeHeHe ... tu la untung tulung orang. Kat dunia dah nampak hasilnya!! SYABAS behta!

achik said...

mana tau pasni buleh la ada hobi baru.. kumpul duit negara lain.. ;)

hayad said...

lindosh--> yer, btul :)

nur@ddeen--> heh heh

achik--> mungkin...hurmmm ;)

hakim dirani said...

Saya, dulu suka juga kumpul duit negara lain. tapi asyik-asyik lesap ja. sekarang dah tidak

fiq said...

dulu kecik2 selalu tolong tourist amik gamba kat masjid negara. aku skola sana. dapat la duit china. hehehe

hayad said...

hakim dirani--> lahh..camne leh lesap???

fiq--> bgs jgk xtvt ko tu...leh wat bisnes :p

Followers