Maaf, Ini Entry Lepas Geram dan Ayat-ayatnya Hampir Tidak Bermoral

Budak-budak sekarang memang hampeh. Kurang ajar!!!!

Berani menipu cikgu.

Pantang betul aku anak murid menipu!!! Menipu yang ringan-ringan masih boleh saya terima. Tapi ini menipu yang maha berat.

Ingat ko saper?

"Jangan nak kurang ajar dengan saya!!! Ingat saya sape? Yang kamu tipu ni cikgu kamu! Ni mesti dah biasa menipu mak bapak sampai berani menipu cikgu! "

Dia melenting bila aku sebut mak bapak. Dia tinggi suara. Dia melawan!

Kurang ajar punye budak. Aku memang marah giler. Badan aku dah menggeletar. Kalau aku tengah marah tahap syaitan memang badan jadi berapi. Dada rasa bergegar. Rasa nak bagi penampor tang muka dia! Tiba-tiba terbayang kalau tiba-tiba dia cekik aku. Dia lelaki. Tingkatan 4. For sure badan lagi besar dari aku.

Aku dah pikir, kalau dia buat apa-apa kat aku, aku nak tendang je anu dia.

@#$%&*@!

Untuk keselamatan saya, esok kena beritahu guru disiplin.

**Masih lagi berapi ni. Rasa nak... eeee.... Ko tunggu, ko buat hal lagi, ko kurang ajar lagi, aku lagi nak kurang ajar dengan ko!!!

**Mendidik jadi susah bila tiada rotan. Bukan ke Islam pun suruh guna rotan. Ahhh, sekarang guru tak boleh pegang rotan, tak boleh itu, tak boleh ini. Ini semua peraturan-peraturan dan larangan-larangan yang membataskan perbuatan guru untuk mendidik. SUCKS ok!!!!



Kuceng

Huwaarghhhh!!!!

Baru bangun tido ni. Qada tido pasal pagi tadi kena bangun awal macam biasa, walaupun hari Ahad, sebab kena pergi SKTTDI, ada majlis penyerahan bantuan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya salah seorang guru biasiswa Baitulmal sekolah. Apa-apa majlis berkaitan bantuan-bantuan kewangan ni kena la attend. Nasib baik ada Azwa sekali, dah setel uruskan tempat duduk penerima-penerima biasiswa kami lepak-lepak la di kantin sementara tunggu VIP yang sememangnya suka buat orang tertunggu-tunggu. Apsal VIP suke tak punctual ar? Hampeh je...


Semalam pergi tengok catshow di MidValley. Mulanya plan asal pergi dengan geng-geng matrik saya dulu, tapi tiba-tiba masing-masing ada hal. Penat je saya jadi mastermind sms dan call untuk inform akan aktiviti small gathering ni. Last-last tak jadi. Naseb baik Ina, rakan sekampung saya free. Kebetulan ofisnya dekat dengan MidValley. Ina bawa rakan-rakan seofisnya, maka dapat la saya berkenalan dengan rakan-rakan baru.



Akhirnya dapat juga saya menjamu mata melihat kuceng-kuceng. Sudah hampir setahun lebih saya tidak mempunyai kuceng kesayangan setelah kematian Uteh dan Bulat. Pedih sampai ke ulu hati woooo kalau kuceng kesayangan mati. Sob sob!


Sejenis spesies kuceng tiada bulu. Mula-mula geli nak pegang, tapi bila sentuh takde la geli sangat. Disebabkan tiada bulu, kuceng ni kesejukan, kesian pulak dia, dok menyusup-nyusup dalam towel. Menggeletar badan dia.


Kuceng muka lonjong, ehe


Dan dalam banyak-banyak kuceng, yang ni paling saya suke. Tengok la muka dia yang macho tu. Ala-ala muka harimau. I like! :)

Alolololo...tengok la bila dia tido. Comey giler. Memang best dibawak tido bersama ni, hehe. Tetiba teringat kat Uteh yang suka tido kat kaki saya pagi-pagi... Huhu

Satu hari nanti saya nak bela semula sekor dua kuceng. Becoz animal lover cannot live without animal. Eceh!!! :D



Cuti Hatiku Girang

Got this forwarded sms from Aboh :

B*d*w* & S*my V*ll* in helicopter. Looking down at KL, B*d*w* said " if I throw 2 pcs RM100 notes down, 2 people are going to be happy". S*my V*ll* said "if I throw 200 pcs RM1 notes, 200 people will be happy". Pilot heard and said if I throw both of you down, 27 million malaysian people will be happy.

Oh, berani mati boh kenyataan gini kat blog sendiri, hahaha.

Dah la tahun ni ajor kimia form 4 dot dot dot, yang didiami cucu S*my V*ll*.

Esok cuti umum Thaipusam, nak cuci sawang rumah, nak jual surat khabar lama, nak jual kotak-kotak bekas beli barang-barang, nak basuh toilet, nak basuh baju, nak buat kerja sekolah.

Daaaa... :D


Seposen

"Isk! Lambat la... "

Perempuan itu terkial-kial masukkan duit kertas dalam mesin. Ni la masalahnya guna wang kertas. Kadangkala direject sokmo oleh mesin.

"Jom pegi mesin lagi satu tu lah!". Kata saya pada sepupu.

Dan kami pun beratur. Mesin yang ini laju lah juga pergerakannya. Hampir tiba pada turn saya. Sedang menunggu pakcik berkopiah di depan memasukkan syilingnya.

"Astaghafirullah... tak cukup pulak seploh sen". Kata pakcik tu. Sambil dia tergopoh-gopoh mencari syiling di dalam poket seluarnya. Kelihatan panik sedikit, di belakang ada ramai lagi menunggu turn.

Di tangan saya ada seuncang duit syiling. Memang jika saya keluar saya mesti bawa uncang merah bercop USM. Ada hampir setengah kilo duit syiling untuk kegunaan di waktu-waktu kecemasan.

"Nah Pakcik!". Sambil saya masukkan seposen dalam lubang mesin tu.

"Terima kasih la. Pakcik ni baru sampai dari Taiwan. Duit syiling Taiwan banyak la ni". Sambil dia tunjukkan duit-duit tu atas tapak tangannya. Terkebil-kebil mataku melihat syiling-syiling itu, hahaha.




"Nah! Amek satu". Sambil hulurkan juga kepada sepupu saya.

"Eh... Terima kasih pakcik!"


Setelah dapat tiket, kami pun blah.

"Eeee..seronoknya dapat duit Taiwan!"

"Alaaa... tak heran la dapat duit Taiwan."

"Oooo, tak heran ek? Bak sini bagi orang". Kata saya.

"Eh, mana boleh!"

Ha, tau plak tak mahu bagi. Bukan la saya 'perak' sangat pasal dapat duit Taiwan, tapi pada saya, I should appreciate whatever people give me. Sape tak seronok kan bila dapat samting dari orang lain.

Setelah digoogle-google, nilai syiling 10 Taiwan Dollar ini diconvert pada Ringgit Malaysia ia bernilai 1.00989 MYR. Ada juga converter yang menukarnya menjadi 1.02558 MYR. Alahai.... sikit benor ler, hehehe.

Ok la tu. Ko pun bagi seposen je kat pakcik tu!!!

Aah, kan? hehehe :D


Cuti Awal Muharram

Lega sikit hari ini cuti. Boleh setelkan kerja-kerja pengkeranian yang perlu dibereskan segera tu.


Semalam saya dapat laptop Hak Kerajaan Malaysia ni. Keenam-enam kami guru sains dan matematik dapat. Baru dapat ok! Sampai saya dah beli laptop sendiri pun.

"Dayah, bagi Kak Esha guna la leh? Nak guna ajaq LK ngan Ekonomi Asas". Tanya Kak Esha housemate saya.

"Guna je la Kak Esha... Tapi kalo orang maintanaince tu datang, dayah nak pi antaq tau. Pasal mamat tu ensem Kak Eshaaa... hahaha!!!"

"Ceh!"

SALAM MAAL HIJRAH 1429 SEMUA!!!

Saya mahu jadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Amin :)


Cerita Hari Ini

"Usatazah dari sekolah mana?". Tanya seorang ustaz, yang berdiri beratur di hadapan saya.

"Dari SMK **** ********. Tapi saya bukan ustazah".

"Oooo, ganti orang ke ni?"

"Tak. Memang saya Guru Baitulmal". Jawab saya.

"Oooo, ustazah sekolah tu mana?"

"Ada. Tapi masa posting memang saya terus dilantik jadi Guru Baitulmal".

Dalam hati kata aku pun tak tau kenapa aku kena lantik jadi Guru Baitulmal. Biasa la, jadi penyapu baru. Apa-apa tugas yang guru lama tak nak, kita yang baru la kena jadi pengganti. Hopefully saya tak jadi guru lama yang macam tu :p

Tapi saya tak kisah lah. Saya memang suka ke luar sekolah. Anggap je untuk release tension. Sebenarnya saya dijemput hadir ke Majlis Penyerahan Agihan Zakat dan Pengumuman Prestasi Kutipan Zakat 2007 di PWTC. Yang hadir semua ustaz dan ustazah, tu pasal ustaz tu panggil saya ustazah, hehe.

Lepas majlis ada jamuan makan tengah hari. Lepas makan majlis pun bersurai. Yang best dapat door gift.


Dapat pewter keychain, pen, buku nota dan Surah As-Sajdah, terbitan eksklusif Pusat Pungutan Zakat. Cari-cari juga muka Acai tadi. Tapi mungkin dia tak terlibat :p

Ahad lepas pergi lawat Ida dan baby barunya. Best pula tengok baby ni. Pasal kita hari-hari dok tengok emaknya mengusung perot. Bila dia lahir tak sabar nak tengok.




"Ida, nak try rasa perot hang leh tak?"

"Rasa la.. Pegang sini. Ni kepala dia ni. Ni dia tengah menendang. Leh rasa ni kat sini". Sambil Ida tunjuk-tunjuk.

"Wooo, keras giler. Tak sakit ke aku tekan ni?"

"Tak..."

Tak berani la nak pegang. Keras amat. Takut! hehe.




Namanya Siti Aisyah. Kena kuning pulak masa lahir. Terbakar la sikit kulitnya dek kena panahan cahaya lampu.

Ida pun cerita macam mana dia bersalin. Sambil Ida cerita sambil saya dan Kak Esha kerut-kerut muka.

"Eeeee...dia gunting? Eeee...dia masuk je gitu? Ouchhhh!!! Dia jahit je macam tu? Giler ah! Iskkk.... Biaq betoi?"

Adoi la. Macam mana nak bersalin ni. Takottttnyeeeer :D

Takpelah.. jangan pikir lagi.

"Kita enjoyy dulu!!!". Kata Puteri :p

Ok lah, nak pergi study sat ni. Esok nak mengajor ;)

Ex - Rumet

Tahun 2003 yang lalu...

Alamak!!! Aku berumet dengan dia ni ke?? Isk... Macam tak selesa je...

Saya biasa nampak dia di sekitar Desa Indah Kembara. Masa tahun satu dia di blok lain.

Dia budak HBP (Housing Building and Planning) atau sinonim dengan gelaran Hantu Balik Pagi. Geng-geng dia menakutkan! Mengerikan!

"Hye!!! Nama sape?"

"Anis! Awak?"

"Hidayah. Panggil dayah jer".

"Kos aper?", tanya Anis.

"Cikgu... Awak?".

"Architecture".

"Ooooo..mesti best lukis-lukis!"

"Hahaha, best la sangat! Jadi cikgu lagi best!".

Hahahaha, huhuhuhu, hohohoho, heh heh heh...

Kami pun bersembang-sembang. Ok juga. Takde la kekok sangat.

Suatu hari Anis bagitahu...

"Nak cakap sikit ni dengan awak. Kos saya ni selalu tak tido malam. Kawan-kawan saya satu kos pun akan selalu datang lepak sampai pagi. Saya takut awak tak selesa. Ganggu tidur malam-malam. Kami kalau tengah buat kerja mulut tak boleh senyap. Bukan la nak menghalau, tapi kalau awak setuju, leh tukar bilik depan. Depan tu kawan satu kos saya".

Saya pun berfikir dan berfikir. Bilik yang sekarang ni bilik dua orang. Bukan senang nak dapat menginap di bilik dua orang ni. Biasanya insan-insan yang aktif saja dapat menginap di bilik dua orang. Tapi kami berdua bukan aktif tahap gaban pun. Tapi rezeki dapat bilik dua orang.

Bilik kami yang best!


Setelah berfikir, saya beritahu Anis, saya tak mahu tukar pasal suka bilik dua orang. Tak sesak. Akhirnya kami berdua jadi kamceng. Kawan-kawan Anis jadi kawan-kawan saya. Kawan-kawan saya juga jadi kawan-kawan Anis.

Kawan-kawan Anis datang siapkan projek sampai tengah malam meleret ke pagi-pagi buta. Mereka berhu-ha-hu-ha sambil buat kerja. Saya tidur kesedapan sambil mimpi-mimpi.

Tiap-tiap pagi lepas bangun tidur, Anis mesti tanya, "Semalam kami bising giler, hang tak dengaq ka? Depa semua takut hang marah. Kami siap panjat kerusi tengok hang tidoq tak sedaq apa!"

"Hahaha, tak dengaq pun. Tu la, untung hang dapat rumet cam aku. Aku tidoq mati . Hehehe...".

Masa ada projek Anis selalu tak tido malam. Dia tido siang-siang. Bila tengok Anis tido, saya pun apa lagi..tido la jugak! Mana tahan tengok rumet tido, kita study, haha.

Dua tahun kami duduk di bilik yang sama. Dua tahun memang merapatkan hubungan kami. Mama Anis pun baik. Kalau datang mesti bawa makanan. Kawan-kawan Anis dia anggap macam anak dia sendiri juga. Anis juga kini berkerja di Kuala Lumpur. Tapi bukan sebagai arkitek. Tapi Pegawai Tadbir Diplomatik. Kata dia, dia memang takmau jadi arkitek!

Dan semalam Anis kawen di Putrajaya. Kenduri rumahnya di Penang tak dapat saya hadiri. Nyaris sempat datang ke kenduri di Putrajaya ni. Itupun dah lewat pasal Cikgu Nurul ni ada meeting pulak kat sekolah dia.

Bersama sebahagian kawan-kawan Anis yang selalu buat bising di bilik kami dan sebahagian kawan-kawan saya.



SEMOGA ANIS BERBAHAGIA DI SAMPING SUAMI TERCINTA :)

2 0 0 8

Pagi tadi pergi sekolah. Ada hari pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 1. Saya telah ditugaskan untuk membuat dokumentasi. Ambil-ambil gambar, kemudian perlu didokumentasikan. Kojo sonang jo tu ;)

Image Hosted by ImageShack.us


Tahun ni tak jadi guru Tingkatan 1. Ajar tingkatan 1 pun tak lansung! Ting.1 ni senang juga nak handle. Sekali sergah, kecut juga muka diorang. Tapi yang payahnya pasal mereka ini masih keanak-anakan. Segala benda nak mengadu kat cikgu.

Teacher, he took my pen la....

Teacher, i lost my eraser la...

Teacher, he stole my sharpener la...

Alahai...semol matter je punyer masalah.

Tapi tadi kena uruskan juga pendaftaran kelas Ting. 1 Gigih. Artis N*n* J*r*n ada 2 anak masuk Ting.1. She's nice. Antara golongan parent yang tidak banyak karenah. Sonang kojo den.

Ini entry pertama saya untuk Tahun Dua Kosong Kosong Lapan. Azam tahun baru?? Saya nak tukar la. Macam takde nama lain je. Asek-asek Azam je. Cuba letak Ariffin ke, Adam ke, Ahmad ke...hahaha, tak lawak! Tak lawak!

Tahun 2008...hurm, apa pencapaian terlampau saya yer? Macam takde je. Tidak seperti tahun 2006, ada satu pencapaian terlampau telah berlaku. Cuma tahun lepas di akhir februari 2007 saya telah berjaya menjadi wanita yang bekerjaya,cewah!

Yang paling pertama sekali azam saya tahun ini adalah untuk bangun pagi pada jam 6 pagi. Kalau boleh sebelum azan subuh. Kerana sepanjang tahun 2006 saya selalu bangun lagi setengah jam nak pergi sekolah :p Oleh itu ia menjadikan saya seperti lipas kudung. Kalau baju tak iron lagi, maka saya terus jadi lipas gila meroyan. Oleh yang demikian, azam yang perlu dicapai dalam masa terdekat ini ialah bangan seawal subuh, maka dengan itu saya ada banyak masa untuk baca Mathurat. Dah lama tak baca Mathurat, pasal sokmo tak sempat pagi-pagi. Rugi... rugi...

Azam yang lain-lain adalah :

1. Ingin memiliki seketul oven.
2. Ingin memiliki sebijik mixer.
3. Ingin naik kapal terobang. Tak penah naik lagi. Malu jer kan? :p
4. .....
5. .....
6. .....

dan yang seterus-seterusnya akan ditambah mengikut masa, keadaan dan kesesuaian dan tidak perlulah diceritakan semuanya di sini. Ianya akan direkod ke dalam sebuah buku Secret.

Dan yang pentingnya...

Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Pada akhir zaman kelak, manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya." (Riwayat at-Thabrani)

Kalau ada peluang bisnes habaq la nooo.. kot kita boleh bekerjasama untuk menjadi kaya :p


SEMOGA SELAMAT SEMUANYA DI TAHUN 2008

:)


Followers