Dikarang oleh
hayad
on Monday, December 31, 2007
Dikarang oleh
hayad
on Tuesday, December 25, 2007
Sangat puas beraya dan bercuti bersama sanak-saudara :)Perjalanan saya melebihi 90 marhalah, maka sekali lagi entry saya ini panjangnya 90 marhalah. Anda dinasihati supaya melawat blog-blog lain terlebih dahulu sementara menunggu blog saya habis loading :pPagi hari raya kami sekeluarga sembahyang raya di MATRI ( Ma'had Attarbiyah al-Islamiyah), sekolah sepupu saya. Meriah juga sambutan Hari Raya Korban di Perlis. Tak macam tempat saya la. Sekali-sekala seronok juga beraya di tempat orang.Hari Jumaat kami sekeluarga pergi Pulau Langkawi ramai-ramai. 5 buah family semua pergi kecuali family Pak Long. 
We are cousins! Sempat berposing sebelum pergi LangkawiSampai Langkawi lebih kurang pukul 3 petang. Menetap di Kompleks Kastam. Sewa satu rumah di situ. Dapat la murah sikit. Disebabkan sampai Langkawi pun dah lewat, tak dapat la nak berjalan ke mana-mana lagi. Geng mak-mak kami ni pulak dah tak sabar nak soping...huhu.Hari Sabtu baru sempat pergi jalan-jalan. Itu pun pergi Gunung Macinchang je. Tapi memang puas hati lah! ;)Here we go!!!

Muka tak sabar nak naik gunung

Tapi bila gondola on da way naik atas kecut perut dibueknyo

At last we are now at 710 meter above the sea level
Rasa nak terbang jer,heheheEnjoy the view dude!









Ni baru betul atas angin :p

Titi ni goyang-goyang. Hanya yang berani mampu mengatasi,kekeke
Banyak lagi tempat tak sempat pergi. Ye lah, dah pergi satu malam jer, mana cukup. Balik dari Gunung Macinchang, turn mak-mak kami pulak bersoping pinggan-mangkuk. Kami yang muda-muda soping ceklat je la
Kami meninggalkan Langkawi sebaik sahaja matahari terbenam ;)
Kami bakal melakukan lagi trip ke Langkawi ini sekali lagi pasal banyak lagi tempat tak pergi. Mak, Mak Lang, Pak Lang, Pak Ndak dah tak mahu naik Gunung Macinchang. Tapi kami yang lain masih mahu naik gondola lagi :p Maka trip akan datang, geng mak-mak akan ditinggalkan di kedai-kedai pinggan-mangkuk sementara kami menikmati pemandangan yang indah di atas angin :p
Balik semula ke rumah makcik di Kangar. Sampai jam 8.40 malam di Jeti Kuala Perlis. Malamnya semua keletihan. Rehat-rehat dan lepak-lepak kerana esok pagi ada agenda lain pula. Agenda itu adalah berkelah di Gua Kelam.
Ini kali kedua saya ke Gua Kelam. Kali pertama semasa 1st year, tu pun sebab kena pergi kursus BTN di Kaki Bukit tu.
Pukul 5 petang kami meninggalkan rumah makcik di Kangar dan balik ke Perak. Family Mak Sue dan Mak Ndak saya akan singgah rumah saya di Perak. Mereka akan tidur semalam lagi sebelum masing-masing balik ke Pahang dan KL.
On Da Way balik Perak, kereta kami terlewat sikit. 3 buah sudah lepas ke depan. Kami pun jalan punya jalan, tiba-tiba tersesat! Kami terlepas simpang,hehe.
"Hei!! Lain macam je jalan ni. Kita tak lalu sini masa pegi aritu". Kata Kak Wanie.
"Aah la". Sahut saya.
Dan tiba-tiba kami nampak.....

Apa lagi, posing la ;) bukan senang nak pegi UUM kanSampai rumah saya sudah pukul 11 malam. Singgah makan kat Juru pun dah lama. Hari Isnin pagi sempat lagi kami mandi air terjun area rumah saya ni. Tak cukup dengan mandi kat Gua Kelam. Apa-apa pun yang penting best! Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai. Sekali ada peluang kita enjoy dan erat-eratkan antara satu sama lain. Kesimpulannya, spending time with family is the best moment! ;)Ok lah, saya nak packing barang, lepas zuhur nak balik KL. Uwaaaa!!! Cuti dah nak abessss... Malasnye nak pegi sekolah,hehe. Semalas-malas cikgu, anak murid lagi malas tau!!! :p
Dikarang oleh
hayad
on Wednesday, December 19, 2007
Petang ini kami sekeluarga akan bertolak ke Perlis. Kesemua enam buah famili akan menyambut Aidil Adha di sana. Ikut hati malas jugak nak pergi,hehe. Tapi kena la jadi sporting kan ;)Kuih raya tak la sehebat Raya Aidil Fitri, tapi adalah juga buat. Semalam sempat juga buat kek coklat ni. Sebagai buah tangan. Takdela datang rumah orang melenggang kangkung je kan, walaupun sedara sendiri.
Ina, i like this choc cake very much! Resepi dari MamaFami kan? Ada juga sorang cikgu tu bagi resepi kek coklat dia. Masa makan yang dia buat sedap. Bila buat resepi yang dia bagi, tak jadi macam yang dia buat. Tak tahu la kot ada ingredient yang dia rahsiakan. Payah nak dapat resepi orang ni kadang-kadang. Apa-apa pun resepi yang Ina bagi ini amatlah memuaskan tunas rasa di lidahku ini :p
Tang bab hias-menghias kek ni yang lomah ni. Hentam kromo jelah yer.Oklah, SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA semua. Minta maaf zahir dan batin :)
Dikarang oleh
hayad
on Monday, December 17, 2007
Saya ada tanya JiwaRasa, macam mana dia curi-curi masanya untuk membaca buku. Kalau pergi blog dia, ada saja buku-buku yang dia khatamkan. JiwaRasa kata nanti dia ceritakan rahsia dia dapat baca banyak buku. Saya sedang nanti-nantikan sangat entry dia yang itu.Dua buah buku di bawah ini berjaya saya tamatkan. Yang nipis tu karya Habiburrahman El-Shirazy, penulis novel Ayat-ayat Cinta. Disebabkan nipis saya berjaya habiskan dalam masa sejam lebih. Tapi novel Faisal Tehrani, Bila Tuhan Berbicara itu mengambil masa hampir 2 bulan baru habis! Alahai.... JiwaRasa, cepat la bagi tips!
** Hatiku Girang. Nak tahu tak? Saya sedang berblog sambil landing di dalam bilik saya berdinding kayu ini. Tak perlu lagi berebut internet dengan Tuan Besar dan budak sekolah sorang tuh. Maxis Broadband wujud di kampung saya ni. Yeehaaa!!! Orang kampung!! Dengo sini semua, moh pakat maen intenet!! hehe** Aritu tanye Cine tu dia kata takde, KL saja ada. Ceh! Memandai je dia. Moral of the story, jangan dengo cakap orang, cuba dulu baru tahu.
Dikarang oleh
hayad
on Saturday, December 15, 2007
Dikarang oleh
hayad
on Tuesday, December 11, 2007
Sekarang musim hujan kan? Semalam dan hari ini tiada panahan cahaya matahari yang terik. Hujan-hujan ni syok! Dulu zaman sekolah, saya suka study semasa hujan. Best.
Sudah 2 kali saya dan mak lencun kebasahan semasa ambil mak balik kerja. Al-maklum la, naik motor je kan. Pernah dulu ada mamat tu naik kereta, tunjuk ibu jari kat saya. Mentang-mentang dia naik kereta. Berlagak! Ko tunggu la aku ada kereta!
Dalam hujan renyai-renyai petang tadi, saya terpaksa pergi ke Bandar Diraja sebab nak beli keyboard. Keyboard yang ada ni dah gelong pasal saya tertumpahkan nescafe panas atasnya pagi tadi :D Selalu tu takde pulak nak tumpah. Sebelum Tuan Besar (baca : abah saya) balik keje, lebih baik saya pergi cari ganti yang baru, hehehe.Walaupun diganti baru, tetap juga kena berterus terang kan :D"Lain kali bawak nasi, lauk-pauk, kuali masak depan komputer tu".Hehehe, kan dah kena. Padan muke saya :D Oh ya! Ada sapa-sapa boleh tolong bagi penjelasan pada saya tentang gambar di bawah ini? 
Kalau dah TAK BOLEH PAM, buat ape jual? Ke boleh buat tukun tiruan???
Lokasi kedai : Kedai alat tulis sebelah kedai motor di Bandar Diraja Perak.
Dikarang oleh
hayad
on Monday, December 10, 2007
Hari ni pergi kenduri kawen lagi. Kenduri kawen saudara sebelah abah. Tapi saya pun tak kenal pasal dah melibatkan 2 pupu la, 3 pupu la. Malas dah nak letak gambar orang bersanding. Saya nak letak gambar bunga pulak. Sebab balik dari kenduri, kami singgah jengok pameran orkid.Saya tak beli sepokok pun. Mak saya dengan Mak Lang saya je beli. Mak Lang memang fanatik pada orkid. Saya pulak, fanatik ambil gambar :)









Kalau saya banyak duit macam suami Erra Fazira, saya beli je semua pokok-pokok orkid yang dah siap berbunga nih. Beli anak pokoknya, jenuh nak tunggu berbunga.

"Tokeii!!! Kasi angkat ini bunga-bunga 3 lori, antar wa punya rumah. Nanti kira, wa kasi cek bayar sama lu".
Hahaha!!!
Oh, ya! Benda paling seronok berlaku hari ini, saya jumpa kawan sekelas masa matrik yang telah lama tidak berjumpa. Kami tidak lost contact. Cuma tak pernah berjumpa selepas masing-masing masuk U. Sedang asyik usha-usha barang dalam Tesco, tiba-tiba ada suara menjerit nama saya. Elok saya menoleh, menjerit saya dibuatnya. Berpelukan kami seketika.
Ana, kawan sekepala saya semasa di Praktikum Hayat 27 ;) Juga seorang guru. Mengajar di Miri. Katanya dia akan bertunang Raya Haji ni. Nikahnya Ogos tahun depan.
"Hahaha, ni mesti gara-gara nak mintak tukar semenanjung balik kan?".
"Hehehe, mesti lah!". Kata Ana.
Nasib baik saya mengajar di KL :D
Dikarang oleh
hayad
on Saturday, December 08, 2007
Lagi seorang kawan sekolah saya kahwin.
Ain, seorang yang otak memang giler-giler. Sepanjang kenal Ain, tak pernah tengok dia sedih. Selalu saja dengan lawak bodohnya. Ain juga seorang guru, mengajar anak-anak kecil di sekolah rendah. Bertemu jodoh dengan seorang ahli bomba, yang juga senior kami di sekolah menengah yang tidak kami sedari kewujudannya. Bukan setakat satu sekolah, tapi satu kampung dengan ain!Disebabkan Ain kawan yang best, ada di antara rakan-rakan yang sepatutnya berkerja pada hari Sabtu, rela mengambil cuti untuk meraikan Ain.
Kami sekelas yang masih tidak lost contact :)
Doa kami semoga Ain berbahagia selalu. Terasa seperti kehilangan Ain pulak. Dapatkah lagi kita menjadi giler-giler meroyan serta berhu-ha-hu-ha???
Kalau bukan depan 'tok laki' Ain boleh kot kan? :D
Dikarang oleh
hayad
on Thursday, December 06, 2007
Hari ini di kota berlumpur ini hujan dari pagi. Sekarang pun masih hujan. Kalau ikut hati mahu saja tidur. Bukankah tidur berlebihan itu boleh memanjangkan umur. Ini fakta yang saya ada terbaca la. Kalau tak betul jangan marah saya pulak. Pergi marah saintis yang buat kajian tu!Walaupun hujan lebat di luar saya terpaksa juga pergi ke sekolah. Itupun setelah jam pukul 11 pagi. Konon mahu tunggu hujan reda. Tapi tak reda-reda, makin lebat adalah. Hujan kan rahmat. Kalau tak hujan, kamu semua larat ke nak siram pokok-pokok kat hutan nun?Setelah selesai urusan di sekolah, saya balik semula ke rumah. Lepas zuhur saya keluar semula. Pergi ke Jalan Yap Kwan Seng. Betul ke nama jalan ni? Itu la yang saya dengar dari mulut pakcik teksi tu. Hujan-hujan ni satu hal pula nak dapat teksi. Punya la susah. Tahan-tahan, tak benti. Tahan-tahan, benti, tak mahu pulak ke destinasi yang saya hendah tuju. Apa daaa, orang nak bagi duit, tolak! Tak bijak langsung! Nasib baik akhirnya dapat teksi. Pakcik tu pulak garang. Dah nak hampir sampai baru dia ringan-ringan mulut tanya itu ini pulak. Saya pun layan ajelah, orang tua bersembang kan...Selepas selesai urusan di Jalan Yap Kwan Seng tu, saya masuk KLCC dengan tujuan nak bayar bil air rumah sewa. Sebenarnya bil air ni saya dah bawa balik Perak. Ingatkan boleh bayar kat Pejabat Pos Padang Rengas tu. "Bil api adik boleh bayar mana-mana pejabat pos. Tapi bil air ni SYABAS yang punye. So kena bayar kat sana. Tak boleh bayar kat Perak".Ooooooooooooo, mana saya tau :pLepas bayar bil air tu, saya tak tahu nak buat apa. KLCC ramai orang. Pelancong pun ramai. Ada pokok Krismas tingiiiiiiiiiiiii kat tengah-tengah tu. Tinggi dia macam pokok kacang dalam cerita dongeng Jack and the Beanstalk! Rugi pulak tak bawa camera...Disebabkan tak tahu nak buat apa, saya masuk aje la Kedai Buku Times. Tak tahu pasal apa kaki ke situ. Masuk-masuk aja, terus nampak buku tu. Betul-betul display depan pintu masuk. Kenapa ntah beli buku ni. Belek-belek, selak-selak, terus pergi kaunter. Cashier pun pandang-pandang masa saya nak bayar. Ek eleh! Rilex la beb! Ceq pandai jugak baca buku omputeh! Tinggal la senaskah lagi buku yang sama depan pintu tu. Harap-harap dia pun ada orang beli. Kesian, partner dia saya dah beli. Harga asal Rm79.90. Ada diskaun 20%. Disebabkan dalam purse matawang telah berkurang, terpaksa withdraw sikit untuk bekalan balik Perak esok.Lepas keluar kedai buku, jalan-jalan lagi depan. Eeee, ramai sungguh maknusia. Tapi rasa saya aja di kalangan maknusia tu yang jalan sorang-sorang. Terasa sungguh hampeh. Nak buat macam mana, kawan-kawan ramai yang keje office hour. Mana ada cuti. Saya perhati juga, mana tahu jumpa muka-muka yang saya kenal. Tapi haraaaammm, sekor pun takde. Satu je yang saya harapkan. Jangan la ada anak murid yang nampak saya. Tapi rasanya mereka tak cam kot!Ahh, dah dah la perhati orang. Balik umahlah. Semasa tukar tren, sempat beli McD kat KL Central. Mula-mula ingat nak beli nasi goreng kat kedai Pak Syed depan flat tu. Tapi saya malas nak tawaf satu flat bila sampai nanti. Nak masuk je secara haram kat TNB punye rumah tu. TNB penah pasang pagar baru, tapi tak lama lepas tu ada la manusia yang berperikemanusiaan gunting pagar tu. Jadi kami warga flat dapat semula jalan short cut :) Manusia yang buat tu amat berperikemanusiaan, tak macam TNB :p Ok lah, saya nak sambung baca buku pasal nak jadi kaya tu lah! Antara amalan yang saya tahu untuk jadi kaya ialah banyak-banyak baca surah Al-Waqiah. Pernah jadi rajin giler baca surah ni. Tapi selepas beberapa ketika malas semula. Macam mana la nak kaya, buat sesuatu tak pernahnya berterusan! Saya lah tu! Hurmmmm....
Dikarang oleh
hayad
on Monday, December 03, 2007
AMARAN!!!
Karangan saya kali ini adalah karangan berdasarkan gambar. Panjangnya melebihi 90 marhalah. Harap bersabar me'loading'. Terima Kasih.
Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan sepupu saya serta kawan sepupu saya telah pergi ke Bukit Merah. Kami ke Bukit Merah menaiki kereta. Kami sampai di Bukit Merah pada jam 12 tengah hari. Kami seronok berada di Bukit Merah. Kami terasa seperti ingin menjadi kanak-kanak semula. <--- ini contoh pendahuluan yang amat baik. dapat 3 markah! 
Destinasi pertama adalah pergi ke Pulau Orang Utan.


Di pulau ni ada 22 ekor Orang Utan. Seronok jugak pergi pulau ni. Yang tak bestnya tak dapat pegang Orang Utan ni. Kalau di Zoo Melaka, boleh peluk-peluk lagi masa ambil gambar. Baru best.
Ni semua anak-anak lagi. Baru 2,3 tahun. Yang tua-tua mak bapak diorang semua dok dalam semak-semak. Gambar bawah ni pulak Mike namanya. The King of Orang Utan. Kalau Mike ni mati baru la akan ada King yang lain pula. Nak jadi King kena beradu kekuatan dulu. Tak perlu pilihanraya ok.
Baby Orang Utan dijaga macam baby manusia juga. Yang lahir tak cukup bulan kena letak dalam incubator. Orang Utan kurang pandai jaga anak sendiri. Tu pasal Orang Utan makin pupus. Dengan itu baby2 yang baru lahir tu akan dijaga oleh doktor-doktor haiwan dan teamnya. Beri susu botol, pakai pampers, duduk dalam buaian, semua macam baby manusia. 98% DNA Orang Utan is similar to human. Tumbesaran babynya pun sama macam manusia. Merangkak, berjalan, isap jari pun macam manusia. Tak percaya? Percayalah! :p
Orang Utan pun ada gigi 32 batang. Skeletal Anatomy of Orang Utan pun sama macam manusia. Pelvic girdle, radius ulna, tulang femur semua tu sama macam manusia. Cuma dari segi saiz dan bentuknya la sedikit berbeza.
Eh, dah dah la pasal Orang. Ah Kak tak larat dah nak elaborate pasal Orang Utan. Hangpa pun ntah-ntah lagi mahir bab-bab Orang Utan ni,hehe.Lepas pergi Pulau Orang Utan, kami pergi masuk Ecopark pulak. Mini zoo la kiranya.
Dalam ecopark ni ada macam-macam haiwan kecuali hewan-hewan yang besor-besor macam gajah, harimau, singa, zirafah, unta dan lain-lain. Kalau nak tengok yang tu hangpa pi zoo negara naaa... Dalam ni ada haiwan-haiwan yang comel-comel dan kecil-kecil. Yang boleh dibuat pet.Ha! Menatang ni memang amat sesuai dibuat pet! :D Kalau dah banyak tu leh kayo kito!!! Bawah ni pulak binturong nama dia. Siang tido, malam berjaga. Macam nak peluk je binturong ni. Mesti syiok!Tikus belanda ni pun geram kutengok. Rasa nak bawak balik sekor. Tapi payah betul nak tangkap.
Kami sempat tengok animal show oleh burung kakak tua, memerang dan kera.

Lastly, kami naik Sky Cycle. Seriau jugak naik benda alah ni. Kayuh dengan tangan. Tengok la landasan Sky Cycle ni. Benda ni ala-ala monorel la. Tapi sendiri kena kayuh dengan tangan.

Disebabkan saya duduk belakang, jadi saya relax ajelah, tanpa perlu kena kayuh. Tugas saya? Snap-snap gambo :)Tibalah masa untuk balik. Ini entah kali yang ke berapa saya pergi ke Bukit Merah. Tapi setiap kali pergi, seronoknya tetap lain-lain.
"Bye-bye Bukit Merah", kata Gadis Tiang.
Malamnya kami menginap di Cititel Hotel. Duduk free je :D Kita kena pandai mengambil peluang. Ini namanya budget holiday, ehe.View from room 1516
Lepas sarapan pagi, kami check out. Nak pergi bukit yang kedua pula. Bukit Benderaaa! Tapi malang menimpa kami. Tiket ketapi naik ke atas dah habis. Yang ada pukul 3.15 petang dan ke atas. Kami pun beli la tiket 3.15 petang. Lambat lagi wooo. Jam baru pukul 12 tengah hari. Ok lah, kita ronggeng2 ke Kebun Bunga dulu.