Bungeee... Orkidlah!!

Hari ni pergi kenduri kawen lagi. Kenduri kawen saudara sebelah abah. Tapi saya pun tak kenal pasal dah melibatkan 2 pupu la, 3 pupu la. Malas dah nak letak gambar orang bersanding. Saya nak letak gambar bunga pulak. Sebab balik dari kenduri, kami singgah jengok pameran orkid.

Saya tak beli sepokok pun. Mak saya dengan Mak Lang saya je beli. Mak Lang memang fanatik pada orkid. Saya pulak, fanatik ambil gambar :)

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Kalau saya banyak duit macam suami Erra Fazira, saya beli je semua pokok-pokok orkid yang dah siap berbunga nih. Beli anak pokoknya, jenuh nak tunggu berbunga.

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


"Tokeii!!! Kasi angkat ini bunga-bunga 3 lori, antar wa punya rumah. Nanti kira, wa kasi cek bayar sama lu".

Hahaha!!!

Oh, ya! Benda paling seronok berlaku hari ini, saya jumpa kawan sekelas masa matrik yang telah lama tidak berjumpa. Kami tidak lost contact. Cuma tak pernah berjumpa selepas masing-masing masuk U. Sedang asyik usha-usha barang dalam Tesco, tiba-tiba ada suara menjerit nama saya. Elok saya menoleh, menjerit saya dibuatnya. Berpelukan kami seketika.

Ana, kawan sekepala saya semasa di Praktikum Hayat 27 ;) Juga seorang guru. Mengajar di Miri. Katanya dia akan bertunang Raya Haji ni. Nikahnya Ogos tahun depan.

"Hahaha, ni mesti gara-gara nak mintak tukar semenanjung balik kan?".

"Hehehe, mesti lah!". Kata Ana.

Nasib baik saya mengajar di KL :D


19 comments:

JEFFROCKERS said...

jejak kasih di tesco nampaknya.

nasib baik mengajar di KL ya ? kalo terpaut dgn orang sarawak di KL sama juga kesnya nanti ... :P

ps : agaknya napa ya tanya saya keja mana ? hmm ..

Dandelion said...

Haaa kena syukur Dayah dpt ngajar kat KL even byk panacaroba. At least boleh slalu balik kg kan hihi :) Suka orkid. Dah ada rmh sndiri nnt nak buat tmn orkid hihi

hayad said...

jeff--> saya saja je nak tau. semangat ingin tahu saya sentiasa tinggi :p

dandelion--> suke orkid ek? dayah suke jgk.suka tgk bunga dia. tp kalo nk gardening sendiri tu tak tau la lg. tu la dayah kata, kalo byk duit dayah borong je yg dah berbunga tu :D
trs ltk kt umah. setaman penuh.abeh citer..ehe

Pa'chik said...

oit oit... kalau nak cepat.. buat cam siti.. cari yang dah ada anak.. tak yah jenuh nak nunggu... ekekeke...

Khairnaj said...

cikgu belanja saya orkid satu pasu. saya nak... boleh ler..(dgn nada manja) hehehe...

hayad said...

pa'chik--> tak jumpe la pa'chik.tlg la carikan!! siriyes!!!

khairnaj--> eee..geli i manja2 ni tau,haha

Mazudi said...

nice shot hayad. Suka tengok gambar okid awak.

~mazudi.com~

akirasuri said...

Dayah!
Apa kata kau ngorat jek pokcik [pokcik elmariachi] tu =))

Ha ha ha.

hayad said...

cikgu mazudi--> tengkiu!! :D

akirasuri--> ala, pa'chik mn kaya.mls la aku ngorat,hahaha

fiq said...

agak2 ko tersampai cheras calling2 aku. aku nak pau ko

nUr@dDeEn said...

Hakhakhak, sapa cakap pa'chik tak kaya? tak caya, Ce cek ngan lhdn.

Weh, cantek ar orkid tuh. DUlu mak aku suka sgt tanam orkid. skang tak de. Malas katanya. huhu ~

achik said...

chanteknya orkid2 tu.. daku plg suka yg purple ittew.. sgt chantek!!! ;p

hayad said...

fiq--> aku xde no ko,haha. selamat duit akuuu..hehe

nur@ddeen--> orkid mmg cantek kan? tp nk tunggu dia berbunga tu yg tak sanggup tu

hayad said...

achik--> suke ungu tu ek? yg aku plak tertarik yg kaler2 kuning :)

Nana CS said...

aku pun nak...

aku pun minat orkid..
mak aku pun minat orkid...


p/s: kalo nak masuk jarum, kena la amik ati mak dulu

err...aku saje nk pesan dgn ko camtu..ko nk kem slm kat adik aku yg pakai baju melayu ijau tu ke?
hehehehe...

dugongsenyum said...

Iyelah tuuuuuuu... dah beli bunga banyak-banyak jangan tak siram pulak. nak harap dimandikan tuhan saja nanti (hujan).

hayad said...

nana--> oh,aku ingat nk amek ati kakaknye dulu,wakakaka! :p

ps : kem je slm. bj ijau yg gelap sket tu. aku tgk ada dua tone kaler ijau. jgn terslh org lak. kekeke!!!

dugongsenyum--> eheh, terkena plak saya :D

Nana CS said...

tone kaler yg cerah tu adik aku gak.. baru form 2. takkan nak jugak kot??
huahahaha...

aku tau la yg tone ijau gelap tu...
tu kembar, ko tau tak??

kembar dia yg sorg lagik, kat pic lain....

bagus gak kalo ko nak pikat hati kakak2 nye dulu...
anyway, atas diorg, ada 3 kakak..
larat ke??

hayad said...

aku pikat ati 'kak nana' je dah la...wakakakka

Followers