Versi Nak Updet Jugak!

Sekarang musim hujan kan? Semalam dan hari ini tiada panahan cahaya matahari yang terik. Hujan-hujan ni syok! Dulu zaman sekolah, saya suka study semasa hujan. Best.

Sudah 2 kali saya dan mak lencun kebasahan semasa ambil mak balik kerja. Al-maklum la, naik motor je kan. Pernah dulu ada mamat tu naik kereta, tunjuk ibu jari kat saya. Mentang-mentang dia naik kereta.
Berlagak! Ko tunggu la aku ada kereta!

Dalam hujan renyai-renyai petang tadi, saya terpaksa pergi ke Bandar Diraja sebab nak beli keyboard. Keyboard yang ada ni dah gelong pasal saya tertumpahkan nescafe panas atasnya pagi tadi :D Selalu tu takde pulak nak tumpah. Sebelum Tuan Besar (baca : abah saya) balik keje, lebih baik saya pergi cari ganti yang baru, hehehe.

Walaupun diganti baru, tetap juga kena berterus terang kan :D

"Lain kali bawak nasi, lauk-pauk, kuali masak depan komputer tu".

Hehehe, kan dah kena. Padan muke saya :D

Oh ya! Ada sapa-sapa boleh tolong bagi penjelasan pada saya tentang gambar di bawah ini?

Image Hosted by ImageShack.us


Kalau dah TAK BOLEH PAM, buat ape jual? Ke boleh buat tukun tiruan???

Lokasi kedai : Kedai alat tulis sebelah kedai motor di Bandar Diraja Perak.

13 comments:

faisal said...

ada gak org jual benda camtu ek,hehehe..buat tukunpun tak bleh lah wak,hehee

Dandelion said...

Hihi. Dia nak buang aje sayang. So baik dia jual at least kalo ada org beli dpt gak ler duit ;P

achik said...

bagi free pun x nak.. hahaha ;p

hayad said...

faisal--> cina yg jual tu.biasa la, segala bende depa nk jual

dandelion--> erm, rasanya kalo org yg kreatif, dia akan beli, ada bende yg boleh tercipta dr bola yg dah tak boleh pam tu. kita yg tak kreatif ni ye la anggap benda tu tak berguna

achik--> haha :)sm la kita :p

akirasuri said...

Erk?
Tu dia jual ke dia nak beli bola rosak ek?
:|

arianna adrizal said...

hahahahahhaa!! nk tumpang gelak kat sini.

Dandelion said...

Rasanyer mcm penah tgk org guna utk buat pasu bunga tau Dayah. Dia koyakkan, dia buat lubang pastu dia buat tangkai. Bleh sangkut2 mcm pokok orkid tu hihihi

13may said...

tak nampak gambaq apa pun....

nUr@dDeEn said...

OoOo.. mungkin tokey kedai tu saja letak kat situ sbb dia tau ko nak ke situ hari tu. Dan dia pasti bila ko nampak kepelikan itu, pasti ko amik gambo dan masukkan dalam blog. Hebatkan dia. HaK! HaK! HaK!

Maybe dia jual murah tuh! ;)

Khairnaj said...

kedai tu memang mcm tu... notebook zaman tuk kaduk pun jual lagi. tapi best kedai tu sebab brg murah-murah tapi dah out of date ler... saya tahu nama kedai tu... ch*** W*** kan?

Pnut said...

mungkin tak boleh pam kat kedai tu...sbb kedai tu tader pam...

apa pun nanti balik kualer nak carilah kedai ni...

hayad said...

akirasuri--> jual la, beli watpe lak

arianna adrizal--> hahaha, gelak blk!

dandelion--> tu la, kalo org kreatif ada je yg dia boleh reka cipta

13may--> tak nmpak? jawabnya 3 kali jumaat je la lg tu..

nur@ddeen--> ye la tuuuu... mentang2 aku mamarazzi,hehe

khairnaj--> ye ke ada notebook zmn tok kadok? nk p usha la nnt

pnut--> cari lerrr :D

kakLuna said...

maybe tak boleh pam..tapi boleh pom!..bagi tunjuk kat budak2 kecik deme seronok le....gelak terkekeh kekeh

Followers