Dikarang oleh
hayad
on Monday, December 31, 2007
Dikarang oleh
hayad
on Tuesday, December 25, 2007
Sangat puas beraya dan bercuti bersama sanak-saudara :)Perjalanan saya melebihi 90 marhalah, maka sekali lagi entry saya ini panjangnya 90 marhalah. Anda dinasihati supaya melawat blog-blog lain terlebih dahulu sementara menunggu blog saya habis loading :pPagi hari raya kami sekeluarga sembahyang raya di MATRI ( Ma'had Attarbiyah al-Islamiyah), sekolah sepupu saya. Meriah juga sambutan Hari Raya Korban di Perlis. Tak macam tempat saya la. Sekali-sekala seronok juga beraya di tempat orang.Hari Jumaat kami sekeluarga pergi Pulau Langkawi ramai-ramai. 5 buah family semua pergi kecuali family Pak Long.
We are cousins! Sempat berposing sebelum pergi LangkawiSampai Langkawi lebih kurang pukul 3 petang. Menetap di Kompleks Kastam. Sewa satu rumah di situ. Dapat la murah sikit. Disebabkan sampai Langkawi pun dah lewat, tak dapat la nak berjalan ke mana-mana lagi. Geng mak-mak kami ni pulak dah tak sabar nak soping...huhu.Hari Sabtu baru sempat pergi jalan-jalan. Itu pun pergi Gunung Macinchang je. Tapi memang puas hati lah! ;)Here we go!!!Muka tak sabar nak naik gunung
Tapi bila gondola on da way naik atas kecut perut dibueknyo
At last we are now at 710 meter above the sea level
Rasa nak terbang jer,heheheEnjoy the view dude!
Ni baru betul atas angin :p
Titi ni goyang-goyang. Hanya yang berani mampu mengatasi,kekeke
Banyak lagi tempat tak sempat pergi. Ye lah, dah pergi satu malam jer, mana cukup. Balik dari Gunung Macinchang, turn mak-mak kami pulak bersoping pinggan-mangkuk. Kami yang muda-muda soping ceklat je la
Kami meninggalkan Langkawi sebaik sahaja matahari terbenam ;)
Kami bakal melakukan lagi trip ke Langkawi ini sekali lagi pasal banyak lagi tempat tak pergi. Mak, Mak Lang, Pak Lang, Pak Ndak dah tak mahu naik Gunung Macinchang. Tapi kami yang lain masih mahu naik gondola lagi :p Maka trip akan datang, geng mak-mak akan ditinggalkan di kedai-kedai pinggan-mangkuk sementara kami menikmati pemandangan yang indah di atas angin :p
Balik semula ke rumah makcik di Kangar. Sampai jam 8.40 malam di Jeti Kuala Perlis. Malamnya semua keletihan. Rehat-rehat dan lepak-lepak kerana esok pagi ada agenda lain pula. Agenda itu adalah berkelah di Gua Kelam.
Ini kali kedua saya ke Gua Kelam. Kali pertama semasa 1st year, tu pun sebab kena pergi kursus BTN di Kaki Bukit tu.
Pukul 5 petang kami meninggalkan rumah makcik di Kangar dan balik ke Perak. Family Mak Sue dan Mak Ndak saya akan singgah rumah saya di Perak. Mereka akan tidur semalam lagi sebelum masing-masing balik ke Pahang dan KL.
On Da Way balik Perak, kereta kami terlewat sikit. 3 buah sudah lepas ke depan. Kami pun jalan punya jalan, tiba-tiba tersesat! Kami terlepas simpang,hehe.
"Hei!! Lain macam je jalan ni. Kita tak lalu sini masa pegi aritu". Kata Kak Wanie.
"Aah la". Sahut saya.
Dan tiba-tiba kami nampak.....
Apa lagi, posing la ;) bukan senang nak pegi UUM kanSampai rumah saya sudah pukul 11 malam. Singgah makan kat Juru pun dah lama. Hari Isnin pagi sempat lagi kami mandi air terjun area rumah saya ni. Tak cukup dengan mandi kat Gua Kelam. Apa-apa pun yang penting best! Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai. Sekali ada peluang kita enjoy dan erat-eratkan antara satu sama lain. Kesimpulannya, spending time with family is the best moment! ;)Ok lah, saya nak packing barang, lepas zuhur nak balik KL. Uwaaaa!!! Cuti dah nak abessss... Malasnye nak pegi sekolah,hehe. Semalas-malas cikgu, anak murid lagi malas tau!!! :p
Dikarang oleh
hayad
on Wednesday, December 19, 2007
Petang ini kami sekeluarga akan bertolak ke Perlis. Kesemua enam buah famili akan menyambut Aidil Adha di sana. Ikut hati malas jugak nak pergi,hehe. Tapi kena la jadi sporting kan ;)Kuih raya tak la sehebat Raya Aidil Fitri, tapi adalah juga buat. Semalam sempat juga buat kek coklat ni. Sebagai buah tangan. Takdela datang rumah orang melenggang kangkung je kan, walaupun sedara sendiri.Ina, i like this choc cake very much! Resepi dari MamaFami kan? Ada juga sorang cikgu tu bagi resepi kek coklat dia. Masa makan yang dia buat sedap. Bila buat resepi yang dia bagi, tak jadi macam yang dia buat. Tak tahu la kot ada ingredient yang dia rahsiakan. Payah nak dapat resepi orang ni kadang-kadang. Apa-apa pun resepi yang Ina bagi ini amatlah memuaskan tunas rasa di lidahku ini :pTang bab hias-menghias kek ni yang lomah ni. Hentam kromo jelah yer.Oklah, SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA semua. Minta maaf zahir dan batin :)
Dikarang oleh
hayad
on Monday, December 17, 2007
Saya ada tanya JiwaRasa, macam mana dia curi-curi masanya untuk membaca buku. Kalau pergi blog dia, ada saja buku-buku yang dia khatamkan. JiwaRasa kata nanti dia ceritakan rahsia dia dapat baca banyak buku. Saya sedang nanti-nantikan sangat entry dia yang itu.Dua buah buku di bawah ini berjaya saya tamatkan. Yang nipis tu karya Habiburrahman El-Shirazy, penulis novel Ayat-ayat Cinta. Disebabkan nipis saya berjaya habiskan dalam masa sejam lebih. Tapi novel Faisal Tehrani, Bila Tuhan Berbicara itu mengambil masa hampir 2 bulan baru habis! Alahai.... JiwaRasa, cepat la bagi tips!** Hatiku Girang. Nak tahu tak? Saya sedang berblog sambil landing di dalam bilik saya berdinding kayu ini. Tak perlu lagi berebut internet dengan Tuan Besar dan budak sekolah sorang tuh. Maxis Broadband wujud di kampung saya ni. Yeehaaa!!! Orang kampung!! Dengo sini semua, moh pakat maen intenet!! hehe** Aritu tanye Cine tu dia kata takde, KL saja ada. Ceh! Memandai je dia. Moral of the story, jangan dengo cakap orang, cuba dulu baru tahu.
Dikarang oleh
hayad
on Saturday, December 15, 2007
Dikarang oleh
hayad
on Tuesday, December 11, 2007
Sekarang musim hujan kan? Semalam dan hari ini tiada panahan cahaya matahari yang terik. Hujan-hujan ni syok! Dulu zaman sekolah, saya suka study semasa hujan. Best.
Sudah 2 kali saya dan mak lencun kebasahan semasa ambil mak balik kerja. Al-maklum la, naik motor je kan. Pernah dulu ada mamat tu naik kereta, tunjuk ibu jari kat saya. Mentang-mentang dia naik kereta. Berlagak! Ko tunggu la aku ada kereta!
Dalam hujan renyai-renyai petang tadi, saya terpaksa pergi ke Bandar Diraja sebab nak beli keyboard. Keyboard yang ada ni dah gelong pasal saya tertumpahkan nescafe panas atasnya pagi tadi :D Selalu tu takde pulak nak tumpah. Sebelum Tuan Besar (baca : abah saya) balik keje, lebih baik saya pergi cari ganti yang baru, hehehe.Walaupun diganti baru, tetap juga kena berterus terang kan :D"Lain kali bawak nasi, lauk-pauk, kuali masak depan komputer tu".Hehehe, kan dah kena. Padan muke saya :D Oh ya! Ada sapa-sapa boleh tolong bagi penjelasan pada saya tentang gambar di bawah ini?
Kalau dah TAK BOLEH PAM, buat ape jual? Ke boleh buat tukun tiruan???
Lokasi kedai : Kedai alat tulis sebelah kedai motor di Bandar Diraja Perak.
Dikarang oleh
hayad
on Monday, December 10, 2007
Hari ni pergi kenduri kawen lagi. Kenduri kawen saudara sebelah abah. Tapi saya pun tak kenal pasal dah melibatkan 2 pupu la, 3 pupu la. Malas dah nak letak gambar orang bersanding. Saya nak letak gambar bunga pulak. Sebab balik dari kenduri, kami singgah jengok pameran orkid.Saya tak beli sepokok pun. Mak saya dengan Mak Lang saya je beli. Mak Lang memang fanatik pada orkid. Saya pulak, fanatik ambil gambar :)
Kalau saya banyak duit macam suami Erra Fazira, saya beli je semua pokok-pokok orkid yang dah siap berbunga nih. Beli anak pokoknya, jenuh nak tunggu berbunga.
"Tokeii!!! Kasi angkat ini bunga-bunga 3 lori, antar wa punya rumah. Nanti kira, wa kasi cek bayar sama lu".
Hahaha!!!
Oh, ya! Benda paling seronok berlaku hari ini, saya jumpa kawan sekelas masa matrik yang telah lama tidak berjumpa. Kami tidak lost contact. Cuma tak pernah berjumpa selepas masing-masing masuk U. Sedang asyik usha-usha barang dalam Tesco, tiba-tiba ada suara menjerit nama saya. Elok saya menoleh, menjerit saya dibuatnya. Berpelukan kami seketika.
Ana, kawan sekepala saya semasa di Praktikum Hayat 27 ;) Juga seorang guru. Mengajar di Miri. Katanya dia akan bertunang Raya Haji ni. Nikahnya Ogos tahun depan.
"Hahaha, ni mesti gara-gara nak mintak tukar semenanjung balik kan?".
"Hehehe, mesti lah!". Kata Ana.
Nasib baik saya mengajar di KL :D
Dikarang oleh
hayad
on Saturday, December 08, 2007
Lagi seorang kawan sekolah saya kahwin.
Ain, seorang yang otak memang giler-giler. Sepanjang kenal Ain, tak pernah tengok dia sedih. Selalu saja dengan lawak bodohnya. Ain juga seorang guru, mengajar anak-anak kecil di sekolah rendah. Bertemu jodoh dengan seorang ahli bomba, yang juga senior kami di sekolah menengah yang tidak kami sedari kewujudannya. Bukan setakat satu sekolah, tapi satu kampung dengan ain!Disebabkan Ain kawan yang best, ada di antara rakan-rakan yang sepatutnya berkerja pada hari Sabtu, rela mengambil cuti untuk meraikan Ain.Kami sekelas yang masih tidak lost contact :)
Doa kami semoga Ain berbahagia selalu. Terasa seperti kehilangan Ain pulak. Dapatkah lagi kita menjadi giler-giler meroyan serta berhu-ha-hu-ha???
Kalau bukan depan 'tok laki' Ain boleh kot kan? :D