Ahad Yang Tak Cuti :)

Semalam ada sekolah ganti. Maknanya hanya dapat cuti Hari Ahad ajer. Tak kesah la. Paling seronok, semalam, kedatangan para pelajar memberi markah pada rumah sukan masing-masing dan kedatangan ahli rumah kuning adalah yang paling ramai yakni seramai 141 orang + 10 markah untuk kedatangan guru-guru rumah sukan. Menurut kak S rumah saya leading sehingga hari semalam.


Tapi semalam juga ada 6 acara padang. So markah akan bertambah lagi. Semua rumah akan berubah markahnya. Berdebar jugak ni. Semuanya akan tahu esok pagi semasa perhimpunan. Ada majlis penyampaian hadiah sekali. Fuh! Saya sangat berdebar. Berdoa sangat supaya kedudukan rumah Kuning saya masih di tangga teratas.


Pagi tadi pulak saya ke Kajang. Ada Hari Kesihatan. Cek darah, kolestrol, tekanan darah, gula dalam darah, analisis kesihatan dan biological age masing-masing. Free ajer. Yang bestnye berat saya dah turun 2.5 kg. Yeay! Dalam masa tak sampai 3 minggu consume functional food ni dah menampakkan kesan yang sangat best. Patut la minggu ni saya rasa badan saya sedikit ringan. Ada orang yang kata, saya dah kurus, buat apa nak turun berat lagi. Yer, memang saya tak gemuk or obes tapi tetap ada lemak tepu dan kolestrol yang melekat di mana-mana bahagian badan kan.


Memang rasa sangat badan dah ringan. Bila bergerak rasa smooth dan tak penat. Tambah-tambah musim sukan ni. Saya masih lagi boleh ke kelas, naik-turun tangga, bergegas pulak ke padang melihat atlet. Petangnya stay back pulak. Dari minggu lepas jarang ke kantin. Tapi tetap cukup nutrient walau tak bersantapkan nasi sepinggan dengan lauk-pauk bagai, hehehe.


Lagi satu yang best, masa buat analisis badan tadi, biological age saya dah turun 2 tahun muda. Yeah! Lepas ni pasti ia turun lagi. Biological age should not be to much older than your own age. Sangat memalukan kalau usia muda tapi usia dalaman dah tua. Adoi la ;p





___________
Esok dapat tahu markah terkini yang terkumpul untuk semua rumah sukan. My friends, please pray for my Rumah Kuning. Kami mahu jadi juara!

6 comments:

Teacher Hafizah said...

mcmana check biological age?

hayad said...

ada alatnye. biasa kt london or pusat2 kurus badan tu sure ada.

dia setkan age kita, berat, tinggi. then kita kena berdiri atas alat tu, dan alat tu akan wat analisis dalam beberapa minit.

WRA said...

itulah Dayah...orang selalu tanya akak, where do you get all the energy, dengan kelasnya, dengan jaga anak2nya, dengan pergi programsnya malam2, dengan monitor kerja sekolah anak2nya, dengan ambik hantar anak sekolahnya etc etc...dan juga kerja2 manage orang kat ofis...hehehe....itulah khasiat functional beverage itu....

hayad said...

kak wan rohaniah--> itulah. untung consume benda neh :) dan terima kasih sbb kenalkan, berbaloi-baloiii, hehe

tunbegia said...

biological age awet muda,

salamm,

victoire said...

sesuai laa cikgu jage rumah kuning...
asal kole kangsar kann?
bandar diraje tak gitu. hehehe.
lamenye menyepi
writer block tu pekebende?

Followers