Sukan Sekolah Kali ke-15

Sekarang sudah berada di kampung. Tumpang Azwa sampai Ipoh, tidor umah dia semalaman, hari Ahad saya naik bus ke Kuala Kangsar. Saya tak sempat lansung nak pegi beli tiket, sibuk semedang, hehehe.


Sebulan lebih sibuk menguruskan sukan sekolah. Tahun ini tahun terakhir saya jadi Ketua Rumah. Lega kepala otak. Tapi masih belum boleh lega selega-leganya sebab bulan 4 ada Merentas Desa dan bulan 6 nanti ada Karnival Sukan. So juara tahunan sukan akan diumumkan bulan 6 nanti. Setakat sukan minggu lepas, rumah Kuning saya dapat tempat ke-4 daripada 5 buah rumah. Haishh! Penat yang rasanya tak berbaloi lansung. Hopefully atlet-atlet saya dapat buat yang terbaik untuk merentas desa dan Karnival Sukan.

Layan gambo je la yer. Tapi banyak gambar yang diupload ke facebook.

Perarakan rumah-rumah sukan. Ada 5 buah rumah. Kuning, Merah, Ungu, Hijau dan Biru :)


Atlet rumah saya, kategori Perempuan C. Giler laju lari. Dah la muka ala-ala Ashwaryarai. Cun wooo. Saya masukkan dia masa 4x400 m kategori perempuan A. Dia boleh potong semua seniors form 5 tu. Dan team rumah saya dapat Johan. Hehehe.


Terbanyak pulak gambo. Saje je nak update blog. Nak elakkan bersawang. Badan tengah sakit-sakit neh. Adehhhh..gara-gara pi belajor renang la ni. Konon nak menambah skill dalam hidup la, hahaha. Trainer kitorang kata, tak susah nak ajar saya dan Azwa sebab kami dah sedia tau asas-asa berenang. Ni la berkat jadi budak kampung yang dah biasa terjun sungai masa kecik-kecik :D

2 comments:

Unknown said...

ko belajo berenang ke?syok nye

Anonymous said...

Lucky Club - Las Vegas, NV - Online Casino | Lucky Club
The Lucky Club was launched by Lucky luckyclub Club in 1998 to offer an incredible selection of casino games. In 1998, they launched a new gaming venue in Las Vegas,

Followers