Breaking Down The Writer's Block!


At last, I need to write something here. Something that I can share and let all my readers know. And I'm not sure enough if I have any followers or blog readers anymore since I'm not writting since 15 January. I felt like having the writer's block. Got many things to write, to tell and to share, but when signing in to blogger, and clicked the "new post" everything is gone.

Hurm, nak cakap Melayu la pulok! Haha

Sekarang musim sukan. Walaupun sukan sekolah, ianya tetap memberi tekanan. Tambahan pula bukan pelajar-pelajar jer yang berlawan, bertaruh, berperang, tapi guru-guru juga. Guru-guru pulak kadang-kadang lebih teruk perangnya. Yakni perang mulut. Mulalah nak terasa tang sini, tang situ. Saya juga tak terkecuali. Membuat orang terasa dan diri sendiri juga ada terasa juga, hahaha.

[bukan ada yang menganggap sukan sekolah ajerrr, tak berbaloi nak pening kepala. But I tell you, walaupun sukan sekolah ajer, tapi ia tetap memerlukan komitmen guru yang sangat tinggi. Guru segala-galanya bagi pelajar. Segala apa yang berlaku, diorang akan minta guru solvekan jugak].

Ok la tu kan. Kita kata orang, orang kata kita balik. Ok la tu, hehehe. Setakat pagi tadi rumah Kuning di tempat ke-4. Rumah Biru 205 markah, Rumah Ungu 204 markah, Rumah Merah 200 markah, Rumah Kuning 197 markah dan Rumah Hijau 182 markah. Selepas acara padang petang tadi, semua rumah akan bertambah lagi markahnya.

Saya berdoa sangat-sangat supaya Kuning dapat kembali ke kedudukan yang tinggi semula. But a bit regret dengan sikap guru-guru Rumah Kuning. Ada yang tak datang turun padang tengok atlet rumah bertanding. Atlet pun tanya saya, "mana cikgu-cikgu Rumah Kuning lagi cikgu? We need support". Apakan daya saya, takkan nak paksa cikgu-cikgu tu stay.

Mungkin saya sendiri sebagai Ketua Rumah agak kurang bagus. So biarlah. Nanti orang kata tunjuk bagus pulak kalau lebih-lebih. Yang penting sekarang ni kena bagi semangat pada atlet-atlet Rumah Kuning.

Dalam seminggu ni saya tak sempat nak makan pun. Makan pun macam kurang selera jer, cheewah! Nasib baik saya ditemukan dengan satu produk functional food yang sangat sangat sangat bagus. 4 thumbs up [dengan ibu-ibu jari kaki sekali, hahaha]. Jadi saya tetap dapat nutrient yang lebih lengkap berbanding makan yang memang selalu tak seimbang itu. Saya rasa tak semua orang dapat consume or mendisiplinkan diri untuk makan dengan seimbang. Takde maknanya, hahaha.

Saya consume functional food itu pagi, petang dan malam. Ditambah juga dengan minuman soya berlecithin dan juga minuman collagen. Walaupun banyak keje, saya masih lagi tak rasa penat dan dah lama tak tidur petang. Selalunya balik sekolah, lepas solat mesti tidur petang. Sekarang tidak lagi. Mata segar je rasa. Even tidur tetap juga masih lambat, hehe.

Selalu tu bangun tidur mesti rasa mengantuk. Lepas mandi, solat Subuh, sementara tunggu osmet siap, saya mesti melelapkan mata semula. Tapi sekarang tidak lagi! Ikhlas cakap, seronok sangat consume menatang nih, hehe.

Harap dapat rezeki lebih nanti, dan belikan juga untuk mak, abah dan adik. Nak sangat diorang pun rasa ke'best'an produk ni dan menjadi sihat.

Eh, dah banyak pulak cerita bercampur-aduk ni. Ni la akibatnya bila lama meninggalkan buah hati pengarang jantung si blog ini :p





_______________
Muslim yang sihat dan kuat lebih baik daripada muslim yang lemah dan malas. Is it?

5 comments:

Pa'chik said...

oit oit... kat kaki bukan tamb weh... kikiki... :P

hayad said...

ya ya, ibu jari kaki tu toes. 2 thumbs up and 2 toes up! hahaha

DeeN said...

Dayah, produk cap apa? kasi share la sket, Nak gak sehat cam Dayah. :)

hayad said...

deen--> dayah dah send nama produk kt msg fesbuk, hehehe.

Rohaniah said...

Dayah, kejap lagi bila dayah dah jadi leader kat sini, you will have more say dalam group kat sekolah...percaya lah...nanti pasti orang akan dengar cakap Dayah punya hehehehe

Followers