Amalan Saya Yang Suci Lagi Murni

Masa saya kecik, saya telah diasuh untuk menabung, suatu amalan yang sungguh murni gitu! Amalan yang sungguh suci dan murni itu telah berlanjutan sehingga saya memasuki sekolah rendah. Jika ada duit poket lebih, pasti dimasukkan dalam tabung. Tabung saya dibuat daripada buluh. Ya, tabung buluh namanya yer tuan-tuan puan-puan sekalian.

Image Hosted by ImageShack.us

Belanja sekolah saya hanyalah 60 sen ketika itu. 20 sen tambang bas. Pergi 10 sen, balik 10 sen. 40 sen guna untuk beli makanan minuman. Biasanya memang sentiasa ada baki. Dan baki itulah saya masukkan dalam tabung buluh yang dipaku pada dinding di belakang almari. *kasi sorok sket ar, belakang almari kan, untuk keselamatan :p*

Saya tak ingat la pulak berapa lama masa yang diambil untuk tabung buluh tu penuh. Tapi yang saya ingat jika dah penuh, mak akan ambil parang dan belah buluh tu. Pastu kira-kira, hantar masuk bank. Suatu masa yang sedikit ke depan, tabung buluh saya telah berevolusi menjadi tabung berbentuk harimau... Aaauuuummmmm!!!! Tabung harimau saya ini amatlah user friendly kerana bila perutnya sudah penuh, kita hanya perlu ambil kunci, dan setelah kunci itu mengorek-ngorek bontot harimau tersebut maka berhamburlah duit syiling saya. Pastu kira-kira, hantar masuk bank.

Suatu masa pula, saya sekali lagi menggunakan tabung buluh, tapi kali ini tabung itu bersaiz lebih besar dan lebih panjang. Maka masa yang diambil untuk memenuhkannya juga terlalulah lama selaras dengan perkembangan otak saya yang sentiasa bertambah neuron-neuronnya dari semasa ke semasa. Sehinggalah suatu hari neurotransmiter otak saya memancarkan impuls supaya saya menjadi sebegitu kreatif sekali.

Kekreatifan saya itu adalah pada skill saya mengorek tabung buluh saya. Maka sejak dari hari saya menjadi sebegitu kreatif, tabung buluh saya itu tidaklah pernah penuh-penuh malahan bertambang susut nilai matawangnya. Wang hasil korekan tabung itu saya salurkan pada cina yang saya dan rakan-rakan gelar Po Kim yang akan lalu setiap petang menjual berbagai-bagai hasil dagangan dari kilang-kilang junk food. Tidak cukup tabung sendiri saya korek, tabung buluh adik saya pun saya sapu,hahaha. Padan muka dia! Saya memang kaya terlampau pada masa itu.

Tatapi!! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Harapkan pagar, pagar makan padi. Ambil galah tolong jolokkan. Eh, ini takde kena mengena! Rupa-rupanya aktiviti jenayah saya itu telah berjaya diskodeng oleh makcik saya. Dia telah mereportkannya kepada polis antarabangsa. Maka apa lagi saya telah dimarahi oleh emak saya baik punyaaa. Tapi apa saya kisah. Benda sudah berlaku. Dan hasilnya pun dah lama saya tuai,muahahaha!!

Sejak peristiwa itu saya sendiri sudah tak ingat adakah amalan murni menabung itu masih saya teruskan ataupun tidak. Saya blur pulak. Memang tak ingat apa jadi lepas tu. Dan sekarang di alaf 21 ni saya masih lagi tidak menabung. Jangan salah sangka, kerana saya sendiri belum ada income tetap tiap-tiap bulan, macam mana mahu menabung. Mengepow lagi adalah!

Namun begitu sehingga kini saya masih menyimpan setiap baki wang syiling dalam bekas seperti gelas ataupun dalam botol. Dan pukul 10 ni saya akan ke KL. Saya dah kira wang syiling saya ni. So sekarang saya mahu tukar dengan wang kertas di kedai runcit. Oh, sadisnya saya,hahaha :p

Image Hosted by ImageShack.us

**Saya ke KL untuk ambil surat di jabatan rabu ini dan terus ke sekolah. Juga akan mencari-cari tempat berbumbung untuk berteduh. Saya sudah dapat tahu di mana saya harus mengajar. Sekolah mana tu, biarlah rahsiaaaa...

26 comments:

Unknown said...

aku dulu guna tabong yg takde kunci. tapi slalu ngoreknye guna pisau kecik or bende2 yg bleh masok kat lubang utk amik duit siling tu.. hehe last2 tabong kosong je..

Ina said...

Heheh klasiknyer guna tabung buluh. Dulu tak penah ada pun tapi sampai skrg bercita2 nak satu. Tataula ada ke ek org jual kt kedai souvenir ke apa ke. Tapi kalau jmpa mmg nk beli satu. Tak kuasala plak nk buat sndiri kan =P. Kisah menabung nih..samalah lah. Makin besar makin kosong tabung ada lah hehe =P

Anonymous said...

slmt ngajar cikgu hayad. moga dpt anak murid baik mcm saye..hehe ;)

zwitterion said...

siap korek tabung adik dia sekali tuh..hehe.
Selamat berjuang di arena pendidikan

NuRuL said...

Dulu-dulu ada duit loan habis kita jolikan dayah kan,tak reti nak menabung..huhu.. uish..sadisnya memikirkan hidup tak bergaji 2-3 bulan nih..huwaa.
Akhir kata..selamat berjuang sahabatku. semoga kita sama-sama ada kekuatan bergelar warga pendidik nih. ( skemanyer ayat aku nih kan..haha)

13may said...

tahniah!
Selamat mengajar.....

errr...tabung buluh tu ada tak lagi????
kasik aku:))

Pa'chik said...

selamat mengajar juga..

dulu pernah jugak main tabung-tabung ni, ada dua, satu duit singgit, satu lagi 50sen. Last-last, nak kasi cepat penuh, aku tukar dengan kawan yang buat bisnes telipon awam.

Ayaq said...

Aku pon ada gak tabung buluh. Skill mengorek tabung buluh tu bukan datang dari otak aku, tapi mak aku yang ajaq. Hahaha. Makanya, tabung tu tak pernah sampai suku. :P

Anonymous said...

oh sudah mula mahu mengajar ek..

selamat mengajar cikgu ;)

NAzzXXra said...

kita serupa.tyme kanak2 yg suci murni dolu2,selalu gak buat xtvt mengorek tabung sendiri..pastu kantoi dgn arwah nenek..pastu kena torture,haha..baca entry awk ni,raser cam nak menabung semula,persediaan utk di akhir sem ;)

Unknown said...

sekolah mana dayah??? bagitaulah... ;)

INDERA KENCANA said...

Korek tabung adik...
Ni baru betul kata Baik Punya Cilok..

DeeN said...

Owh! dah mula mengajaq. maka akan senyap sunyilah rumah tu nanti ek. sapa plak nak masak2 kat umah tuh hahaha.. ada kat kl ka skang nih? hang dapat mengajaq mana dayah? kalo takmo habaq kuat2, hang mai bisik kat telinga aku je hek hek

*buat bakal cikgu, sila layari blog bekas murid neh hikhik..

khairul najmi yusof said...

hahaha lawak giler baca entry kali nie. apsal tak bawak jer duit syiling tu at least bleh gak buat ABM dalam kelas tak pun tunjuk kat students serihartamas tu. hahaha...

Kemat said...

Selamat Mengajar Cikgu..nanti jgn lupa ajar anak murid cara nak korek tabung..ehh cara nak menabung dan faedahnya

Anonymous said...

Dayah.. All d best. nnti bagitau la sekolah mana.. :-)

Sunan_Jati said...

oola dah jadi cikgu eik...

Anonymous said...

BANGUNN!! Selamat pagi cikguu! hehe..

Unknown said...

akak tau dayah kat sekolah baru la ni... tapi nak buat permintaan ni...

Boleh tak cerita 6 weird thing about yourself.. hehehe :D

Kesudiaan anda didahului ucapan terima kasih. :D

Hafiz said...

sekolah mana tu yer? selamat mengajar :)

achik said...

selamat mengajar... ala nape x nak bgtau kat mana? kot2 bleh skodeng haha ;p

Anonymous said...

Salams...Bc bolg awk nie,teringat zaman sek ren dulu..dulu sy slalu simpan duit dlm botol bedak yg kosong,pastu tebuk lubang kt ats dier..hehe.Mmg tak penah penuh la sbb sy slalu ambik duit dlm tabung tue beli mknan kt kantin..haha

Btw,gd luck Cikgu..hehe

~ www.richforever.cjb.net ~

izinni said...

hmmm ... satu-satunya masa aku melihat buluh .. time raya.

tabung aku dulu ... tabung kucing buncit. tak pernah penuh. sian kucing tu kebuluran.

hakim dirani said...

YA, tabung saya tak pernah penuh dari kecil. memang melampau.

DeeN said...

Heh, kamu sibuk ya dayah? kamu kena buli dgn anak murid kamukah? sonyap ajo.. kamu sihat? Roger aku bila kamu kembali.
- hapdet! hapdet! -

izinni said...

hmmm lagi sorang keyboard terbakar

Followers