Saya Yang Kejam

Pagi ni rasa kurang best pulak. Selalunya lepas mak, abah pergi kerja, adik pegi sekolah, saya akan start buat kerja rumah. Mula-mula buat kerja dalam rumah lepas tu sapu daun-daun kat laman. Lepas tu mesti saya rasa happy. Tapi pagi ni macam tak happy.

Ni mesti gara-gara pagi tadi bertengkar dengan adik pasal saya malas hantar dia ke sekolah.
Memang hari-hari dia naik bas, jarang-jarang amat minta saya hantar naik moto.

"Eee..malas la! Kamu naik bas je la!"

"Aku nak beli nasi lemak sebelah belakang klinik tu", jawab dia.

"Suruh la kawan kamu Raja tu. Dia dok sebelah klinik. Ada kawan tu la gunanya kawan!"

"Pintu kat belakang klinik tu dah tutup, bukak kecik je, tak muat nak lalu. Raja keluar pintu depan klinik", dia menjelaskan.

Kadang-kadang tu dia suruh hantar, saya hantar jugak tapi mulut tak henti-henti membebel. Pagi tadi saya terus kata malas nak hantar. Tapi akhirnya saya buat keputusan nak hantar juga walaupun hati penuh ketidakikhlasan. Tapi dia dah siap-siap pakai stoking nak pergi naik bas.

"Ala...merajuk la tu! Aku anto la kamu"

"Tak payah, kamu pegi le tido balik!"

Alahai, dalam hati kesian la pulak. Lepas dia keluar dari rumah lagi saya tambah kesian. Ntah angin apa datang pagi tadi. Masa sapu daun-daun kat laman, masih terasa menyesal lagi. Dah la tu je adik nan seorang. Kadang-kadang memang sakit ati, ye la, kalau dia mintak tolong bukan main manis lagi. Cuba kita mintak tolong dia...jenuh nak suruh. Tapi saya ni tak pandai nak berdendam. Kadang-kadang tu kata, "Ni last aku tolong kamu. Esok-esok jangan harap!"

Tapi tak lama, baik balik. Ntah-ape-ape-ntah. Nama lagi adik-beradik kan. Memang betulkan, kita akan gembira bila kita buat orang lain juga gembira. Takpelah, dia balik sekolah nanti pi belanja dia makan laksa!

19 comments:

zwitterion said...

itu je adik kamu..sabo ye..kak zwit pun ada adik sorang jer..kecik2 asyik gaduh..dah besar ni, dok jauh rindu la pulak.

achik said...

saya pun ada sorg je adik...

er x nak belanja saya laksa ke??

Ina said...

Hye Hayad kiter slalu baca blog ni senyap2. Ni baru tergerak hati nk comment. Nway citer2 awak mmg sumer menarik. Klakar jugak kadang2 bila baca. Tapi byk jugak yg informative. Keep up writing kay.

Nway pasal entry arinih. Saya ada 3 adik laki. Bila dekat2 asyik gaduh mcm tak hengat. Sampaikan kadang2 rasa mcm benci sgt2. Yang tak tahan tuh siap cakap kt mama kata benci sgt dgn adik2 n harap2 adik2 mmg tade pn takpe. Tapi bila dh jauh2 ni rindu n sayang tu sentiasa ada dlm hati. Masa diorg hantar g airport masa tula kiter peluk cium berkali2 tiga2 org tuh. Yang kecik yang besar sumer saya cium. Dah tak pedulik dh org keliling. Ehh adik haku kan,so pedulik hape org nk kata apa hehe. Uhuu sedih plak rindu kat adik2.. =)

nUr@dDeEn said...

hehehe. ituler adik beradik. Akupun sama. cuma aku tak dak adik. abang jer. kami berdua beradik jer. kecik2 dulu bergaduh sampai tak ingat donia. jumpa ja bergaduh. dah besar2 nih gaduh la juga. tp cara profesional hahahaha

*er..aku pun nak laksa gak. Apa beza laksa perak ngan perlis [tmpt aku ler tuh]hikhikhik...

amok said...

betul. masa ni la nak bermesra. bila kita dah 'keluar rumah' nanti susaah nak jumpa balik sama2 mcm skrg ni..

INDERA KENCANA said...

Biasa kita kata, "Nasib baik ko takde kena mengena dengan aku. Kalau ko adik aku, dah lama aku tampor.."

Tapi kawan saya pulak kata, "Nasib baik ko adik aku. Kalau ko tak de kena mengena dengan aku, dah lama aku tampor.."

Si Nizam la..

akirasuri said...

heh~
angin dilibas takkan putus bersepoi..

dah belanja budak kecik ke belum ;)

NuRuL said...

aku pun selalu gaduh ngan adik-adik aku dayah...bila dh gaduh2 tuh..duduk diam-diam..pikir balik..baru rasa nyesal..huhu

khairnaj said...

alamak comment sy bawah kak yue ler pulak... Anyway gaduh nie kadang2 satu medium yg bisa merapatkan lagi hubungan kerna bila kita bergaduh mesti kita keluarkan apa yang tersimpan dari situ kedua-dua pihak boleh baiki diri.

lindosh said...

ciannya adik dia tu..

ruru said...

biase le tu gaduh adik beradik..
aku pun slalu gak cenggitu..
tp aku x mo la guna istilah gaduh tu..
aku lg suka guna istilah menyakat..
mula-mula sakat adik2 aku..
kalu diorg x tahan baru la gaduh..
ehehhe...btw..gaduh2 ni eratkan hbgan..

Pa'chik said...

ala.. gaduh macam tu takpe lagi dayah, jangan yang jenis gaduh berebut harta dah la, siap ada yang sanggup membunuh lagi..

err.. aku jawab soalan nuradeen tu ye..
laksa perak keras, mahal pulak tu, murah sikit dari laksa mas je.

hayad said...

kak zwitt--> hehe, dah jauh baru rindu.mmg slalu gtu pun :)

achik--> jom!! saya belanja, awak bayar yer,ekeke

ina--> wah, tiga2 hero. btw, thanx for dropping by :)

nur@addeen--> ooo, ada abg ek? best ape ada abg. aku selalu jeles tgk membe2 yg ada abg...

amok--> Betul sangat :)

indera kencana--> err..mana satu ayat saya nk pilih ek? :D

akirasuri--> ape punyer peribahasa tu daaa... :p

nurul--> sebagai anak sulung, mesti rasa kita ada yg sama kan? ;)

khairnaj--> ye ke? rasa2nya masa gaduh sumer bende keluar, semua benda diungkit :P

lindosh--> we're juz ok right now ;)no more kesian2 :P

ruru--> aah kan, mula2nya dalah menyakat, pstu baru leh jadi gaduh

pa'chik--> hei pokcik, sapo kato lakso perok mahal dan keras. nI nak marah ni!!! Grrrrr!!!! haha

Nana CS said...

takpe..adik beradik mmg camtu...
saya ni; anak org yg mak saya jaga pon selalu saya kaco bg nangis...

tp, ptg2 belanja eskrem...dah ok!

senang je dak kecik ni....

kacang sehhhh..

Pa'chik said...

weh.. dah perak.. mesti la keras. mahal pula.

hayad said...

nana--> adik saya bkn bdk kecik lg :p

pa'chik--> ceh! perak sejenis logam pulak yg dia maksudkan.kalo perak tu mmg la keras :D

nUr@dDeEn said...

Pa'chik tuh memang.. har har har

*tapi aku tak jeles pun org len ada adik n kakak. sbb aku tau sbb apa aku hanya ada abang [saudara tunggul eh tunggal] je uhuks..

Nana CS said...

huhu..dak beso pon leh upah eskrem kalo nk suh diam.. tu iklan eskrem jamal jamaluddin dlm iklan eskrem sumpahan yg nk pukau dapat keta sport tu....

anak dia beso aper...

izinni said...

hmmmm ... sebab tu selalu baca citer dalam suratkhabar yang dikorek-korek oleh wartawan tak tau malu tapi terpaksa sebab bos dah suruh. kalau tak dapat, balik kena hambur.

antara dialog2 didalam kisah2 didalam akhbar2 berkenaan ...

"Anak makcik teringin nak makan nasi lemak yang makcik masak tapi makcik tak sempat nak buatkan."

"Adik saya ada minta tolong hantarkan tapi saya malas .. saya menyesal sangat sekarang."

hmmmmmm ....

Followers